Hai semua ibu yang masih berjuang untuk menyusukan bayi. Kak Limah nak sambung tips lagi ni. Anak pun tidur lagi,boleh la mengadap laptop kejap hehe
Ini adalah sambungan daripada entri sebelum ni. Boleh klik sini untuk baca ya.
1 6. Persediaan Fizikal
Kesihatan fizikal amatlah penting buat ibu yang menyusukan bayi.
Tenaga diperlukan untuk menjayakan penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan
pertama. Ditambah pula kita baru nak biasakan dengan rutin penyusuan.
Kak Limah pun
awal-awal dulu memang rasa agak letih sebab belum biasakan diri terutama lepas
baru je bersalin,dalam pantang. Memang kena jaga pemakanan. Lepas tu tidur pun
kena cukup.
Tidur yang cukup
tu kena usahakan juga. Contoh masa anak tidur,kita ambil peluang tu tidur juga.
Boleh adjust jadual kemas rumah,minta tolong suami dan explain kepada suami
kenapa. Biasanya bayi tidur lama,kita tidur kejap pun alhamdullilah.Lepas tu
sambung kerja terbengkalai.
7. Mulakan Penyusuan dengan Segera
Seeloknya kita
mulakan penyusuan secepatnya selepas kelahiran. Hisapan yang dilakukan oleh
bayi mampu menenagkannya dan membantu pengeluaran susu ibu dengan lancar.
Kak Limah selalu
je kena tanya dengan sahabat yang baru melahirkan,mengadu tiada susu. Jangan
pernah merasakan macam tu. Sebenarnya dah cukup sebab bayi memerlukan kolestrum
je pada waktu tu. Kolestrum ni ibarat emas yang akan membantu bayi untuk
membina antibodi terbaik. Itulah hebatnya susu ibu pada permulaan.
8. Susukan ikut permintaan
Tanggapan
sesetengah ibu kata tunggu payudara penuh baru susukan bayi. Salah tu ya,kena
relate dengan konsep demand dan supply.
Semakin banyak
permintaan daripada bayi,semakin banyak susu yang akan dikeluarkan. Jadi kita
susukan je bayi sekerapnya dan ikut je permintaan. Insha Allah bantu menambah
susu.
9. Tiada
makanan/minuman tambahan buat bayi
Percayalah semua
bayi yang menyusu secara ekslusif tidak memerlukan air masak dan makanan
tambahan. Semuanya bayi dah dapat daripada susu ibu. Berkatnya susu ibu
ni,Allah dah bagi semua.
Kak Limah sendiri
pernah menghadapi situasi ada yang mencadangkan bagi makanan dan air masak.
Tapi Kak Limah jenis keras bab ni,sebab siapa lagi nak protect anak kita,selain
kita sebagai ibu. Alhamdullilah juga sebab dah ada ilmu sebelum memulakan
penyusuan ,jadi tak rasa goyah.
Kak Limah tahu isu ni jadi hangat baru-baru ni. Ingat ya bayi tidak memerlukan supplement fitrahnya.
10. Pemakanan berkhasiat
Pemakanan
berkhasiat ni penting. Masa menyusukan Ilyas secara ekslusif Kak Limah agak
strict bab makan. Kak Limah memang tak pernah set diet untuk kurus sejak
menyusukan Ilyas.
Kak Limah hanya set diet tu sebenarnya pemakanan seimbang
dan sihat. Kak Limah makan nasi macam biasa sebab nasi antara yang menjadi
milkbooster buat Kak Limah dan minum air secukupnya.Ada rezeki lebih,ambil
makanan sepertu kurma,susu dan sebagainya.
11. Tawakkal
Kak Limah tahu ramai ibu menyusu duk fikir “susu tak cukup” “tak de
susu nanti”. Personally Kak Limah jarang terganggu dengan fikiran macam tu.
Ingat balik niat dan usaha kita.
Doa selalu untuk berjaya. Kita usaha yang terbaik selebihnya serahkan
pada Allah.
Selamat mengamalkan tips ni semua dan terus kuat semangat untuk menyusukan anak. Jangan pernah jadi terlalu taksub,cuma yakin susu ibu itu terbaik.
Terima kasih semua.
By Kak Limah
IG: by_norhalimah
Whatsapp: 011-1002 1115
0 ulasan:
Catat Ulasan