Bismillahirrahmanirrahim..
Hai semua. Lama betul aku ambil mood nak menaip ni. Nak cite pasal pengalaman bersalin kat Andorra. Hari ni dah dua bulan lebih bersalin baru rasa nak menulis. Aku minta maaf lambat share,ada yang whatsapp,dm dan pm tanya, harap tak basi lagi cerita ni.
Alhamdullilah untuk 2019 ni hadiah paling berharga dapat baby girl comel yang diberi nama Hasya Sumaiyah. Bonus hadiah suami bawa bersalin kat tempat impian, Andorra Women and Children Hospital.
Untuk bersalin kat Andorra ni memang dah lama menjadi impian. Sejak dapat tahu kewujudan Andorra, dah bagitahu suami ada rezeki lebih ada rezeki mengandung lagi, bolehlah nak bersalin kat Andorra kan,depend pada keadaan dan bajet juga.
Kenapa memilih Andorra? Faktor utama sangat personal. Tapi dipendekkan cerita jelah sebab aku dapat rasa bila kita berhajat sesuatu yang baik, inshaAllah dipermudahkan. Bila kita mahu jaga Dia, Dia jagakan kita, bantu kita. Apa faktor utama tu? Sebenarnya nak satu suasana dikelilingi perempuan untuk proses bersalin. Nak jaga lebih baik daripada sebelum ni. Itu point utama kami suami isteri. Bukan senang tapi Allah terlalu baik dan banyak bantu.
OK back to pengalaman aku. Untuk bersalin kat Andorra, sama je macam hospital swasta lain, kena at least appointment dengan pihak mereka sebanyak 2 kali. Dalam kes aku lebih 2 kali sebab baby breech. Aku set appointment pertama masa 35 minggu usia kandungan. Senang je, call je, set nak Doktor mana. Kami pun bukan dekat, jauh kat Pahang, memang kena set elok-elok. Hari appointment hari Isnin. Jadinya husband kena cuti Isnin. Aku tak de masalah sebab kerja tak terikat.
Selalunya bila appointment awal pagi, kami akan bertolak awal sehari. Kalau appointment belah petang balik hari je. Macam tulah, berulang dari Pahang ke Andorra demi nak bersalin punya pasal. Alhamdullilah bab appointment semua berjalan lancar. Aku appointment dengan Dr Khamsiah. Ramai pilih Doktor Khamsiah jadi kena tunggu jugak kadang-kadang. Ada masa Doktor kena pergi sambut baby baru lahir.
Sejujurny aku dah suka ngan Dr Khamsiah sejak first appointment. Rasa macam mak dan anak gitu. Dr menenangkan bagi aku sampai la saat dah bersalin.
Last appointment masa 39 minggu. Minggu tu aku sekeluarga dah stay di rumah Bangi. Yelah risau nak terberanak. Stay sejak masuk 38w. Memang doa je beranak 38w ke atas. Sempat nak g kl, suami kasi settle kerja sebab nak cuti lama gak.
So pagi tu macam biasa g beli sarapan kat bawah. Aku duk umah apartment, dapur tak bawa gas memang makan membeli hari-hari. Boleh bayanglah bajet banyak juga habis kat makanan harian, inilah pngorbanan sekeluarga okay.
Alhamdullilah ada rumah untuk stay. Masa otw turun tu, aku g ngan mak. rasa upss ada air keluar, maybe air ketuban. Aku jalan je macam biasa g settle makanan. Sebab nak semua ok if aku kena admit. Makanan untuk mak dan anak sulung ada.
Alhamdullilah ada rumah untuk stay. Masa otw turun tu, aku g ngan mak. rasa upss ada air keluar, maybe air ketuban. Aku jalan je macam biasa g settle makanan. Sebab nak semua ok if aku kena admit. Makanan untuk mak dan anak sulung ada.
Lepas beli makanan tu naik atas, bagitahu suami. Disebabkan air tu tak keluar straight, makan dulu. Appointment pun Lambat lagi, pukul 12.50 tengah hari. Anak sulung, Ilyas tidur lagi. Aku risau la gak sebab pengalaman Sebelum ni bersalin induce. Suami aku cool je haha dia kata ok je. Aku lak rasa memang ada buka jalan. Dah berhari-hari duk tawaf apartment, mall kat area Bangi, Nilai dan Putrajaya.
Sebelum pergi, aku cium anak sulung,sedih pulak rasa. Pukul 12 macam tu baru lah pergi. Dalam setengah jam je dari rumah Bangi. Follow the flow je sebab tak rasa sakit. Tak lah pergi emergency.
Tempat menunggu temujanji, level 1 |
Masa appointment Dr Kham tanya mama ok? Alhamdullilah ok dan aku cerita kat Dr Kham. Dr Kham cek jalan baru 2 cm. Macam biasa setiap kali appointment, Dr Kham akan scan tengok baby. Alhamdullilah semua ok, air ketuban pun banyak. Dr Kham bagi aku balik dulu. Suruh pakai pad untuk detect pape. Dr Kham kata kalau sakit malam ni datang terus, maksudnya kalau contraction kerap. Kalau tak, esok datang je. Dr Kham target aku bersalin paling lewat esoknya. So balik tu aku macam biasa berjalan lagi haha Aku nak sangat rasa sakit bersalin normal, mksud aku tanpa induce.
Balik tu yeay dapat spend time dengan Ilyas lagi. Aku rasa mak-mak ada anak sulung nak sambut anak kedua faham kot perasan aku. Rasa cam berat nak tinggalkan anak first nak g bersalin je pun. Entah lah tak dapat nak describe. Ilyas memang special untuk aku. Dia first duk dalam rahim aku dan buatkan aku jadi ibu. Ilyas buat aku belajar banyak benda tentang anak kecik. Sedih pulak masa taip ni. Ibu sayang Ilyas. In case one day Ilyas baca blog ibu besar nanti, ingat tau kasih ibu tak pernah berubah untuk Ilyas.
Balik tu aku rasalah tak selesa. Makan tetap makan. Main dengan anak aku yang sulung. Malam tu memang tidur tak lena satu rumah. Sebab risaukan aku hihi alhamdullilah nothing happened. Malam tu aku tidur tengok anak aku yang sulung sebab aku rasa malam tu last aku tidur dengan anak sorang. Lepas ni aku jadi mak anak dua inshaAllah.
Esoknya macam biasa, settlekan dulu bab makan mak dan anak aku. Dr ajak datang pagi tapi tengah hari baru aku muncul. Aku tinggalkan Ilyas tengah tidur, aku rasa sayu je tapi happy. Sayu lepas ni Ilyas dah jadi abang, kena banyak berdikari. Happy sebab aku tak sabar nak beranak. Pagi siap g sarapan kedai dan tapau untuk anak dan mak aku. Aku balik sarapan dengan suami, Ilyas tak bangun lagi. Then terus g Andorra untuk check in.
Kat Andorra boleh pilih nak stay 4bedded, 2bedded, single bed atau VIP. Alhamdullilah suami bagi ambil single bed untuk lebih selesa, suami teman dan bonus tak perlu pakai tudung. Staff semua Muslim women. Aku memang terima kasih sangat sebab bagi aku stay single bed. Alhamdullilah Allah bagi kesenangan kat situ.
Untuk single bed, bezanya dalam bilik ada tandas private, kerusi tido yang boleh baring untuk yang teman, sofa seketul dan TV ada Netflix dan YouTube. Sempat lah tengok TV. Heee
Muka baru admit kat wad hihi masa ni muka ok lagi |
Untuk single bed, bezanya dalam bilik ada tandas private, kerusi tido yang boleh baring untuk yang teman, sofa seketul dan TV ada Netflix dan YouTube. Sempat lah tengok TV. Heee
Dr Kham datang cek aku dalam pukul 2 lebih. Alhamdullilah dah 4 cm. Cumanya aku tak rasa sakit lagi, still bearable. Dr kata pukul 4 nanti datang cek lagi. Cara Dr Kham layan pesakit memang aku suka sangat. Rasa tenang. Nurse semua pun alhamdullilah Membantu.
Lepas tu waitress dari Andorra by Chef Zubir punya cafe datang untuk ambil order makanan. Dah termasuk pakej. Boleh pilih nak makan apa je untuk breakfast, lunch dan dinner. Pilih terus untuk sepanjang stay di Andorra.
Suami memang sepanjang masa dengan aku. Lepas admit tu dalam bilik aku buka YouTube kat TV dan exercise untuk mudah bukaan. Ni lah antara doa aku, nak bilik sorang sebab aku nak exercise tak de orang lain tengok. Alhamdullilah Allah bagi. Memang Allah dengar apa aku sebut hari-hari sepanjang pregnant anak kedua. Thanks suami sebab setuju tunaikan. Moga dipermudahkan lagi jalan abe cari rezeki untuk kita sekeluarga. Moga Allah selalu lindungi abe tak kira abe kat mana pun.
Suami memang sepanjang masa dengan aku. Lepas admit tu dalam bilik aku buka YouTube kat TV dan exercise untuk mudah bukaan. Ni lah antara doa aku, nak bilik sorang sebab aku nak exercise tak de orang lain tengok. Alhamdullilah Allah bagi. Memang Allah dengar apa aku sebut hari-hari sepanjang pregnant anak kedua. Thanks suami sebab setuju tunaikan. Moga dipermudahkan lagi jalan abe cari rezeki untuk kita sekeluarga. Moga Allah selalu lindungi abe tak kira abe kat mana pun.
Ok petang dekat jam 7 petang, aku ditolak masuk LR atau labour room.
Nak tahu tak apa jadi lepas aku ditolak ke labour room di Andorra? Adakah aku berpuas hati dengan kesemua servis kat Andorra?
Haaa tunggu part 2 . Aku akan cerita lagi 😛😛
Kak Limah
17 Oktober 2019
Rumah manis rumah
0 ulasan:
Catat Ulasan