By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Pengalaman Buat ECV di Andorra. Hai semua. Assalamualaikum. Haa da bersawang blog aku ni. Lebih selesa bahasakan diri sebagai aku unt...


Pengalaman Buat ECV di Andorra.

Hai semua. Assalamualaikum.
Haa da bersawang blog aku ni. Lebih selesa bahasakan diri sebagai aku untuk entri ni dan akan datang.

Alhamdulillah rasanya ada yang dah tau aku dah selamat bersalin anak kedua kami,  pada 6 Ogos lepas. Tapi tak ramai tahu aku pregnant haha.  Ramai kata and even jiran aku ada kata tak tahu pun aku pregnant. Aku ngan suami mmg tak share sangat. Mana yang jumpa aku tahulah aku pregnant.

To be honest kan, this was my third pregnancy. Aku miscarriage last year seminggu sblm raya. So after tu aku ambil masa gak nak recover especially mentally la. Bukan senang ye. So kalau korang berhadapan dengan orang yang baru keguguran, jangan simply nak cakap je suka hati mulut tu ye. Sebab sensitif.

So berbalik pada tajuk aku tu. Aku dapat tahu kandungan aku breech atau bahasa mudahnya, songsang masa aku dah 35 minggu. Time tu aku g check up pertama kat swasta. Kat Andorra Sri Kembangan.
Alhamdulillah rezeki dapat juga impiam aku tercapai, bersalin kali ni nak consult dengan Dr Khamsiah, pakar O&G.Tujuan utama aku pilih Andorra sebab aku dan suami nak semua terjaga dari segi aurat dan dari review yang kami baca dan pengalaman kawan2,kami rasa boleh usahakan untuk deliver kat Andorra. Jadi perlukan kegigihan dan pengorbanan. Nanti aku cerita dalam entri lain.


Baby masa tu mcm first picture. Kalau normalnya baby dah engage macam second picture

First appointment dengan Dr Khamsiah, Dr bagitahu aku baby songsang. Tapi Dr sangat cool, entah kenapa aku tak terlalu rasa gelisah. Aku tenang sebab Dr punya reaksi menenangkan aku. Dr tunjukkan imej kat mesin scan. Yes kepala baby tak masuk laluan pun, kat atas. No wonder aku rasa sakit mcm nak koyak kulit bahagian bawah breast.

Aku terus teringat husband aku pun rasa mcm kepala kat bahagian tu. Dr Khamsiah ni memang menenangkan bagi aku, mcm seorang ibu. Dr Khamsiah bagitahu aku banyakkan sujud, ada rezeki inshaAllah baby pusing. Dr bagitahu kami, ada harapan baby pusing lg. Masa masih ada. Dr juga bagitahu aku, alternatif lain if baby x pusing selain ceaser ialah cuba buat ECV.
ECV?  Apa tu?  Jujur time Dr cakap aku tak tahu apa ECV tu then Dr terus explain. External cephalic version. 
Dengan kata mudah, pusingkan baby secara urutan dengan pakar. Dalam kes aku dengan Dr Khamsiah. Tapi time tu Dr bagi seminggu, kot2 baby turun pada laluan, tak breech dah.

So kitaorang pun balik. Masa first appointment ni aku bawa anak sulung aku, Ilyas. Dr mmg pandai interact dengan budak. Ilyas ni pun Dr kata anak rambut blonde. Ok kembang jap aku sbg maknya haha.  Dr siap bagi Ilyas tekan button kat mesin scan baby. Button print dan button untuk dengar jantung baby. Dari situ aku perasan Ilyas makin faham yang dia akan jadi abang tak lama lagi. Thank you Dr Kham for assisting me ๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚

Then minggu ke 36,appointment aku kedua di Andorra. Aku sebenarnya setiap kali appointment Andorra aku rasa excited, mood happy. Suasana best tu efek aku. Hihi Walaupun aku cuak kali ni sebab tak tahu kedudukan baby camna. Dah pusing ke masih breech?  Sepanjang seminggu tu macam2 aku buat selain sujud lama. Then masuk bilik Dr. Dr Kham tengok perut aku pun dia rasa perut aku dan Dr kata baby masih tak pusing. Tengok kat mesin scan, yes baby tak pusing lagi, masih breeech. Then Dr bagitahu ada 2 pilihan, cuba buat ECV atau proceed pada ceaser untuk melahirkan pada minggu akan ditetapkan.

