11 TIPS MENYUSUKAN BAYI SECARA EKSLUSIF SELAMA 6 BULAN
BAHAGIAN 1
Alhamdullilah
sedar tidak sedar Kak Limah dah berjaya menyusukan anak selama 6 bulan secara
ekslusif tanpa perlu susu formula. Sekarang ni masih dalam fasa menyusukan
untuk inshaAllah selama 2 tahun. Ditambah pula dengan solid food yang
berkhasiat bagi perkembangan anak Kak Limah.
Anak
Kak Limah, Ilyas Wafiyuddin sudah pun berusia 1 tahun 3 bulan. Jika difikirkan
kembali tak dinafikan memang banyak tips diamalkan terutama untuk 6 bulan
pertama. Banyak juga ujian melanda diri inibagi memastikan anak mendapat
khasiat susu ibu.
Ya
ia adalah perjuangan. Jujur Kak Limah cakap ia bukanlah mudah seperti yang
sering kita sangkakan. Tapi bukanlah susah sangat jika kita tahu bagaimana
untuk menjayakannya selama yang kita inginkan. Kena kuat semangat da nada
circle yang support kita.Persediaan
dari segi mental dan fizikal sangat penting.
Bersama
ini Kak Limah kongsikan 11 tips untuk menjayakan penyusuan ibu selama 6 bulan
secara ekslusif
Kak Limah rasa ni part yang sangat penting. Teringat masa
mengandung, kakak saudara Kak Limah pernah cerita pengalaman dia.1. Niat sejak awal
Sewaktu mengandung
anak pertama,dia tak pernah simpan niat nak susukan anak lama-lama,dapat
beberapa bulan pun oklah. Hasilnya memang dia hanya dapat rezeki susukan anak
sulung dia selama lebih kurang beberapa bulan je. Masa tu dia agak frust.
Berbeza dengan anak kedua dia sudah simpan niat nak lengkapkan penyusuan selama
2 tahun,alhamdullilah dia berjaya.
Pesan dia kepada Kak Limah waktu tu,tanamkan niat dan azam
awal-awal sejak mengandung lagi untuk susukan anak lengkap 2 tahun. Sejak dari
tu,Kak Limah memang azam nak susukan anak. Sebenarnya dah berazam bila
pregnanti nanti nak niat susukan anak. Terus bagitahu suami,alhamdullilah dia pun
sokong.
2. Cari ilmu banyak-banyak
Yang ni pun sangat
penting. Dah ada niat,nak menjayakan kena ada pengetahuan. Kak Limah mula
usahakan tambah ilmu tentang breastfeeding.
Antara cara paling
berkesan membaca dan bertanya pada yang pakar dan juga yang ada pengalaman. Kak
Limah mulakan dengan membaca buku-buku tentang penyususan susu ibu. Google pun
banyak trusted website especially dalam versi English.
Antara buku yang
Kak Limah suka tajuk MEMBESARKAN ANAK HEBAT DENGAN SUSU IBU. Buku ni kakak
saudara yang cadangkan, beli secara
online je. Memang banyak info. Contoh macam mana nak handle susu EBM,ada
caranya.
Selain tu boleh tanya pakar laktasi,banyak je kat Malaysia ni yang certified. Antaranya
El-Ameerah kat FB. Time check up pun grab opportunity untuk bertanya jururawat
dan doktor. Kak Limah jenis suka tanya,jadi tanya je la.
Ilmu ni penting
supaya kita lebih faham dan yakin dengan niat kita. Tak delah mudah tergugat
bila ada kata-kata negatif. Sebab kita dah ada ilmu dan tahu.
3. Sokongan Suami dan Ahli Keluarga
Kak Limah bagitahu
suami dulu pasal ni. Lepas tu selalu share info dengan dia. Suami pun banyak
juga cari maklumat sendiri untuk persediaan. Bagi Kak Limah suami orang paling
penting untuk ada menyokong kita dan memahami.
suami banyak sokong |
Sampai ke hari ni
dia keep support,fizikal dan emosi. Suami pun kena ada ilmu,supaya at least
anything berlaku kepada Kak Limah,dia tahu apa nak buat untuk terus sokong.
Kak Limah juga
share dengan keluarga yang lain terutama mak sebab sewaktu pantang dan sampai
sekarang tinggal sama dengan mak. Jadi at least mak bileh sokong dan faham.
Bagi Kak Limah
penting sangat sokongan suami dan keluarga. Kita akan jadi lebih kuat untuk
teruskan perjuangan menyusukan bayi selama 6 bulan secara ekslusif bila tahu
ada orang di samping kita. Mental yang kuat penting untuk tepis segala
kata-kata mak cik bawang yang negatif yang langsung tidak membantu.
4. Persediaan Material
Nampak remeh bila
kita tak ambil tahu sebelum melahirkan bayi. Sebenarnya sangat penting adanya
persediaan material.
Antara barang yang
penting ialah breastpump set (penting walaupun niat nak direct breasfreeding
fully),bra menyusu,cooler bag dan macam-macam lagi. Nak cari semua ni berbalik
kepada ilmu kena ada. Nampak tak penting sangat ilmu tu?
Jika kekurangan
bajet,jangan risau boleh dapatkan ikut keperluan kita. Bonus bila ada semua ni
sangat membantu keselesaan untuk ibu menyusukan anak. Best dan bersemangat bila
semua ada,tapi janganlah membazir.Beli sikit2 bila rasa perlu.
5. Persediaan Emosi dan Rohani ibu
Kak Limah sentiasa
berdoa dan berharap susu cukup untuk anak tersayang. Permudahkan jalan ni agar
anak dapat khasiat susu ibu sesuai dengan haknya selama 2 tahun.
Kajian juga membuktikan betapa emosi si ibu
memainkan peranan penting dalam menjayakannya. Kak Limah perlu sentiasa positif
yang rezeki anak nak menyusu tu ada dan cukup untuk dia.
Walaupun
adakalanya kita rasa stress dengan masalah lain,jangan biarkan terlalu lama.
Kak Limah akan cuba cari solusi dengan bercerita atau buat apa yang mengembirakan
Kak Limah. Sebab kalau kita stress,susu pun efek.Anak pun dapat kesan,tengok
betapa kuat bonding dengan penyusuan susu ibu.
Untuk tips seterusnya,Kak Limah akan sambung pada entri lain. Tunggu tau!
Untuk tips seterusnya,Kak Limah akan sambung pada entri lain. Tunggu tau!
IG: by_norhalimah
Whatsapp: 011-1002 1115
0 ulasan:
Catat Ulasan