PENGALAMAN PERTAMA INDOOR PLAYGROUND ILYAS
Bismillahirrahmanirrahim
Lama juga Kak Limah tak menulis kat blog ni. Baru je balik dari kampung belah suami kat Kota Bharu,Kelantan. 4 hari je kat sana sebab suami nak kerja.
Tujuan utama kitaorang balik sebab nak bawa Ilyas,our baby jumpa moyang dan moyet dia. Untungnya Ilyas merasa ada moyang dan moyet walaupun tak sempat rasa ada atok. Saja nak bawa tunjuk Ilyas dah jalan pulak,last balik dulu Ilyas baby lagi,masa raya.
Alhamdulillah tercapai hasrat kitaorang,mama(moyang Ilyas) dan mak (moyet) happy sangat tengok gelagat Ilyas. Ilyas memang cheeky lepas tu menghiburkan orang walaupun baru je satu tahun 4 bulan.
Perkara menarik,sempat lagi bawa Ilyas ke Indoor Playground. Suami tanya,ada nak g mana -mana ke sementara kat Kota Bharu ni. Haha soalan tu jangan ditanya,ada je jawapan Kak Limah. Al-maklumlah memang suka berjalan. Tapi suami Kak Limah memang suka tanya soalan tu,dan soalan tu sentiasa mengembirakan hati Kak Limah ^_^ See,nampak simple tapi a big thing that can cherish my moment haha
Kak Limah pun cadangkan why not bawa Ilyas pergi buat aktiviti kat indoor playground. Outdoor dia dah pernah rasa. Dah lama sebenarnya nak bawa ,lepas Ilyas dah jalan dah fikir tapi kat Temerloh tak de,Kuantan pun tak jumpa.
Kak Limah pun sehari sebelum tu dah start google dan tanya kawan-kawan yang orang Kelantan. Maklumlah memang mostly kawan orang Kelantan, room mates Kak Limah dulu semua Kelantan haha. Hasilnya ada 3 tempat popular.
First : AA Indoor Playground (Area Lincoln College)
Second: Dalam AEON KB
Third: Happy Kids (kat Tesco)
HAPPY KIDS,TECO KB KELANTAN
Sumber : Google,Kak Limah lupa nak ambil gambar dari luar |
Disebabkan kita orang memang nak shopping sikit,maka decide nak ke Tesco. Teruslah usha Happy Kids dan bawa Ilyas ke situ. Harga RM17 untuk main sampai puas,mahal sikit sebab cuti sekolah. Kalau hari biasa RM11. Untuk dewasa FOC.
Syaratnya semua yang masuk kena pakai stoking. Kalau tak bawa stoking,kat situ ada tapi kena bayarlah hehe. Disebabkan Kak Limah dah cari info,so dah pakaikan Ilyas stoking dia dan pesan kat suami bawa stoking Haha Jimat sikit.
Sebelum masuk, staff akan cek suhu anak kita. Tanya ada selsema atau batuk ke. Kak Limah memang puji bab ni. Maknanya diaorang jaga kebajikan anak-anak supaya tak berjangkit penyakit. Lepas tu siap pakai hand sanitizer kat anak kita.
Haaa...oh ye lepas bayar tu korang akan dapat kupon untuk beli makanan. Ada diskaun sikit untuk kupon tu. Menariknya Happy Kids ni ada tempat untuk mak ayah makan sambil tunggu anak main. Kat situ adalah waffle,air macam-macam ,jagung dan sebagainya. Kak Limah order coconut shake,sirap bandung,waffle dan jagung. Guna kupon dapatlah less RM2. Kitaorang gilir-gilir makan ,habis makan sama-sama main ngan Ilyas.
Happy Kids ni tak delah besar mana,satu lot kedai kat satu tingkat ngan tesco. Dekat je ngan eskalator. Warna biru gelap. Ok mula-mula masuk akan ada small cafe.
Meh kita cerita apa kat dalam Happy Kids tu. Kat dalam tufirst ada macam stesen untuk anak-anak main. Untuk roleplay. Best pulak Kak Limah tengok haha Ada klinik,rumah dan balai polis. Pakaian pun disediakan untuk anak-anak main. Ramai juga anak-anak dalam tu. Ilyas belum reti lagi main,tempat pertama Ilyas pergi of course kat bola.
Ni antara yang ada dalam Happy Kids |
Ilyas dan peluru angin yang macam bola |
Ilyas nampak je bola terus peluk. Lepas tu ada pulak bola-bola kecil yang banyak-banyak tu,lagi dia suka. Duk sebut ball dalam intonasi dia. Memang kat rumah dia suka bola.Dalam Happy Kids juga ada gelongsor,pistol angin,kereta untuk anak-anak naik. Ilyas banyak duduk kat tempat ada bola. Ada juga trampolin untuk lompat-lompat. Tempat tu macam mini activity park untuk budak-budak. Tapi still sesuai untuk mak ayah temankan.
Ilyas dan pasir tiruan macam chocolate rice |
Selain tu,Ilyas paling lama duduk dekat pasir tiruan. Ala macam chocolate rice je Kak Limah tengok ,macam nak makan haha. Kat bilik kecil diaorang buat benda tu. Dalam tu adalah alat-alat macam main tepi pantai dan gelongsor comel kenit je. Ilyas duk main cedok-cedok buh dalam bekas. Ada pulak amoi cina ni main sekali,Ilyas tiru je apa amoi tu buat haha Comel je.
Last-last Ilyas masuk balik tempat ada bola banyak,suka sangat dia. Sebelum balik Ilyas duk main kereta. Ayahnya tolak,sampai tak nak turun lah. Puas gak pujuk nak ajak balik. Dia tutup pintu kereta tu tanda tak nak balik,siap geleng kepala. Adoai anak. Bijak betul.
Ilyas dan kereta |
Seronok tengok anak gembira main,dapat pengalaman baru. Kak Limah jenis memang percaya,bila kita bagi anak rasa satu pengalaman baru yang berguna tu adalah pelajaran untuk dia. Anak-anak ni banyak belajar bila dia lalui sendiri terutama bila masih kecil. Bonus dapat bantu perkembangan dia sebenarnya. Kalau anak kita jenis kinestetik lagilah bagus bawa diaorang buat aktiviti.
Harap-harap lepas ni ada rezeki Ilyas pergi tempat lain pula. Target nak bawa pergi zoo,taman,kidzania,pantai ,naik kapal terbang dan banyak lagilah. Doakan mudah rezeki kami boleh bawa Ilyas merasa semua tu.
Jadi pada ibubapa yang duk kat Kelantan lagi,why not cuti sekolah ni bawa anak-anak ke Happy Kids. Merasa indoor playground pulak,yeay. Berbaloi bila tengok anak-anak happy,kasi diaorang enjoy sikit. Kita sebagai ibubapa pun gembira tengok^_^
Last belanja gambar Ilyas dan Diddy.
Ni sebelum masuk Happy Kids
Kak Limah
Top Reseller Garlic Balm.
IG: by_norhalimah
0 ulasan:
Catat Ulasan