By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Hai mama papa!  Selamat malam mama papa. Haa petang tadi buat apa dengan anak-anak? Wajib selitkan apa-apa aktiviti bersama mereka ter...

5 Perkara Dilarang Dilakukan Kepada Bayi



Hai mama papa! 
Selamat malam mama papa. Haa petang tadi buat apa dengan anak-anak? Wajib selitkan apa-apa aktiviti bersama mereka terutamanya hari kita tak berkerja. .
Bagi anak yang masih bayi, pun sama pentingnya. Perlu spend masa dengan mereka dan kali ni Kak Limah nak share tentang 5 PERKARA DILARANG MAMA PAPA LAKUKAN TERHADAP BAYI. 
Kak limah pasti kita pun tak suka kalau perkara dilarang ni dilakukan terhadap kita, sama juga bayi kita pun ada perasaan. .

Walaupun mereka masih bayi, keperluan psikologi mereka tetap wajib dijaga. Sebab apa? Kesannya sampai mereka dewasa. .

Mereka memang tak mampu memberontak sewaktu masih bayi tetapi jika kita buat perkara dilarang ni, ia mampu mengganggu perkembangan bayi dan seterusnya buatkan bayi stress dan membesar jadi seorang yang tak happy. 


1. DILARANG TIDAK PEDULIKAN BAYI



AWAS. Waktu anak masih peringkat bayi, jangan tidak mempedulikan mereka. .
Tindakan kita yang tak pedulikan sebab tak nak mereka manja belum sesuai untuk bayi. .
.
Sewaktu dilahirkan lagi, bayi sudah bersedia untuk berkomunikasi dengan kita dan sekelilingnya. Ya, mereka tak boleh berkata-kata seperti kita! Tetapi mereka boleh bergerak-gerak sebagai medium mereka berkomunikasi. Comel kan? 😘

Kebanyakan ibu telah berkomunikasi dengan anak dari dalam perut melalui nyanyian, pembacaan, bercakap dan sebagainya. Lupakah kita? .

Kajian pada 2002 oleh Program Grazyna Kochanska menunjukkan " mutually-responsive orientation" atau orientasi saling memberi respons mampu memberikan kesan positif seperti kemahiran membina persahabatan .

Apabila saling memberi respon dalam sebuah komunikasi antara ibubapa dan anak, ia mampu memberikan pengaruh dalam hidup anak dan membina perhubungan yang lebih akrab. .

Untuk BAYI, mereka memerlukan perhatian. Cara mereka merasakan kita berkomunikasi dengan mereka adalah dengan menenangkan mereka, sentiasa bermain bersama, sentuhan, menyanyikan lagu untuk mereka, dan bisikkan kata-kata lembut kepada mereka. .Jadi jangan sesekali buat tak peduli pada mereka!

2. DILARANG BIARKAN MEREKA MENANGIS SENDIRIAN



Bayangkan mama papa dalam kesakitan atau kesedihan, meminta pertolongan tapi tidak diendahkan. Mesti kecewa kan? Begitu juga dengan bayi. Bayi akan rasa lagi teruk daripada kita. .

Sebab apa? Sebab bayi dalam proses perkembangan otak yang cepat untuk belajar keperluan psikologi. Bayi sedang mengerti bagaimana masyarakat bersosial?

Kita kena ingat hampir kesemua perkembangan anak berlaku selepas kelahiran. Ya sangat2 penting waktu bayi sebab 75% daripada otak berkembang (especially setahun pertama) dan waktu ni anak sedang belajar epigenetik efek atau bagaimana mereka mahu memberi ekspresi terhadap sesuatu(bergantung macam mana kita bagi perhatian pada mereka). Hakikatnya MEREKA BELAJAR DARIPADA KITA!

Bagi BAYI, dibiarkan menangis sendirian bermaksud DISEKSA. Kenapa? Teknikalnya bayi sudah biasa berada dalam rahim ibu,terjaga dari dunia luar,mereka bersama ibu sentiasa. Mereka ambil masa untuk membiasakan diri dan memerlukan kita.

Jika bayi kerap ditinggalkan menangis sendirian dan mendapat tekanan,sebenarnya kita sedang melatih mereka menjadi seorang yang sentiasa cemas dan kurang percaya pada diri sendiri dan orang lain. Kita selalu lupa tak sedar mereka sedang belajar. Kita boleh lihat kesan buruknya mungkin 10 tahun akan datang jika biarkan mereka.

Apabila bayi yang masih kecil menangis itu bukan tantrum atau terlalu manja. Itulah cara mereka berkomunikasi.Jangan tinggalkan mereka, santuni mereka sebaiknya. Membiarkan mereka menangis berpanjangan juga tidak elok. Ia boleh membunuh perkembangan mereka. Komunikasilah dengan mereka dengan cara dodoi, hiburkan mereka, pastikan mereka kenyang, selesa.


3. DILARANG TINGGALKAN MEREKA SENDIRIAN


Membiarkan dan mengasingkan manusia bersendirian adalah satu perkara paling teruk yang akhirnya menyebabkan penyakit psikologi. Ya! .
.
Bayi dilahirkan untuk sentiasa bersama seseorang yang menjaganya. Mereka tak faham kenapa mereka ditinggalkan sendirian. .

Cuba imagine if kita ditinggalkan sendiri kat pulau asing yang mana kita tak tau apa nak buat. Mesti rasa terukkan? Jadi kenapa kita nak buat pada anak yang masih bayi kan? .

Anak-anak adalah anugerah terindah yang sentiasa bergantung pada kita yang dewasa sehinggalah pada saat mereka boleh berdikari. Walaupun ramai je kata biarlah baby tu, nnti dia belajar berdikari, ini adalah MITOS! .

jika anda biarkan bayi keseorangan, mereka kemungkinan besar menjadi seorang yang pendiam dan hanya memikirkan diri sendiri setiap masa, pentingkan diri senang cakap. Mereka membesar menjadi seorang penakut, prejudis pada orang lain setiap masa. .

Mengikut kajian, salah satu punca kenapa seseorang tidak membantu orang lain sewaktu keadaan terdesak ialah personal distress atau kesusahan peribadai yang pernah dilaluinya mengajarnya bersikap demikian. 

Membiarkan bayi bersendirian terlalu kerap boleh menyebabkan personal distress dan membentuk generasi pentingkan diri sendiri. 


4.DILARANG TIDAK MEMEGANG MEREKA JIKA KEADAAN MENGIZINKAN


Sentiasa dakap anak kita. Bayi dilahirkan untuk dipegang dipeluk.
First impression pada bayi terhadap kita adalah sangat penting! Bantu mereka merasa tenang ,itu membantu mereka 20 atau 30 tahun akan datang. Jika mereka tidak pernah rasa pelukan kasih sayang,mungkin mereka gagal punyai rasa relaks dalam diri.

Sentuhan amat penting dalam perkembangan bayi. Sentiasa bersama mereka bersama sentuhan.Apabila tiba masa mereka bersemangat untuk meneroka sekeliling, biarkan mereka sambil awasi sahaja. 

Kita bagi satu logik kat sini. Apabila seorang Amerika melawat Afrika dia ternampak aeornag kanak-kanak mencapai api menyala,dan secara automatik dia menarik tangan kanak-kanak tersebut. Orang tua kanak-kanak yang berbangsa Afrika tu, berkata " Jika kamu bersikap mcm tu,kamu perlu awasi mereka sepanjang hidup kamu"

Ini mwnunjukkan anak-anak perlu diberi ruang untuk meneroka tentang dunia tanpa diawasi ketat bila sampai masanya. Sewaktu masih bayi kecil,temankan mereka selalu. Sampai masa,mereka meneroka kita akan rindu saat mereka bayi.

5. DILARANG MENGHUKUM MEREKA TERLALU AWAL


Percaya atau tidak ada antara ibubapa telahpun memukul anak mereka pada usia belum pun setahun. Kak Limah harap itu bukan anda. .

Memukul anak masih bayi mungkin melegakan si penjaga tapi KESANNYA JANGKA MASA PANJANG BUKANNYA SEKARANG. .

Kita kena ingat anak-anak belajar dan membesar mengikut bagaimana cara mereka dibesarkan, bagaimana cara mereka dididik. Mahukah kita lahirkan generasi yang suka menghukum ?

Antara kesan menghukum terlalu awal; -

1- Bayi mula timbul rasa kurang percaya pada ibubapa. Sebab ibubapa jenis suka menghukum jer. 

2- Mendidik bayi kurang percaya pada diri sendiri. Kita mengajar mereka yang keperluan mereka tak penting dan mereka merasakan mereka tak penting dan kurang berkeyakinan 


3- Jika kita menghukum mereka secara terus waktu baru nak meneroka, kita mematikan motivasi anak untuk belajar. 

4- Hukuman awal mengaktifkan stress pada anak. Stress tak sepatutnya ada pada anak ketika masih kecil kan. Ia akan efek perkembangan positif anak. 

JIKA KITA NAK ANAK MEMBESAR DENGAN SIHAT DAN OTAKNYA BERKEMBANG DENGAN BAIK, JANGAN LAKUKAN SEMUA PERKARA DI ATAS SEWAKTU USIA BAYINYA. .

SENTIASA JADI IBUBAPA YANG PEKA TERHADAP ANAK, TENANG DAN POSITIF. "STRESSLA KADANG2 TU"
Sebab tu tugas menjaga, mendidik anak-anak tak tergalas pada bahu si ibu sahaja mahupun ayah sahaja. Ia perlukan kerjasama dua pihak, ibu dan ayah setiap masa. 😉 jika kita hadapi masalah dengan pasangan tak mahu berkerjasama, ambil masa berbincang sebab kesannya pada anak akan datang. 💪



KAK LIMAH
OWNER MYOHSEMBABY
IG & FB: @myohsembaby


.

0 ulasan: