AKTIVITI ILYAS : Learning Shapes on the floor TING TING BENTUK DI LANTAI . . Ilyas buat ni masa bulan lepas. Hari ni Ilyas da 22...
(Aktiviti Ilyas 21 bulan) Learning Shapes on the floor
Hai semua! Lama cuti kan? Kak Limah pun busy turun KL kenduri sepupu. 2 hari berulang ke Bangi berarak. Hehe. . . Hari ni back to r...
Cekodok Daging ala-ala Meatball
Hai mama papa! Selamat malam mama papa. Haa petang tadi buat apa dengan anak-anak? Wajib selitkan apa-apa aktiviti bersama mereka ter...
5 Perkara Dilarang Dilakukan Kepada Bayi
Selamat malam mama papa. Haa petang tadi buat apa dengan anak-anak? Wajib selitkan apa-apa aktiviti bersama mereka terutamanya hari kita tak berkerja. .
Bagi anak yang masih bayi, pun sama pentingnya. Perlu spend masa dengan mereka dan kali ni Kak Limah nak share tentang 5 PERKARA DILARANG MAMA PAPA LAKUKAN TERHADAP BAYI.
Kak limah pasti kita pun tak suka kalau perkara dilarang ni dilakukan terhadap kita, sama juga bayi kita pun ada perasaan. .
Walaupun mereka masih bayi, keperluan psikologi mereka tetap wajib dijaga. Sebab apa? Kesannya sampai mereka dewasa. .
Mereka memang tak mampu memberontak sewaktu masih bayi tetapi jika kita buat perkara dilarang ni, ia mampu mengganggu perkembangan bayi dan seterusnya buatkan bayi stress dan membesar jadi seorang yang tak happy.
1. DILARANG TIDAK PEDULIKAN BAYI
Bayangkan mama papa dalam kesakitan atau kesedihan, meminta pertolongan tapi tidak diendahkan. Mesti kecewa kan? Begitu juga dengan bayi. Bayi akan rasa lagi teruk daripada kita. .
Sebab apa? Sebab bayi dalam proses perkembangan otak yang cepat untuk belajar keperluan psikologi. Bayi sedang mengerti bagaimana masyarakat bersosial?
Kita kena ingat hampir kesemua perkembangan anak berlaku selepas kelahiran. Ya sangat2 penting waktu bayi sebab 75% daripada otak berkembang (especially setahun pertama) dan waktu ni anak sedang belajar epigenetik efek atau bagaimana mereka mahu memberi ekspresi terhadap sesuatu(bergantung macam mana kita bagi perhatian pada mereka). Hakikatnya MEREKA BELAJAR DARIPADA KITA!
Bagi BAYI, dibiarkan menangis sendirian bermaksud DISEKSA. Kenapa? Teknikalnya bayi sudah biasa berada dalam rahim ibu,terjaga dari dunia luar,mereka bersama ibu sentiasa. Mereka ambil masa untuk membiasakan diri dan memerlukan kita.
Jika bayi kerap ditinggalkan menangis sendirian dan mendapat tekanan,sebenarnya kita sedang melatih mereka menjadi seorang yang sentiasa cemas dan kurang percaya pada diri sendiri dan orang lain. Kita selalu lupa tak sedar mereka sedang belajar. Kita boleh lihat kesan buruknya mungkin 10 tahun akan datang jika biarkan mereka.
Apabila bayi yang masih kecil menangis itu bukan tantrum atau terlalu manja. Itulah cara mereka berkomunikasi.Jangan tinggalkan mereka, santuni mereka sebaiknya. Membiarkan mereka menangis berpanjangan juga tidak elok. Ia boleh membunuh perkembangan mereka. Komunikasilah dengan mereka dengan cara dodoi, hiburkan mereka, pastikan mereka kenyang, selesa.
3. DILARANG TINGGALKAN MEREKA SENDIRIAN
4.DILARANG TIDAK MEMEGANG MEREKA JIKA KEADAAN MENGIZINKAN
Anda nak ke taman? Nak ke shopping mall? Suami kerja ataupun ada hal lain. Stroller sangat membantu bila anda nak kelu...
JENIS-JENIS STROLLER
- Anda nak guna ke mana?
- Anda akan simpan kat mana?
- Nak guna untuk berapa baby?
- Bajet berapa anda ada?
- Stroller ada banyak bajet. Dari yang kos 100 lebih sampailah beribu. Wajib tahu bajet sebab lagi senang nak cari mana yang okay untuk anda.
