By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog
Memaparkan catatan dengan label Penyusuan Bayi. Papar semua catatan

Bismillahirrahmanirrahim Pertama sekali Kak Limah ucapkan selamat berpuasa buat semua umat Islam. Haaa macam mana puasa hari ni? Ok t...


Bismillahirrahmanirrahim
Pertama sekali Kak Limah ucapkan selamat berpuasa buat semua umat Islam. Haaa macam mana puasa hari ni? Ok tak? Hehe

Ada tak yang macam Kak Limah menyusukan bayi tapi puasa tau. Memang ada rukhsas untuk kita. Kak Limah prefer untuk cuba berpuasa juga. Tahun ni tahun kedua sebenarnya Kak Limah berpuasa sebagai ibu yang menyusukan. Ilyas dah setahun 6 bulan.

Tahun lepas masa puasa Ilyas belum cukup puasa,demand pada susu agak tinggi hehe Ada juga Kak Limah tak puasa sebab memang risaukan Ilyas dan diri sendiri. Tahun ni kita cuba lagi,alhamdullilah hari ni berjaya,masih mencabar sebab Ilyas memang menyusu badan dan nak tidur mesti cari Kak Limah.

Kebanyakan daripada kita risau susu merudum teruk dan risaukan anak tak dapat susu sepatutnya kan? Itu dilema yang pernah dialami Kak Limah sendiri. 

"Ibu yang menyusukan anak harus berbuka puasa kalau ia bimbang dengan berpuasa akan memudharatkan dirinya dan wajib qadha’ bagi puasa yang ditinggalkan.
Jikalau ia berbuka puasa kerana bimbang memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu, maka wajib qadha’ puasa yang ditinggalkan berserta membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ia tinggalkan."
Banyak kajian yang dilakukan terhadap ibu berpuasa ketika masih menyusukan bayi. Majoriti mendapati  pengeluaran susu tidak terjejas melainkan ibu mengalami dehidrasi terlalu teruk.Apapun keadaan ibu takkan sama antara satu sama lain,kita lagi kenal diri kita sendiri.

Entri kali ni just nak share sedikit tips untuk ibu-ibu yang mungkin ni kali pertama berpuasa dan menyusukan anak. Mungkin boleh membantu kekalkan momentum ^_^

Antaranya:-

1. MINUM AIR SECUKUPNYA

Menyusukan bayi menyebabkan kita cepat haus dahaga. Untuk memastikan kita tak dehidrasi teruk, pastikan kita minum air secukupnya ketika waktu sahur,berbuka dan malam.

Kak Limah malam lah banyak minum air. Sebelum tidur pun minum. Bangun sahur minum air dulu.

2. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

Haa yang ni bukan takat bulan puasa je kena jaga patutnya. Sebenarnya hari-hari kena jaga terutama selagimana masih menyusukan bayi. Apa kita makan,itulah anak dapat melalui susu. Macam Kak Limah apa yang dimakan itulah susu yang Ilyas dapat sebab Kak Limah tak bagi susu formula setakat ni.

Antaranya makan makanan yang Glisemik rendah. Glisemik rendah ni biasanya makanan yang mudah terurai.Makanan rendah glycemic index melepaskan tenaga dari sumber makanan dengan perlahan. Jadi, ibu lambat rasa lapar. Sebagai contoh kurma. Kurma sangat bagus sebab glisemik rendah. Walaupun kandungan gula semulajadi tinggi tapi cepat terurai dan tak menaikkan paras gula dalam darah. Best kan keistimewaan kurma? Kak Limah memang akan pesan siap-siap kat suami tolong dapatkan kurma sebab sangat membantu bagi tenaga. Selain daripada tu,roti dan oat pun bagus.

3. MINUM SUSU WAKTU SAHUR DAN SEBELUM TIDUR

Masa pregnant Ilyas dulu Kak Limah selalu suka suami blend kan susu dan kurma.Rasa sedap suami buat.Susu tu susu Wildan. Sekarang ni try susu Seri Ummi. Siapa kenal Bella Ammara tahu la. Nanti Kak Limah review susu ni.



Susu yang berkhasiat penting untuk bagi ibu kekal bertenaga dan menghasilkan susu berkhasiat untuk anak melalui penyusuan.  Nak-nak lagi bulan puasa ni.

4. KERAPKAN PENYUSUAN SEPERTI BIASA

Teruskan penyusuan seperti biasa. Sesuai dengan konsep demand dan supply. Makin kerap bayi menyusu makin banyak susu terhasil. Secara tak langsung membantu menjaga supply susu.

5. BANYAKKAN REHAT

Ibu menyusukan bayi jangan paksa diri buat macam-macam. Bagi yang berkerja pun kat office waktu rehat gunakan sebaiknya. Baik pam susu atau rehatkan diri.

Bagi yang berkerja dari rumah macam Kak Limah siang tu banyakkan rehat,kerja rumah kerja kita buat macam biasa. Kalau nak buat kuih macam-macam, terpulang pada kita. Kak Limah lagi prefer malam buat memandangkan cuaca sekarang siang panas.

Kalau nak shopping pun,elak pergi tempat panas-panas ^_^

Itulah antara tips yang Kak Limah amalkan sejak tahun lepas. Mungkin mama-mama lain boleh cuba jugak. Apapun jangan memaksa jika tak mampu. Tengok atas kemampuan diri kita bukan kemampuan orang lain tapi kita cuba usaha dulu ^_^

Selamat berpuasa semua mama-mama. Suami pula jangan lupa sokong!

Kak Limah,
Pemilik myohsembaby


Assalamualaikum semua. Hai semua ibu yang masih berjuang untuk menyusukan bayi. Kak Limah nak sambung tips lagi ni. Anak pun tidur lagi,...

Assalamualaikum semua.

Hai semua ibu yang masih berjuang untuk menyusukan bayi. Kak Limah nak sambung tips lagi ni. Anak pun tidur lagi,boleh la mengadap laptop kejap hehe

Ini adalah sambungan daripada entri sebelum ni. Boleh klik sini untuk baca ya.



1    6Persediaan Fizikal

            Kesihatan fizikal amatlah penting buat ibu yang menyusukan bayi. Tenaga diperlukan untuk menjayakan penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan pertama. Ditambah pula kita baru nak biasakan dengan rutin penyusuan.
menyusukan bayi
Tidur bersama bayi

           Kak Limah pun awal-awal dulu memang rasa agak letih sebab belum biasakan diri terutama lepas baru je bersalin,dalam pantang. Memang kena jaga pemakanan. Lepas tu tidur pun kena cukup.

           Tidur yang cukup tu kena usahakan juga. Contoh masa anak tidur,kita ambil peluang tu tidur juga. Boleh adjust jadual kemas rumah,minta tolong suami dan explain kepada suami kenapa. Biasanya bayi tidur lama,kita tidur kejap pun alhamdullilah.Lepas tu sambung kerja terbengkalai.


7. Mulakan Penyusuan dengan Segera

            Seeloknya kita mulakan penyusuan secepatnya selepas kelahiran. Hisapan yang dilakukan oleh bayi mampu menenagkannya dan membantu pengeluaran susu ibu dengan lancar.

            Kak Limah selalu je kena tanya dengan sahabat yang baru melahirkan,mengadu tiada susu. Jangan pernah merasakan macam tu. Sebenarnya dah cukup sebab bayi memerlukan kolestrum je pada waktu tu. Kolestrum ni ibarat emas yang akan membantu bayi untuk membina antibodi terbaik. Itulah hebatnya susu ibu pada permulaan.
           

8.  Susukan ikut permintaan

            Tanggapan sesetengah ibu kata tunggu payudara penuh baru susukan bayi. Salah tu ya,kena relate dengan konsep demand dan supply.

            Semakin banyak permintaan daripada bayi,semakin banyak susu yang akan dikeluarkan. Jadi kita susukan je bayi sekerapnya dan ikut je permintaan. Insha Allah bantu menambah susu.


9.  Tiada makanan/minuman tambahan buat bayi

            Percayalah semua bayi yang menyusu secara ekslusif tidak memerlukan air masak dan makanan tambahan. Semuanya bayi dah dapat daripada susu ibu. Berkatnya susu ibu ni,Allah dah bagi semua.
Image result for no solid food for baby

            Kak Limah sendiri pernah menghadapi situasi ada yang mencadangkan bagi makanan dan air masak. Tapi Kak Limah jenis keras bab ni,sebab siapa lagi nak protect anak kita,selain kita sebagai ibu. Alhamdullilah juga sebab dah ada ilmu sebelum memulakan penyusuan ,jadi tak rasa goyah.

            Kak Limah tahu isu ni jadi hangat baru-baru ni. Ingat ya bayi tidak memerlukan supplement fitrahnya.
           

10. Pemakanan berkhasiat

            Pemakanan berkhasiat ni penting. Masa menyusukan Ilyas secara ekslusif Kak Limah agak strict bab makan. Kak Limah memang tak pernah set diet untuk kurus sejak menyusukan Ilyas.

            Kak Limah hanya set diet tu sebenarnya pemakanan seimbang dan sihat. Kak Limah makan nasi macam biasa sebab nasi antara yang menjadi milkbooster buat Kak Limah dan minum air secukupnya.Ada rezeki lebih,ambil makanan sepertu kurma,susu dan sebagainya.


11. Tawakkal

            Kak Limah tahu ramai ibu menyusu duk fikir “susu tak cukup” “tak de susu nanti”. Personally Kak Limah jarang terganggu dengan fikiran macam tu. Ingat balik niat dan usaha kita.
Doa selalu untuk berjaya. Kita usaha yang terbaik selebihnya serahkan pada Allah.

Image result for wanita berdoa

Selamat mengamalkan tips ni semua dan terus kuat semangat untuk menyusukan anak. Jangan pernah jadi terlalu taksub,cuma yakin susu ibu itu terbaik.

Terima kasih semua.

By Kak Limah


Whatsapp: 011-1002 1115            

11 TIPS MENYUSUKAN BAYI SECARA EKSLUSIF SELAMA 6 BULAN BAHAGIAN 1 Alhamdullilah sedar tidak sedar Kak Limah dah berjaya menyusukan ...

11 TIPS MENYUSUKAN BAYI SECARA EKSLUSIF SELAMA 6 BULAN

BAHAGIAN 1

Alhamdullilah sedar tidak sedar Kak Limah dah berjaya menyusukan anak selama 6 bulan secara ekslusif tanpa perlu susu formula. Sekarang ni masih dalam fasa menyusukan untuk inshaAllah selama 2 tahun. Ditambah pula dengan solid food yang berkhasiat bagi perkembangan anak Kak Limah.

   Image result for HAPPY BABY

                      Anak Kak Limah, Ilyas Wafiyuddin sudah pun berusia 1 tahun 3 bulan. Jika difikirkan kembali tak dinafikan memang banyak tips diamalkan terutama untuk 6 bulan pertama. Banyak juga ujian melanda diri inibagi memastikan anak mendapat khasiat susu ibu.

                  Ya ia adalah perjuangan. Jujur Kak Limah cakap ia bukanlah mudah seperti yang sering kita sangkakan. Tapi bukanlah susah sangat jika kita tahu bagaimana untuk menjayakannya selama yang kita inginkan. Kena kuat semangat da nada circle yang support kita.Persediaan dari segi mental dan fizikal sangat penting.

Bersama ini Kak Limah kongsikan 11 tips untuk menjayakan penyusuan ibu selama 6 bulan secara ekslusif


1. Niat sejak awal

            Kak Limah rasa ni part yang sangat penting. Teringat masa mengandung, kakak saudara Kak Limah pernah cerita pengalaman dia.

            Sewaktu mengandung anak pertama,dia tak pernah simpan niat nak susukan anak lama-lama,dapat beberapa bulan pun oklah. Hasilnya memang dia hanya dapat rezeki susukan anak sulung dia selama lebih kurang beberapa bulan je. Masa tu dia agak frust. Berbeza dengan anak kedua dia sudah simpan niat nak lengkapkan penyusuan selama 2 tahun,alhamdullilah dia berjaya.

            Pesan dia kepada Kak Limah waktu tu,tanamkan niat dan azam awal-awal sejak mengandung lagi untuk susukan anak lengkap 2 tahun. Sejak dari tu,Kak Limah memang azam nak susukan anak. Sebenarnya dah berazam bila pregnanti nanti nak niat susukan anak. Terus bagitahu suami,alhamdullilah dia pun sokong.


2. Cari ilmu banyak-banyak

            Yang ni pun sangat penting. Dah ada niat,nak menjayakan kena ada pengetahuan. Kak Limah mula usahakan tambah ilmu tentang breastfeeding.

            Antara cara paling berkesan membaca dan bertanya pada yang pakar dan juga yang ada pengalaman. Kak Limah mulakan dengan membaca buku-buku tentang penyususan susu ibu. Google pun banyak trusted website especially dalam versi English. 

            Antara buku yang Kak Limah suka tajuk MEMBESARKAN ANAK HEBAT DENGAN SUSU IBU. Buku ni kakak saudara yang cadangkan, beli secara online je. Memang banyak info. Contoh macam mana nak handle susu EBM,ada caranya.

                 Image result for membesarkan anak hebat dengan susu ibu

              Selain tu boleh tanya pakar laktasi,banyak je kat Malaysia ni yang certified. Antaranya El-Ameerah kat FB. Time check up pun grab opportunity untuk bertanya jururawat dan doktor. Kak Limah jenis suka tanya,jadi tanya je la.

            Ilmu ni penting supaya kita lebih faham dan yakin dengan niat kita. Tak delah mudah tergugat bila ada kata-kata negatif. Sebab kita dah ada ilmu dan tahu.


3. Sokongan Suami dan Ahli Keluarga

            Kak Limah bagitahu suami dulu pasal ni. Lepas tu selalu share info dengan dia. Suami pun banyak juga cari maklumat sendiri untuk persediaan. Bagi Kak Limah suami orang paling penting untuk ada menyokong kita dan memahami.


menyusu baby
suami banyak sokong

            Sampai ke hari ni dia keep support,fizikal dan emosi. Suami pun kena ada ilmu,supaya at least anything berlaku kepada Kak Limah,dia tahu apa nak buat untuk terus sokong.

            Kak Limah juga share dengan keluarga yang lain terutama mak sebab sewaktu pantang dan sampai sekarang tinggal sama dengan mak. Jadi at least mak bileh sokong dan faham.

            Bagi Kak Limah penting sangat sokongan suami dan keluarga. Kita akan jadi lebih kuat untuk teruskan perjuangan menyusukan bayi selama 6 bulan secara ekslusif bila tahu ada orang di samping kita. Mental yang kuat penting untuk tepis segala kata-kata mak cik bawang yang negatif yang langsung tidak membantu.



4. Persediaan Material

            Nampak remeh bila kita tak ambil tahu sebelum melahirkan bayi. Sebenarnya sangat penting adanya persediaan material.

            Antara barang yang penting ialah breastpump set (penting walaupun niat nak direct breasfreeding fully),bra menyusu,cooler bag dan macam-macam lagi. Nak cari semua ni berbalik kepada ilmu kena ada. Nampak tak penting sangat ilmu tu?

Image result for breast pump lacte
            Jika kekurangan bajet,jangan risau boleh dapatkan ikut keperluan kita. Bonus bila ada semua ni sangat membantu keselesaan untuk ibu menyusukan anak. Best dan bersemangat bila semua ada,tapi janganlah membazir.Beli sikit2 bila rasa perlu.



5. Persediaan Emosi dan Rohani ibu

            Kak Limah sentiasa berdoa dan berharap susu cukup untuk anak tersayang. Permudahkan jalan ni agar anak dapat khasiat susu ibu sesuai dengan haknya selama 2 tahun.

Image result for happy mommy

            Kajian  juga membuktikan betapa emosi si ibu memainkan peranan penting dalam menjayakannya. Kak Limah perlu sentiasa positif yang rezeki anak nak menyusu tu ada dan cukup untuk dia.

            Walaupun adakalanya kita rasa stress dengan masalah lain,jangan biarkan terlalu lama. Kak Limah akan cuba cari solusi dengan bercerita atau buat apa yang mengembirakan Kak Limah. Sebab kalau kita stress,susu pun efek.Anak pun dapat kesan,tengok betapa kuat bonding dengan penyusuan susu ibu.

Untuk tips seterusnya,Kak Limah akan sambung pada entri lain. Tunggu tau!

Whatsapp: 011-1002 1115