So mana pilihan kitaorang. Aku dan suami dah bincang kat rumah. Aku banyak juga buat pembacaan pasal ECV. Dr Kham bagitahu possibility nak berjaya 70%. Dr juga bagitahu tengok keadaan aku dan baby boleh je cuba ECV. ECV ni tak semua orang boleh lalui, bergantung pada keadaan ya. Ada keadaan risiko yang tidak mengizinkan untuk buat ECV, boleh buat bacaan ya dan tanya pada yang pakar.
Aku dan suami decide untuk buat ECV. Dr Kham bagitahu hari tu juga boleh buat. Terkejut aku. Hehe kena admit terus. Elok juga tapi aku risau. Aku sehelai sepinggang. Takot gak kena bersalin terus in case pape jadi. Sebab aku ada baca kalau tak berjaya dan baby punya CTG tak lawa, maybe kene tolak terus ke OT. Dengan beg bersalinnya tak bawak, nun tinggal kat Pahang. Ilyas time tu tinggal ngan mak aku kat rumah Bangi. Kitaorang plan nak balik Pahang juga by that day. 

Macam ni proses ECV

Tapi suami aku kata inshaAllah ok. So kitaorang pun setuju. Aku kena admit. Dr pesan dah tak boleh makan, untuk ECV. Aku lapar tapi tahan jela hihi.  So aku admit wad 4 bedded je sebab kejap je Dr kata.
Tula first time aku admit kat Andorra. Kitaorang tunggu je kat bahagian klinik appointment. Nurse ambil dari situ bawa ke wad naik wheelchair. Oh ye sama jugak setiap kali appointment, korang just bagi buku kat reception, then nanti staff akan bawa korang naik lif untuk appointment. 5 stars untuk Andorra.


Muka lapar ke ni huhu



Katil lepas buat ECV haha

Aku pun admit. Aku kena tukar kain hospital untuk proses ECV. Actually lama juga tunggu sebab Dr Kham ada operation delivery baby. Yes ramai nak ngan Dr Khamsiah.  Jadi ada possibility appointment akan delay juga jika ada patient nak bersalin. Once korang pilih Dr mana, Dr tu yang akan bagi service terbaik sampailah lepas deliver baby kat Andorra ni.

Sementara tu nurse masukkan ubat, monitor CTG baby dan keadaan aku. Dr sampai dah petang. Sempatlah aku solat Zohor dan Asar kat surau wad. Sampai je Dr Khamsiah ni terus minta maaf kat aku sebab lambat sikit, lama mama tunggu tak makan. Aku ok je, inshaAllah. ECV tu Dr Khamsiah yang buat.

Masa tu aku cuak gak tapi aku kena kuat sebab baby kuat. Suami aku pun tunggu  kelaparan sekali. Suami aku sejenis kalau aku sakit2 nak beranak ni, dia pun tak selera makan, tunggu je. Aku lak memang jenis nak berkepit je ngan dia especially situasi gini. Suami aku ada dan aku yakin dia mesti doakan isteri dia n anak dia ni. InshaAllah semua selamat.

Dr pun mulakan proses ECV. Sambil tu mesin2 pun dipasang sebab nak monitor baby punya jantung. Dr mulakan dengan basmallah, dan mula pusingkan baby. Kejap je prosesnya. Alhamdulillah Dr kata berjaya. Aku pun terpinga-pinga, tanya dah siap ke Dr. Alhamdulillah aku nak nangis rasa. Allah memudahkan lagi. Ini rezeki Allah bagi kat aku dan suami. 

Sakit tak? Ni jugakla soalan suami aku lepas siap. Rasa la juga .Tipulah tak rasa sebab baby dah besar. Terasa lah Dr pusingkan tu tapi berable je. Sakit lagi masa contraction okay. Itulah antara cabaran aku pregnantkan anak kedua kami. Apapun aku bersyukur, kali ni semua cantik, check up okay sepanjang pregnancy dan Allah bantu baby pusing.



Alhamdulilah Dr kata baby pusing dah dan sentiasa doa supaya baby tak pusing balik. Yes ada je kes baby breech balik. Jadi doa selalu. Dr terus peluk aku dan suruh nurse bawa menu makanan haha sebab Dr kata aku mesti dah lapar. Suami aku pun kata makanlah apa nak makan. Aku pun senyum sampai telinga dengan perut berkeroncong haha
Suami aku balik jap rumah bangi, ambil mak dan anak aku ilyas.

Kat Andorra ni mcm style hotel.  Nak makan apa order. Kalau mcm admit kejap cam aku masa ECV, tak de la pakej punya. Nanti makanan sampai kena bayar teruslah. Kalau pakej bersalin tu, masa discharge baru settle sekali. Aku order burger daging style aku pun tak pernah sepanjang hayat aku makan. Nama hidangan tu pun aku tak ingat. Waiter hantar ,bayar dan makan. Tak habis aku makan sebab banyak dan memang nak tinggalkan utk suami aku yg kelaparan jugak. Aku call husband aku bagitahu aku tinggalkan makanan ni, habiskan tau. Hihi kitaorang memang akan habiskan. Sebab mahal bayo haha. Tapi memang sedap, Chef Zubir punya cafe. Anak aku iLyas pun tolong habiskan.


Ni la makanan tu. Rotate kan phone anda hihi


Alhamdulllah semua berjalan lancar. Rezeki Allah bagi. Aku discharge malam terus balik Pahang. Memang sampai je letih semuanya. Alhamdulillah. Terima kasih suami sebab support aku melalui perjalanan ECV. Terima kasih Dr Khamsiah dan staff nurse ๐Ÿฅฐ 
Dari sini aku dah boleh rasa delivery baby nanti mesti lagi best kat Andorra. 
Nanti aku sambung cerita pengalaman bersalin kat Andorra pulak. ๐Ÿ™‚

Thanks sebab baca aku bebel tau. Hehe. 
Jangan lupa doakan aku cepat sembuh tau. Lagi sebulan ni nak pantang yuhuu. 

Kak Limah


Hai semua  Berhabuk nau blog Kak Limah ni kan? Haha baru ni nak menulis, baru ni RAJIN tiber. Busy dengan apa la tu oi KAK Limah. Adalah...

Hai semua  Berhabuk nau blog Kak Limah ni kan?

Haha baru ni nak menulis, baru ni RAJIN tiber. Busy dengan apa la tu oi KAK Limah.

Adalah keje sikit dari rumah giteww.

Pagi ni alhamdullilah feeling better. Maka terus masuk dapur tung tang masak. Tapi cik suami,jangan lupa kak limah tetap nak tuntut roti Telur goyang ala husband Cik Epal sokmo makan pagi - pagi ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Oklah tak nak bebel panjang nak share dulu resepi campak kak limah.


Sejenis yg sokmo fail bab presentation makanan. Tapi ok la kot ni haha
Nak share pasal makanan. Haha๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ
.
.
Makanan supaya Korang semua wajib ambil sarapan untuk kekal sihat dan cantik gitewwww๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ
.
.

Maybe #bilakaklimahmasukdapur is back๐Ÿ˜ฌ
.
.
Mood nak tangkap gambar ada dah sikit. Boleh lah kot share.๐Ÿ˜œ
Pagi ni simple jer untuk 3 ketul kesayangan.
Bihun Goreng Singapore Campak-Campak Apa Yang Ada Disulami Kasih Sayang ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
(Serius Kak Limah guna apa ada jer ni haha) .
.
Panjang kan?
Bahan-bahan:

Bihun (boleh dapatkan dgn jiran Kak Limah, support jiran niaga & produk Muslim)
.
Blend Bahan A ni:
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Semangkuk udang kering
Lada hitam(ni tumbuk jer)
.
.
Bahan B
Kobis
Lobak merah hiris
Lada merah hiris
Telur sebijik
Kiub ayam separuh
Garam
Lada sulah sikit
Kicap sikit
.
Hiasan
Sedikit je bawang goreng (sebab suami xsuka๐Ÿ˜)
Limau nipis
.
Rendam bihun
Tumis bahan-bahan blender
Masukkan bahan A yg dah blender dan tumbuk
Biarkan seketika
Masukkan kiub, telur , kacau
Buh kobis dan carrot
Tabur lada sulah & garam secukup rasa.
Masukkan bihun dan gaul sampai rata
Masuk lada merah
Masukkan kicap sikit kasi up rasa jer, bukan nak kasi hitam haha
Siap dan buatlah hiasan kalau rajin.
Kak Limah ikut mood. Kalo rajin has, hias. Kalau malas ngap je. Haha
Selamat mencuba, ada udang fresh lagi sedap buh☺️☺️๐Ÿ‘Œ
.
.
Sekian resepi amatur.
.
#bilakaklimahmasukdapur
#dapurkaklimah

KENALKAN EMOSI DAN HARGAI EMOSI ANAK KITA Ya hari ni Kak Limah nak share tentang emosi anak. Kita mungkin sibuk nak orang rec...

emosi anak


KENALKAN EMOSI DAN HARGAI EMOSI ANAK KITA

Ya hari ni Kak Limah nak share tentang emosi anak. Kita mungkin sibuk nak orang recognize emosi kita, tapi sudahkah kita hargai emosi anak kita dan beritahu kepada mereka tentang emosi? Atau kita anggap ia tak penting, mereka cuma anak kecil? 

EQ ITU EMOSI

                        Image result for EQ OF CHILD

Kita selalu dengar pasal IQ, tapi jangan lupa ada satu lagi iaitu EQ darjah emosi. 
IQ mengukur kecerdasan kognitif anda seperti kemahiran menyelesaikan masalah, pengecaman corak, pemikiran logik, kebolehan matematik dan kemahiran anda memproses maklumat. Sebaliknya, EQ mengukur kecerdasan emosi dan kemahiran anda memproses maklumat emosi untuk membimbing keputusan dan tindakan anda.


Pakar psikologi, Daniel Goleman, mendapati bahawa EQ terdiri daripada lima komponen:

Kesedaran diri: kebolehan mengenali emosi diri, kekuatan, kelemahan, penilaian, dan matlamat.
Pengaturan diri: keupayaan mengawal emosi diri dalam bertindak balas terhadap sesuatu keadaan.
Motivasi dalaman: semangat untuk mencapai atau berjaya dalam matlamat hidup kita sendiri.
Empati: keupayaan memahami dan bertimbang rasa terhadap emosi orang lain.
Kemahiran sosial: keupayaan membina dan mengendalikan hubungan.

6 TAHUN KE BAWAH ADALAH FASA KRITIKAL UNTUK EMOSI ANAK

Pada umur 6 tahun ke bawah adalah penting bagi kita sebagai ibubapa untuk kenalkan anak tentang emosi.


5 EMOSI ASAS

Tahukah kita terdapat 5 emosi asas? 
5 emosi asas itu adalah:-

1.Gembira
2.Sedih 
3.Geli
4.Takut 
5.Marah

Gabungan asas melahirkan emosi lain suprise, anxiety dan sebagainya. 

AKUI EMOSI ANAK

Jangan lupa recognize emosi mereka. Sebagai contoh, " I know you're sad because I don't allow you to eat this kind of foods. I don't allow you to eat this junkfood because I love you,this is not good for your body and mind,I want you to be healthy and happy.You can eat a lot of healthy foods with me,let's find it together." 

Dari sini kita memberitahu anak kita tentang emosi rasa sedihnya, kita recognize yang anak sedang bersedih dan juga kita terangkan alasan atas kenapa kita kata tak boleh dan menawarkan penyelesaiannya. 

Pakar psikologi, John Gottman menyarankan lima langkah berikut untuk memupuk dan memperbaiki EQ kanak-kanak :-

1-Menyedari emosi anak anda
Kita perlu sedar emosi itu tidak ada betul dan salah dan ia perlu diperakui. 

2-Melihat emosi sebagai satu peluang untuk berhubung dan mendidik
Kita jangan sesekali menyekat emosi anak dengan berkata, mana boleh nangis awak kan lelaki. Salah ni ya! 

3-Dengar dan mengesahkan perasaannya
Beri perhatian sepenuhnya kepada anak anda apabila anda mendengar mereka meluahkan emosi mereka. Ulang semula apa mereka ceritakan dan katakan pada mereka anda memahaminya. 

4-Label emosi mereka
Bantu mereka, labelkan emosi mereka. 

5-Bantu anak anda menyelesaikan masalah dengan batasan. 
Semua emosi boleh diterima – tetapi bukan semua tingkah laku untuk emosi itu betul. Bantu anak anda mengatasi emosi mereka dengan membina kemahiran menyelesaikan masalah. Kembangkan cara mereka menyelesaikan masalah. 

Penting bagi kita memperkenalkan emosi kepada anak supaya anak tahu cara mengawal emosi dan sedar tentang emosi rakan mereka. Mereka akan membesar menjadi seorang yang bukan sahaja cemerlang bahkan menjadi seorang yang mempunyai empati diri. ๐Ÿ™‚

Kak Limah 
Ibu Ilyas.

MyOhsemBaby.

Bismillahirrahmanirrahim. Oh bersawang sangat blog Kak Limah. Lama dah tak post apa-apa. Moga 2019 ni rajin la sikit haha. Istiqamah tuli...

Bismillahirrahmanirrahim.

Oh bersawang sangat blog Kak Limah. Lama dah tak post apa-apa. Moga 2019 ni rajin la sikit haha.
Istiqamah tulis blog.
Tetiba hari nak share sikit.
Lama dah tak share bab tips ni. Hari ni Kak Limah nak share 



5 Kesalahan Yang Sering Kita Lakukan Masa Guna Mascara
.
1.Kerap cucuk dan tarik masara dari bekas.
 

Gambar dari Pinterest

Ni akan buat maskara cepat kering dan bergumpal sebab terlalu banyak udara masuk. Cukup sekadar putarkan masa aplikator tu dalam bekas maskara. .


2.Applikasi maskara dengan gerakan straight ke atas. 


                          Image result for apply mascara


Cara paling berkesan untuk apply maskara ialah apply ke atas sambil gunakan gerakan zigzag ke kiri dan ke kanan supaya kena semua bulu mata anda dan lentik sempurna. .


3.Terlalu banyak guna maskara. 


Haaa pakai maskara berlapis-lapis sampai 10 lapis bukan cara terbaik untuk bagi lentik. Hanya buat rasa berat je mata tu. Cukup dengan 2 ke 3 lapisan untuk hasil terbaik.
.
.
4.Tidak memisahkan atau sikat bulu mata. 


                          Image result for apply mascara

Bulu mata tergumpal, ni mungkin sebab tak sikat dulu. Sisir bulu mata untuk hasil lebih kemas. .


5.Tidak pernah ganti maskara. 


                                           Image result for apply old mascara
Biasanya maskara sesuai untuk digunakan dalam masa 3 bulan. Gantilah maskara bila dah lama sangat untuk mekap lawo. .
.
Semoga bermanfaat untuk semua kaki mekap. Jangan lupa nak dapatkan mekap mata lebih natural tanpa grumpy, gunakan mascara Anasism hehe
Harga promo masih berlangsung! RM39.90 sajoooo.




FOLLOW MYOHSEM COSMETIC
LIKE FB myohsemcosmetic
.

#teamstarsANAS 
#anasismpahang #anasismtemerloh

Hai semua mak bapak! Ada ke yang membaca entri blog Kak Limah ni? Yes Kak Limah sejak jadi ibu ni memang suka share pasal anak-anak. Ada r...

Hai semua mak bapak!

Ada ke yang membaca entri blog Kak Limah ni? Yes Kak Limah sejak jadi ibu ni memang suka share pasal anak-anak.Ada rezeki lebih rasa nak sambung master in early childhood education jer. Ya Allah permudahkanlah impian Kak Limah ni.

Haaa kali ni Kak Limah nak share pasal anak lagi tau hehe Setelah bacaan dibuat,jemput baca walaupun AGAK PANJANG TAPI BERBALOI.

Dah la tu google cara bermain DOTA, cara bermain game apa-apala.  Ni baca cara bermain ngan anak-anak pulak,lagi best!



RASA TAK TAHU NAK MAIN APA LAGI DENGAN ANAK?

Asyik main benda sama,aucak anak pun bosan
Hari-hari ajak anak main lego je.
Anak suka bola,hari-hari bagi anak bola.

Mesti kita nak quality play dengan anak-anak kan?Sebenarnya kita tahu tak ada 16 jenis permainan yang kita boleh kembangkan dan main dengan anak macam-macam aktiviti??

Ok meh Kak Limah share untuk elakkan kita ibubapa ni tak de idea nak main apa dengan anak sampai anak terbiar banyak masa dengan gajet je. Rugi sangat tuh!

List ni agak panjang jadi Kak Limah harap mak bapak sabar fahamkan semua ni hehe JANGAN MALAS BACA HIHI RUGI


1. SYMBOLIC PLAY


Symbolic play ni paling simple dan natural. Tak payah beria ajar kadang tu anak kita dah buat. Hehe

Contoh kan anak kita gulung kertas A4 dan jadikannya sebagai teleskop,gunakan pisang sebagai telefon. Mesti ada kan?

Kreatif kan apa anak-anak kita buat?Ini mendedahkan anak kita pada dunia sebenar secara perlahan-lahan dan tak bahaya.



2. ROUGH & TUMBLE PLAY


Yang ni banyak libatkan fizikal. Anak lelaki mostly paling laju bab ni.

Contohnya main lawan-lawan,geletek-geletek anak,golek-golek dan macam-macam lagi.

Macam Ilyas dan ayahnya selalu je bersilat haha



3. SOCIO-DRAMATIC PLAY


Socio-dramatic play ni libatkan persekitaran nyata dan sebenar biasanya.

Contoh kita bawa anak pergi kedai beli barang. Haha ni memang aktiviti wajib ibu ngan ilyas ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‹
Haa jangan ingat aktiviti tu tak berguna,tu pun jenis bermain tau.

Selain tu, kita bawa anak pergi restauran,memancing. Anak akan explore the real world!




4. SOCIAL PLAY


Yang ni pula banyak libatkan interaksi dan perhubungan. 

Kat sini anak akan belajar bersosial,bergaul,jaga emosi dan tolak ansur.

Apa-apa je aktiviti yang anak main bersama-sama termasuk dalam ni. Ilyas baru slowly adapt dan dah start pandai main dgn kawan2.hehe




5. CREATIVE PLAY


Yang ni menarik,dapat menajamkan fikiran dan melibatkan kreativiti anak-anak. Dan banyak guna daya imaginasi tinggi

Contoh,anak gunting-gunting kertas dan tampal ikut kreativiti, anak main playdoh buat macam-macam.

Ilyas hari tu dia ambil tupperware kak limah buat menara kat dapur ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹







6. COMMUNICATION PLAY


Yang ni melibatkan komunikasi ,ekspresi wajah dan pergerakan. 

Contoh main berlakon,menari ikut rentak lagu

Lagu baby shark la paling budak2 suka dance kan zaman ni




7. DRAMATIC PLAY


Dramatic play ni biasa anak perempuan No 1 haha. Nak jadi princess la,nak jadi Elsa la. Layankan je

Anak lelaki pulak nak jadi ultraman,superman hehe



8. LOCOMOTOR PLAY


Apa je yang melibatkan aktiviti pergerakan badan masuk dalam kategori ni

Contohnya main menyorok-nyorok,main kejar-kejar, main panjat pokok



9. DEEP PLAY


Melibatkan sedikit risiko bahaya,bagi anak pengalaman baru supaya jadi lebih berani. Automatik kita mak bapak bantu anak jadi lebih confident.

Contohnya first time anak naik basikal, first time pakai kasut roda dan macam-macam.

Impian kak Limah nak kasi ilyas naik kuda. Huhu harap ayahnya baca ni haha





10. EXPLORATORY PLAY


Gunakan deria bau,sentuhan dan rasa untuk explore tekstur dan fungsi sekeliling.

Kat sini bila kita dedahkan anak dengan sesuatu kita akan dapat tengok reaksi anak.

Contoh,bawa anak tengok arnab. Kita akan dapat lihat reaksi anak sama ada geli atau memegang atau menangkap dan mengejar.



11. IMAGINATIVE PLAY


Kat sini tak de batasan untuk anak berimaginasi.
Aktiviti ni mempunyai skop luas.
Boleh jadi dalam lukisan atau lakonan atau macam-macam.

Contohnya anak bermiaginasi ada kat atas bukit,imaginasi dalam kapal angkasa.




12. MASTERY PLAY



Mastery play ni kita boleh uji keupayaan anak nak menyelesaikan sesuatu sampai habis.

Biasanya ada matlamat dan sasaran dalam mastery play

Contoh, gali lubang, bina istana pasir,susun kotak jadi rumah dan sebagainya
Ala macam kecik2 dulu kita susun kusyen atok nenek buat pondok haha



13. OBJECT PLAY


Yang ni libatkan objek yang merangsang kordinasi mata dan tangan.
Macam free drawing,susun lego. 




14. ROLE PLAY



Rasanya yang ni ramai mak bapak buat. Belikan anak dapur untuk mereka rasa sendiri jadi tukang masak.

Contohnya berlakon jadi mak-mak,berlakon jadi jurujual




15. RECAPITULATIVE PLAY


Yang ni membuatkan anak lebih faham kejadian manusia,alam dan benda hidup.

Apa sahaja melibatkan sejarah,budaya,suasana. pekerjaan,perubahan cuaca dan sebagainya.

Contoh,membela haiwan,bagi kucing makan,tengok gambar lama,bermain bayang-bayang, sepak bola dalam hujan.





16. FANTASY PLAY



Last but not least, benarkan anak berfantasi dalam dunia mereka.

Contohnya jadi angkasawan,jdi pilot dan sebagainya.




Haaa tulah antara jenis bermain. Dari situ kita boleh kembangkan cara bermain dengan anak.Tak delah tepu otak sebab tak de idea. Hihi

Anak pun of course lebih kreatif


Kak Limah
myohsembaby





Bismilahirrahmanirrahim Baru-baru ni Kak Limah tengok Dr  @putriafzanmaria  kat TV alhijrah. Memang tunggu je, bukan senang nak dapat p...

Bismilahirrahmanirrahim


Baru-baru ni Kak Limah tengok Dr @putriafzanmaria kat TV alhijrah. Memang tunggu je, bukan senang nak dapat perkongsian camni.

Kak Limah pun ibu dan ada anak fasa umur tantrum. Tak nafikan nak didik anak bukan semudah ABC. Jadi mak ayah wajib gali ilmu sokmo. Tengok tv pasal tantrum tadi, memang terbaik perkongsian Dr.

Tantrum tu normal jer. Tak tantrum tu mungkin pelik. Otak ni 90% emosi. Pastu umur tantrum biasanya 2-4 tahun, mana yg da lepas fasa ni lega la kot ๐Ÿ˜‚ masa ni anak baru nak teroka perasaan. Anak ni the best manipulator sbb boleh test kesabaran ibubapa hihi

Dr kongsikan td ada 3 jenis tantrum ni:=

Pertama, yang nak perhatian/attention. Elok je main tetiba menangis, haaa sudah. .

Kedua, yang tantrum nakkan something. Contoh nak mainan kat toy r us. Masaklah mak nak membeli. Eh nanti dlu.
.
Ketiga, throw tantrum. Ni mcm mak ajak mandi anak tak nak dan tak nak. 

Fasa tantrum ni pulak ada 3 jenis. 

1. Stage biasa kita tengok anak nangis. 
2. Fasa baling2 badan atau barang / guling2 atas lantai. Ni la fasa banyak mak bapak tewas sebab stigma takut malu kat public. 
3. Fasa nangis nak reda& merengek. 

Camne nak handle? 

Masa tengah 1st stage tu jangan bercakap dengan anak. Just imagine kalo orang tengah mengamuk, whatever you say tak de guna. Mcm tu jugak ngn anak. Just tengok je, msti berada kat situ. Jangan tinggalkan anak. Masa tu anak akan belajar cause and effect, "oh aku nangis cmni, mommy biar je, fine". 

Kita jangan melenting marah2. 

Masuk fasa 3,baru kita datang kat anak pujuk anak tp kena ada prinsip dan tegas dalam kelembutan. Wajib jaga ayat kita. Ckp" yes mommy faham u sedih" then pujuk. 

Pentingnya kita jaga masa tantrum sebab 90% otak adalah emosi dan 6 tahun pertama penting nak bantu develop EQ anak. 10% je IQ, jadi kena fokus pd EQ lebih. Kalo 90% x cantik camna nak support 10% tu kan? 

Antara cara nak bantu 90% tu, bagi pengalaman pada anak. Pengalaman tu bukan hanya duduk kat meja kerusi which is banyak mak ayah buat. Pengalaman tu diperolehi melalui bermain, dan dptkan tingkat neuron development. Unik kan? Bermain tu sgt membantu anak utk 90% EQ dia. Bukan terus ajak baca buku sedangkan anak nak main dan belum ready mbaca.

Terima kasih Dr. Putriafzamaria atas perkongsian^_^

AKTIVITI ILYAS :   Learning Shapes on the floor TING TING BENTUK DI LANTAI . . Ilyas buat ni masa bulan lepas. Hari ni Ilyas da 22...

AKTIVITI ILYAS :  Learning Shapes on the floor
TING TING BENTUK DI LANTAI

.
.
Ilyas buat ni masa bulan lepas. Hari ni Ilyas da 22 bulan 10 hari.
Masih dalam mood nak kenalkan bentuk -bentuk. Ibu buat yang mudah je.
Aktiviti ni jimat,guna je selotep untuk kotak haha๐Ÿ˜‚






.
.
Buatlah bentuk mama papa nak. Kak Limah buat dengan Ilyas,senget benget pun janji ade ghupe kan.
Lepas tu ajak anak-anak lari ke lompat ke atas tu. Sambil tu sebut bentuk-bentuk yang ada tu. Just enjoy,jangan marah anak kalau diaorang belum tahu bentuk apa tu,keep playing jer๐Ÿ’“๐Ÿ’“





.
.
Maafkan kotak barang ibu tu haha
Sekian aktiviti dengan Ilyas kali ni.

Kak Limah