- Stroller ringan berbentuk lipat payung atau umbrella dengan fungsi pelbagai dan ada extra storage sangat best untuk yang nak travel bersendirian dengan anak.
- Pencarian stroller biasanya digunakan untuk pergi banyak tempat dan untuk tempoh lama hingga anak seterusnya. Jadi kena consider semua tu.
- Besar, selesa dan tempat duduk best
- Kerusi boleh dipasang mengadap ke depan atau mengadap ke belakang ie ke mama papa
- Ada yang boleh jadi carseat terus wow!
- Rekabentuk yang sesuai mengikut perkembangan anak,dari bayi baru lahir (ada jadi carseat)hingga kanak-kanak (sampai berat 36kg pun ada)
- Kanopi atau atap stroller yang boleh kembang luas
- Tayar kukuh yang boleh tahan brek secara mengejut
- Bakul yang best untuk simpan barang.
- Telescoping handlebars
- Ada tray simpan air dan sebagainya untuk mamapapa
- Agak berat
- Kurang sesuai untuk mamapapa bila naik kenderaan awam, lalu tangga dan jalan sesak macam pasar malam atau kedai kecil macam convenient store
- Tak berapa sesuai untuk bawa travel
- Perlukan ruang besar untuk simpanan. Contoh kereta besar


- Biasanya berat stroller ni maksimum around 7kg jer
- Direka untuk mudah dibawa (even ada yang ada shoulder strap untuk bawa)
- Mudah dilipat,senang nak bawa naik flight,kereta,kenderaan awam macam keretaapi
- Banyak juga lightweight stroller yang masih ada ciri-ciri best seperti tempat duduk boleh gerak hingga 180 darjah, kanopi lebar,tempat simpan barang dan letak snek.
- Biasanya hanya untuk usia bayi dan berat yang tak berat sangat
- Kebanyakan untuk bayi 6 bulan ke atas.
![]() |
| GB Pockit Lightweight Stroller |
| Babyzen Yoyo |
- Superior suspension membolehkan mama papa berlari,berjalan atau hiking dan baby sentiasa dalam keadaan selesa
- Kepantasannya bergerak menjadi pilihan mamapapa yang bergerak pantas. Stroller harus seiring sekali kan?
- Biasanya roda hadapan boleh berpusing (untuk fleksibel) dan boleh disesuaikan (untuk tahap kelajuan berbeza)
- Tempat duduk selesa
- Tempat simpan barang yang besar
- Dilengkapi dengan brek tangan
- Mungkin agak berat
- Agak sukar untuk pasang
- Jika ruang sempit untuk simpan stroller,ia takkan jadi sekecil stroller lightweight
![]() |
Baby Jogger Summit X3 Single Jogging Stroller![]() |
- Tak yah susah2 bawa dua stroller,satu dah cukup
- Agak besar dan padat
- Berat boleh cecah 18kg
- Masa tengah cari stroller ni,make sure ukur kelebaran tu,muat tak nak msuk pintu,balance ke tak dan sama ada boleh guna satu seat sahaja atau kedua-duanya sekaligus
| Halford Fliplite Twin Stroller |
![]() |
| Baby Jogger City Select Double Stroller with second seat |
- Kompak dan ringan je
- Mudah ditukar sama ada kepada ke car seat atau stroller,2 in 1
- Biasanya hanya boleh guna sewaktu bayi masih kecil dan tak terlalu besar,penggunaan tak lama
- Ada yang waktu bayi sesuai jadi carseat, untuk stroller sesuai pada toddler
![]() |
| Doona Stroller and Carseat |
- Car seat boleh dipinda kepada rangka stroller. Maknanya dari carseat dalam kereta anda boleh pindahkan anak ke stroller tanpa mengganggu tidurnya
- Jimat sikit sebab boleh dapat 2 barang dengan 1 harga
- Carseat untuk jenis ni tak sesuai dah untuk anak yang fasa toddler
- Nak guna ke mana stroller tu? Kalau nak bawa ke tempat crowded je lebih macam pasar malam,shopping comlex,jangan beli yang besar dan berat.
- Sesuai tak untuk bayi baru lahir?Sesetengah hanya sesuai untuk 6 bulan ke atas,seat tak boleh baring.
- Plan nak guna berapa lama?
- Senang nak lipat tak? Biasanya satu tangan nak pegang bayi,satu je nak buka stroller jika keluar tanpa suami. Maka kena cari yang boleh buka guna satu tangan je.
- Berat tak.
