By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

kelaskan ikut negeri^^ ucapan daripadaku&keluarga tulis-tulis bersepah,lepas tulis alamat. antara kad-kad yang s...


kelaskan ikut negeri^^



ucapan daripadaku&keluarga


tulis-tulis


bersepah,lepas tulis alamat.


antara kad-kad yang selamat kulayangkan.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah,masih diberi kesempatan berada di bulan yang penuh keberkatan.
Hari ni sudah 13 Ramadhan,bagaimana travelog Ramadhan anda kali ini?
Semoga semakin bersemangat dalam melakukan ibadah,inshaAllah.

Sudah lama saya biarkan blog ini tanpa sebarang kata atau khabar.
Mungkin banyak masa di luar dengan hal-hal lain.
Jangan sangka saya online selalu bererti tiada kerja di luar.

Alhamdullilah
Perniagaan semakin baik,rezeki bulan Ramadhan.
Saya sudah pun mempunyai rakan kongsi merangkap sahabat baik saya.
Aisyah
Terima kasih.Semoga kita berdua terus kuat menghadapi cabaran dunia perniagaan.
Bila difikirkan kembali,urusan ini ada hikmahnya.
Membuatkan kami selalu bertemu muka,rapat seperti zaman persekolahan.
^_^

Oh,berbalik kepada tajuk entri saya kali ni.
Pasal kad raya.
Setelah 2 tahun tak pos kad raya.
Kali ni semangat,sebelum puasa saya dah buat rancangan ni.
Dah beli kad raya=p
Alhamdullilah,saya dah pun selamat melayangkan kad-kad raya buat keluarga dan sahabat handai di seluruh Malaysia.
Khabarnya,ada yang sudah menerimanya.
Saya harap kamu semua sukakannya dan saya mohon maaf.
Yang belum terima,tunggu ya.
Terutama yang dah bagi alamat masa saya minta sebelum puasa lagi.
InshaAllah ada kad akan menyapa sahabat-sahabat tak lama lagi.
Kenapa saya masih hantar kad raya sedangkan sudah terdapat pelbagai teknologi terkini yang mudah dan menjimatkan?
Sebab saya rasa kad raya lagi istimewa.
Lagi dekat di hati.
Perasaan menerima kad raya jauh berbeza daripada menerima sms mahupun emel.
Itu pendapat saya,mungkin anda berbeza pendapat.
Apapun yang penting ikhlaslah dalam menyampaikan sesuatu.
InshaAllah semua akan berjalan lancar.

Kad raya sudah selamat.
Sekarang masanya untuk memikirkan kuih raya=p
Di samping tu jangan lupa rebutlah kelebihan Ramadhan yang Allah hadiahkan buat kita.
Hanya tinggal beberap hari,raikannya dengan cinta kepada-Nya^^

Kepada semua yang membaca entri kali ni,saya ucapkan selamat terus beribadah,meraikan bulan ini,moga terbaik dari sebelumnya,InshaAllah.
Jaga diri semua^^

bismillahirrahmanirrahim alhamdullilah,kurniaanNya,kita masih berada bersama-sama melangkah ke bulan yang penuh keberkatan,Ramadhan. Apa kha...

bismillahirrahmanirrahim

alhamdullilah,kurniaanNya,kita masih berada bersama-sama melangkah ke bulan yang penuh keberkatan,Ramadhan.
Apa khabar semua?


Berbicara tentang bulan Ramadhan atau lebih dikenali sebagai bulan puasa dikalangan masyarakat melayu,jangan pula hanya terbayangkan jualan murah,lagu-lagu raya yang berkumandang,juadah dan hidangan di bazar Ramadhan. Jangan lupa Ramadhan ini adalah hadiah daripada-Nya bagi hamba-Nya untuk lebih dekat kepadaNya. Ramadhan juga bulan turunnya kitab suci,Al-Quran.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan. Riwayat Bukhori&Muslim

Pengajaran Hadis:

i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

Begitulah kelebihan Ramadhan buat kita semua.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti dengan bertambahnya amalan kita kepada-Nya. Semoga amalan itu menjadi istiqamah dalam menyelusuri perjalanan hidup yang sementara di dunia ini kerana akhirat itu yang kekal abadi.Ramadhan ini jadikanlah permulaan buat kita semua untuk ke arah yang lebih baik.
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa^^

sumber: jakim