- Perlukan lebih dari satu stroller atau tak? Jika anda jenis nak asing-asing penggunaan stroller bergantung pada tempat takpelah beli2 atau 3 buah.

Bismillahirrahmanirrahim Pertama sekali Kak Limah ucapkan selamat berpuasa buat semua umat Islam. Haaa macam mana puasa hari ni? Ok t...
Tips Berpuasa bagi Ibu Menyusukan Anak
(Review) Sudocrem Nappy Cream Hai mama papa semua. Lama menyepi,ikut suami outstation ke KL. Semua sihat? Hari ni Kak Limah nak revi...
(Review) Sudocrem Nappy Cream
Hai mama papa semua. Lama menyepi,ikut suami outstation ke KL. Semua sihat?
Hari ni Kak Limah nak review satu produk under brand Sudocrem. Haaa pernah dengar tak? Mungkin masih baru di Malaysia, produk unggul ni asal Ireland. Agak popular sebenarnya.
Kalau bernasib baik, ada hospital bagi free je lepas bersalin. Haha Kak Limah pun beli okay.
![]() |
| SUDOCREM 120G |
Sudocrem® ni sebenarnya dah kukuh dan telah dicuba dan diuji oleh profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia, dan telah menerima pelbagai pujian dan anugerah termasuk Produk Penjagaan Kulit Terbaik dan Produk Belian dan Nilai Terbaik. Dah dapat macam-macam award.
.
Kak Limah suka sebab 3 dalam satu. Function melindungi melembutkan dan memulihkan. Al-kisahnya Ilyas hari tu ruam belakang bahagian pinggang dan buntut. Selain menukar jenis diapers dia,Kak Limah nak kulit dia yang dah dia garu tu elok balik,perlulah cari alternatif. Sebelum ni guna dah pureen nappy rash tapi saja nak try lain memandangkan luka dah sebab Ilyas kuat garu.
Cari dan bertemu dengan ni, Kak Limah pun try, memang sesuai dgn fungsi melindungi sebab kalis air,sapu je,air kencing anak dalam diapers tu takkan terkena kulit baby. Secondly,memang kulit Ilyas yang dah kasar kena garu tu jadi lembut balik. Lastly yeah kulit Ilyas dah cantik balik,okay. Lega ibu tengok.Sudocrem® mengandungi bahan aktif yang bermanfaat seperti zink oksida, benzil benzoat, benzil sinamat dan lanolin yang membantu melega, memulih dan melindungi kulit bayi yang halus.
Minggu lepas masa stay hotel,sekali lagi Ilyas diuji dengan gatal-gatal kat kepala dia bahagian belakang.Timbul macam putih-putih bernanah. Kak Limah syak hotel tak cuci cadar dengan bersih walaupun kami request cleaning everyday,sangat kecewa. Sebelum ni Ilyas tidur hotel lain ok je. Alhamdullilah balik sini keep sapu sudocrem tu sampai sekarang,memang dah makin beransur baik. Tak gatal dah,tak de nanah dah. Memang highly recommended!
![]() |
| Tekstur tak melekit |
Ada yang tanya pasal tekstur melekit dan berminyak tak? Don't worry.Tekstur memang tak berminyak langsung. Tahan lama. Mana mama papa yang kulit anak ruam, luka ,allergik bolehlah try guna. Kak limah paling suka sudocrem ni untuk kategori nappy cream, memang terbaik. Harga ikut berat ada yang 60g ada yg 120g. Affordable,bawah 50. Tu je sharing Kak Limah kali ni. Oh ye mama papa pun boleh guna, ada jerawat, luka ,gatal sapu je. Selamat mencuba!
Sesiapa nak dapatkan sudocrem nappy cream ni, Kak Limah nak tolong je, boleh dapatkan dengan Kak Limah. Pre-order with fully payment ok. Boleh contact Kak Limah kat IG,FB atau nak lagi mudah whatsapp je nombor 011 1002 1115.
Terima kasih semua. Selamat malam!
Bismillahirrahmanirrahim. Penggunaan Walker untuk Bayi. Ya atau tidak? Entri kali ni berkenaan isu yang agak hangat diperkatakan da...
Penggunaan Walker untuk Bayi. Ya atau tidak?
KENAPA MEMILIH MENGGUNAKAN WALKER?
Berdasarkan kajian yang dilakukan di Iran, kebanyakan ibubapa atau penjaga memilih untuk menggunakan walker kerana kawasan rumah tiada tangga yang bahaya. Manakala satu kajian di Brazil menunjukkan masyarakat memilih menggunakan walker atas faktor kepercayaan setempat,mitos dan pemdapat peribadi.
Kajian yang dibuat oleh DiLillo ,Damashek dan Peterson, kebanyakan ibu mengganggap walker adalah permainan yang mengembirakan untuk anak, membantu perkembangan anak mereka dan percaya ia membantu proses berjalan dan kawasan rumah mereka selamat untuk walker.
Korang rasa kat Malaysia sebab apa ya?
Umumnya kebanyakan ibu bapa dan penjaga memilih walker kerana mereka percaya walker dapat membantu mempercepatkan proses berjalan. Nak anak jalan cepatlah katakan. Betul tak? Ada juga yang mengganggap walker tu tempat untuk bayi bermain dan explore dunia. Ada juga yang berpendapat walker mengajar anak untuk lebih berdikari sebab mereka boleh gerak sendiri. Faktor lain ibu bapa yang mengatakan penggunaan ‘walker’ memudahkan penjagaan bayi kerana bayi menjadi seronok di dalam walker dan kurang meragam malah ada yang berpendapat mereka lebih mudah diawasi. Kak Limah pernah je orang kata gunalah walker sebab senang nak buat kerja rumah. Pendapat peribadi kak limah? Tunggu ya!
KENAPA MEMILIH UNTUK TIDAK MENGGUNAKAN WALKER?
Namun begitu, ada ibubapa memilih untuk tidak memperkenalkan walker pada bayi mereka. Mereka ada pendapat mereka tersendiri. Siapa dalam kategori ni? Angkat tangan sikit hehe
Ibubapa yang memilih untuk tidak menggunakannya kerana mereka tahu banyak kemalangan berlaku disebabkan walker yang melibatkan kecederaan yang serius. Kajian yang dilakukan terhadap ibubapa di Amerika membuktikan faktor utama mereka tidak memilih walker ialah risiko kemalangan yang tinggi. Menurut kajian yang dilakukan oleh AAP(American Academy of Paediatrics),ia menunjukkan penggunaan walker bayi seringkali menyebabkan berlakunya kemalangan dan ibubapa perlu berhati-hati.
Laporan daripada National Electronic Injury Product Safety Comission juga mendedahkan 1/4 daripada kecederaan yang disebabkan oleh walker adalah serius.Sebagai contoh keretakan pada rangka dan trauma.
Selain itu, mereka percaya penggunaan walker juga mengganggu perkembangan semulajadi anak. Bagi mereka, anak perlu diberi ruang untuk melalui setiap fasa tumbesaran seperti merangkak,berjalan secara semulajadi.
Penggunaan walker menyebabkan perkembangan motor dan kemahiran koordinasi terganggu.
Secara ringkasnya:-
ALASAN BAGI YANG MEMILIH WALKER
1. Membantu perkembangan bayi dan lebih berdikari
Bayi nampak lebih berdikari bergerak. Bebas bergerak ke tempat yang mungkin tak mampu dibuat tanpa walker
2. Ibu dapat berehat seketika atau menguruskan kerja rumah.
Ibu merasakan lebih mudah melakukan kerja rumah seperti memasak bila anak sibuk dengan walker
3. Kepuasan dan keseronokan pada bayi.
Bayi nampak seronok explore perkara baru dan bermain dengan walker.
ALASAN BAGI YANG TIDAK MEMILIH WALKER
1. Risiko bahaya
Risiko untuk bayi sampai ke tempat bahaya seperti tangga dan jatuh. Risiko juga bayi dapat mencapai objek berbahaya seperti cerek eletrik,hiasan kaca dan sebagainya.
2. Perkembangan tidak mengikut milestone yang sepatutnya
Mereka berpendapat anak masih dalam fasa lembut ie belum berjalan tetapi sudah dipaksa untuk melakukannya sebelum masanya.
Kajian pernah dijalankan terhadap 190 bayi. 102 daripadanya adalah pengguna walker dan semua bayi yang menggunakan walker ini sedikit lewat mencapai kemahiran merangkak, berdiri dan berjalan tanpa bantuan.
APA KATA PAKAR /KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN WALKER?
- Menurut AAP(American Academy of Paediatrics) mereka telah membuat kesimpulan dan menyarankan penggunaan walker utk kanak2 ini DIHARAMKAN. Mereka sependapat mengharamkan pembuatan dan pemasaran walker untuk bayi.
- Journal of Development and Behavioral Pediatrics juga melaporkan bayi yang menggunakan walker lambat menguasai kemahiran merangkak dan berjalan dengan baik. Ia juga melambatkan perkembangan intelek dan psikologi kanak-kanak kerana ia mengganggu proses perkembangan semulajadi anak.
- Kidsafe NSW juga tidak menggalakkan penggunaan walker. Namun jika hendak menggunakannya juga,beberapa syarat perlu diambilkira.
- Dr. Greene pemilik Dr.Greene.com juga tidak menggalakkan penggunaan walker untuk bayi. Baginya penggunaan walker mengganggu perkembangan normal seorang bayi. Pertama, bayi terlepas kemahiran yang penting dalam perkembangannya seperti merangkak. Kedua,walker juga menguatkan otot yang salah. Apabila bayi berada dalam ‘walker’, otot kaki yang dikuatkan adalah otot kaki bawah tetapi ia melemahkan otot belakang pinggul dan peha yang penting dalam proses belajar berjalan. Walaupun , bayi yang menggunakan ‘walker’ juga boleh berjalan tetapi disebabkan otot pinggul dan peha yang tidak kuat, masalah koordinasi boleh berlaku dan menyebabkan bayi tersebut lebih cenderung untuk jatuh kemudian hari.Ketiga, walker lebih membawa banyak bahaya dari segi kemalangan.
- Kanada adalah negara yang mengharamkan penjualan walker.
- Dr Zubaidi juga tidak menggalakkan penggunaan walker untuk bayi tapi tidak menghalangnya.
Bagaimana jika masih mahu menggunakan walker?
- Hanya gunakan ia di tempat rata,jauh dari tangga dan sumber air.
- Pindahkan semua barang yang bahaya seperti kaca,benda tajam dan panas.
- Pastikan ia menepati tahap keselematan yang ditetapkan.
- Sentiasa awasi pergerakan anak anda.
Alternatif lain selain menggunakan walker :-
1. Gunakan playpen atau biarkan anak anda bermain atas permukaan seperti lantai atau tilam.
2. Perkenalkan exersaucer, macam walker tapi tak de roda, Anak boleh melompat dan main.
3. Push car juga bagus.Pastikan betul-betul kukuh dan tak mudah terbalik.Ini boleh membantu anak menguatkan otot-otot yang sepatutnya,tapi still kena jaga supaya tak ke tangga.
Pandangan Peribadi Kak Limah
Haa kali ni Kak Limah nak share pendapat Kak Limah. Kak limah personally tak guna walker untuk Ilyas. Ilyas tak pernah naik walker pun.Kenapa?
Sebab Kak Limah berpendapat let Ilyas develop secara semulajadi as long as within the time range. Memang ada yang menyarankan Kak Limah menggunakan walker sebab Ilyas setahun belum jalan.
Namun begitu, naluri Kak limah sebagai ibu menguasai segalanya. Kak Limah sentiasa percayakan Ilyas,masih dalam skala,jadi tak risau. Ilyas melalui fasa merangkak yang agak lama, dan itu menurut bacaan Kak limah bagus untuk dia. Merangkak lama membantu menguatkan otot-otot Ilyas.
Ya sangat betul, nampak sangat Ilyas kuat. Tulang dia kuat.
Berkenaan dengan pendapat yang menyarankan guna walker cepat jalan, Kak Limah kurang setuju sebab bagi Kak Limah fasa setiap anak tak sama. Kak Limah dulu jalan masa umur setahun setengah,ayah Ilyas umur setahun. Ilyas pulak setahun dua bulan. Beza kan? Tu dah menunjukkan as long as masih dalam skala umur,no need to worry.
Satu lagi pendapat, kata yang bagi anak walker mudah kerja kita. Kak Limah secara peribadi tak setuju. Jaga anak memang mencabar. Seronok apa tengok anak explore naturally. Usaha nak bangun sendiri tanpa bantuan. Merangkak ke sana ke sini. Bagi Kak Limah,Ilyas tak pernah merumitkan. Kak Limah masih boleh buat kerja rumah sekali dengan anak. Alhamdullilah,jangan sentap sebab itu pandangan peribadi Kak Limah. Masing-masing ada pilihan,yang pastinya untuk kebaikan bersama^_^

Ilyas dan kereta
Sekian.Semoga entri kali ni bermanfaat untuk semua.
Rujukan:-
Shiva F,Ghotbi F&Yavari S F, The use of baby walkers in Iranian Infants, Singapore Med J 2010; 51(8): 645
Paula S. C. ChagasI;
Marisa C. ManciniII; Marcella G. A. TiradoII; Luiz MegaleIII;
Rosana F. SampaioIV Beliefs about the use of baby
walkers
DiLillo D, Damashek A,
Peterson L. Maternal use of baby walkers with young children: recent trends and
possible alternatives. Inj Prev. 2001;7(3):223-7.
Piper MC, Darrah J. Motor
assessment of the developing infant. Philadelphia: W.B. Saunders Company; 1994
American Academy of Pediatrics.Committee on Injury and Poison Prevention.Injuries Associated with Infant Walkers. pediatrics 2001.;108;790-2
Journal of Development and Behavioral Pediatrics 1999
https://www.drgreene.com/qa-articles/baby-walkers/
http://drzubaidi.com/blog/penggunaan-baby-walker-tidak-membantu-bayi/
kidsafensw.org
Kak Limah
Umumnya kebanyakan ibu bapa dan penjaga memilih walker kerana mereka percaya walker dapat membantu mempercepatkan proses berjalan. Nak anak jalan cepatlah katakan. Betul tak? Ada juga yang mengganggap walker tu tempat untuk bayi bermain dan explore dunia. Ada juga yang berpendapat walker mengajar anak untuk lebih berdikari sebab mereka boleh gerak sendiri. Faktor lain ibu bapa yang mengatakan penggunaan ‘walker’ memudahkan penjagaan bayi kerana bayi menjadi seronok di dalam walker dan kurang meragam malah ada yang berpendapat mereka lebih mudah diawasi. Kak Limah pernah je orang kata gunalah walker sebab senang nak buat kerja rumah. Pendapat peribadi kak limah? Tunggu ya!

Secara ringkasnya:-
Risiko untuk bayi sampai ke tempat bahaya seperti tangga dan jatuh. Risiko juga bayi dapat mencapai objek berbahaya seperti cerek eletrik,hiasan kaca dan sebagainya.
- Menurut AAP(American Academy of Paediatrics) mereka telah membuat kesimpulan dan menyarankan penggunaan walker utk kanak2 ini DIHARAMKAN. Mereka sependapat mengharamkan pembuatan dan pemasaran walker untuk bayi.
- Journal of Development and Behavioral Pediatrics juga melaporkan bayi yang menggunakan walker lambat menguasai kemahiran merangkak dan berjalan dengan baik. Ia juga melambatkan perkembangan intelek dan psikologi kanak-kanak kerana ia mengganggu proses perkembangan semulajadi anak.
- Kidsafe NSW juga tidak menggalakkan penggunaan walker. Namun jika hendak menggunakannya juga,beberapa syarat perlu diambilkira.
- Dr. Greene pemilik Dr.Greene.com juga tidak menggalakkan penggunaan walker untuk bayi. Baginya penggunaan walker mengganggu perkembangan normal seorang bayi. Pertama, bayi terlepas kemahiran yang penting dalam perkembangannya seperti merangkak. Kedua,walker juga menguatkan otot yang salah. Apabila bayi berada dalam ‘walker’, otot kaki yang dikuatkan adalah otot kaki bawah tetapi ia melemahkan otot belakang pinggul dan peha yang penting dalam proses belajar berjalan. Walaupun , bayi yang menggunakan ‘walker’ juga boleh berjalan tetapi disebabkan otot pinggul dan peha yang tidak kuat, masalah koordinasi boleh berlaku dan menyebabkan bayi tersebut lebih cenderung untuk jatuh kemudian hari.Ketiga, walker lebih membawa banyak bahaya dari segi kemalangan.
- Kanada adalah negara yang mengharamkan penjualan walker.
- Dr Zubaidi juga tidak menggalakkan penggunaan walker untuk bayi tapi tidak menghalangnya.
- Hanya gunakan ia di tempat rata,jauh dari tangga dan sumber air.
- Pindahkan semua barang yang bahaya seperti kaca,benda tajam dan panas.
- Pastikan ia menepati tahap keselematan yang ditetapkan.
- Sentiasa awasi pergerakan anak anda.
Alternatif lain selain menggunakan walker :-
Haa kali ni Kak Limah nak share pendapat Kak Limah. Kak limah personally tak guna walker untuk Ilyas. Ilyas tak pernah naik walker pun.Kenapa?
![]() |
| Ilyas dan kereta |
kidsafensw.org






























Follow Us
Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances