By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog
Memaparkan catatan dengan label Perkembangan Anak. Papar semua catatan

KENALKAN EMOSI DAN HARGAI EMOSI ANAK KITA Ya hari ni Kak Limah nak share tentang emosi anak. Kita mungkin sibuk nak orang rec...

emosi anak


KENALKAN EMOSI DAN HARGAI EMOSI ANAK KITA

Ya hari ni Kak Limah nak share tentang emosi anak. Kita mungkin sibuk nak orang recognize emosi kita, tapi sudahkah kita hargai emosi anak kita dan beritahu kepada mereka tentang emosi? Atau kita anggap ia tak penting, mereka cuma anak kecil? 

EQ ITU EMOSI

                        Image result for EQ OF CHILD

Kita selalu dengar pasal IQ, tapi jangan lupa ada satu lagi iaitu EQ darjah emosi. 
IQ mengukur kecerdasan kognitif anda seperti kemahiran menyelesaikan masalah, pengecaman corak, pemikiran logik, kebolehan matematik dan kemahiran anda memproses maklumat. Sebaliknya, EQ mengukur kecerdasan emosi dan kemahiran anda memproses maklumat emosi untuk membimbing keputusan dan tindakan anda.


Pakar psikologi, Daniel Goleman, mendapati bahawa EQ terdiri daripada lima komponen:

Kesedaran diri: kebolehan mengenali emosi diri, kekuatan, kelemahan, penilaian, dan matlamat.
Pengaturan diri: keupayaan mengawal emosi diri dalam bertindak balas terhadap sesuatu keadaan.
Motivasi dalaman: semangat untuk mencapai atau berjaya dalam matlamat hidup kita sendiri.
Empati: keupayaan memahami dan bertimbang rasa terhadap emosi orang lain.
Kemahiran sosial: keupayaan membina dan mengendalikan hubungan.

6 TAHUN KE BAWAH ADALAH FASA KRITIKAL UNTUK EMOSI ANAK

Pada umur 6 tahun ke bawah adalah penting bagi kita sebagai ibubapa untuk kenalkan anak tentang emosi.


5 EMOSI ASAS

Tahukah kita terdapat 5 emosi asas? 
5 emosi asas itu adalah:-

1.Gembira
2.Sedih 
3.Geli
4.Takut 
5.Marah

Gabungan asas melahirkan emosi lain suprise, anxiety dan sebagainya. 

AKUI EMOSI ANAK

Jangan lupa recognize emosi mereka. Sebagai contoh, " I know you're sad because I don't allow you to eat this kind of foods. I don't allow you to eat this junkfood because I love you,this is not good for your body and mind,I want you to be healthy and happy.You can eat a lot of healthy foods with me,let's find it together." 

Dari sini kita memberitahu anak kita tentang emosi rasa sedihnya, kita recognize yang anak sedang bersedih dan juga kita terangkan alasan atas kenapa kita kata tak boleh dan menawarkan penyelesaiannya. 

Pakar psikologi, John Gottman menyarankan lima langkah berikut untuk memupuk dan memperbaiki EQ kanak-kanak :-

1-Menyedari emosi anak anda
Kita perlu sedar emosi itu tidak ada betul dan salah dan ia perlu diperakui. 

2-Melihat emosi sebagai satu peluang untuk berhubung dan mendidik
Kita jangan sesekali menyekat emosi anak dengan berkata, mana boleh nangis awak kan lelaki. Salah ni ya! 

3-Dengar dan mengesahkan perasaannya
Beri perhatian sepenuhnya kepada anak anda apabila anda mendengar mereka meluahkan emosi mereka. Ulang semula apa mereka ceritakan dan katakan pada mereka anda memahaminya. 

4-Label emosi mereka
Bantu mereka, labelkan emosi mereka. 

5-Bantu anak anda menyelesaikan masalah dengan batasan. 
Semua emosi boleh diterima – tetapi bukan semua tingkah laku untuk emosi itu betul. Bantu anak anda mengatasi emosi mereka dengan membina kemahiran menyelesaikan masalah. Kembangkan cara mereka menyelesaikan masalah. 

Penting bagi kita memperkenalkan emosi kepada anak supaya anak tahu cara mengawal emosi dan sedar tentang emosi rakan mereka. Mereka akan membesar menjadi seorang yang bukan sahaja cemerlang bahkan menjadi seorang yang mempunyai empati diri. ðŸ™‚

Kak Limah 
Ibu Ilyas.

MyOhsemBaby.

(Aktiviti Ilyas) Bermain dengan Warna Air Hai mama papa semua. Selamat Hari Pekerja semua. Hari ni Kak Limah bawa Ilyas pergi vaks...

(Aktiviti Ilyas) Bermain dengan Warna Air


Hai mama papa semua. Selamat Hari Pekerja semua.

Hari ni Kak Limah bawa Ilyas pergi vaksin last ie 18 bulan. Buat kat Klinik Ar-Radzi,pergi dengan husband dan Ilyas semestinya. Kitaorang ke sana sebab panel husband. Ilyas start check-up kat situ masa kitaorang stay kat Kuantan untuk 6 bulan. Alhamdullilah puas hati dengan servis.



Entri kali ni Kak Limah bukan nak cerita pasal vaksin atau Klinik Ar-Radzi,tapi nak kongsi tentang aktiviti Ilyas masa 17 bulan. Salah satunya iaitu Bermain dengan Warna Air.

Simple je aktivitinya. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah:-

Tambah kapsyen

Kak Limah sempat sediakan aktiviti baru untuk Ilyas. Mula-mula tu Ilyas pelik apakah itu. Dia just tengok je. Kak Limah ingat dia geli. 
Kak Limah pun buat demo, main dulu, sambil galakkan dia mencuba. Tak lama lepas tu habis Ilyas conquer. Hehe Konon malu ya. Last last dia guna tangan je. 

Guna tangan pun boleh ibu. Abaikan sepah belakang tu sebab baru balik outstation lepas tu nak g lagi hehe

Actually Ilyas ni sangat observer, dia boleh copy paste apa kita buat sekali dengan baiknya. Jadi sebagai ibubapa kita kena tunjuk contoh yang baik. Anak ni memerhati je sebenarnya. .
.
Contoh macam aktiviti ni, Kak Limah just nak kenalkan dia tekstur warna air, warna-warna secara roughly, bukanlah nak dia tahu setiap warna tu warna apa. Satu lagi yang penting nak Ilyas develop lagi , tingkatkan sensory skill, explore perkara baru, timbulkan rasa ingin tahu ,belajar dan mencuba. That's why Kak Limah tak bagi dia any lukisan untuk diwarnakan, just bagi kertas kosong, bagi dia ekspresi je.

washable colour

.
.
Btw, Kak Limah guna washable kids paint Crayola,boleh beli kat Toys r'us atau online. 
Senang nak padam walaupun kat mana-mana. Harga agak menangis di bucu katil tapi nak anak belajar punya pasal, pejam mata je lah. Kira win-win situation. Anak dapat explore, kita pulak tak payah nak fikir payah nak basuh. Kak Limah lagi suka aktiviti macam ni bila nak invest duit sebenarnya. More pada montessori. Boleh bantu development anak sambil bermain. Sebab nature anak kecil bermain sambil belajar sambil kita bimbing dia.Seronok sangat dia. Sekarang ni dia tunjuk je washable paint tu,sebab dah tau boleh main.

Nak tengok tak hasil karya Ilyas? Cantik juga bagi Kak Limah hehe
Tadaaa...

Ni elok je guna kapas

ni kebebasan Ilyas berkarya

.
Mana mama papa yang weekend2 ni tak kerja tak tau nak spend masa dengan anak aktiviti apa, bolehlah try ni. Seronok. Hasil karya Ilyas Kak Limah nak simpan, nanti besar boleh tunjuk kat dia. Selamat mencuba!



Kak Limah,
Pemilik myohsembaby

Like dan Follow di FB myohsembaby & IG myohsembaby untuk mengetahui lebih tips penjagaan bayi dan aktiviti tanpa gadget bersama bayi.

Bismillahirrahmanirrahim. Penggunaan Walker untuk Bayi. Ya atau tidak? Entri kali ni berkenaan isu yang agak hangat diperkatakan da...

Bismillahirrahmanirrahim.

Penggunaan Walker untuk Bayi. Ya atau tidak?

Entri kali ni berkenaan isu yang agak hangat diperkatakan dalam kalangan ibubapa dan orang tua. Perlukah walker diberi kepada bayi? Apa pendapat pakar tentang penggunaan walker? Betul ke walker membantu mempercepatkan proses untuk berjalan? Adakah walker membantu bayi mencapai perkembangan mengikut milestone yang sepatutnya?

Kak Limah pasti semua yang ada bayi melalui fasa ni. Ada yang kata walker bagus untuk cepat jalan,ada yang kata walker lagi banyak bahaya. Namun semuanya terpulang kepada kita sama ada mahu menyediakan walker ataupun tidak buat anak tersayang.

Kak Limah tertarik untuk tahu apa sebenarnya di sebalik penggunaan walker,bagus ke bahaya. Jadi Kak Limah ada buat pembacaan untuk dikongsi kali ni. Kak Limah akan sertakan sekali rujukan untuk panduan bersama Nanti Kak Limah bagitahu apa pendapat Kak Limah dan Kak Limah guna tak walker untuk Ilyas.

walker bayi

APA ITU WALKER UNTUK BAYI?

Walker yang dimaksudkan adalah jenis yang mempunyai roda yang mampu bergerak. Sepertimana gambar di atas itulah walker.

Walker sudah mula dikenali sejak abad ke 17 sebenarnya. Namun isu walker ni hadi hangat sejak 3 dekad kebelakangan ni. Nak tahu tak kenapa? 

Walker jadi isu kontroversi sebab banyak kemalangan dilaporkan berlaku disebabkan walker. Mulalah dibincangkan isu keselamatan dan rasional penggunaan walker dalam kalangan bayi.


KEPERCAYAAN MASYARAKAT TENTANG WALKER BAYI?
walker baby


Perasan tak perkembangan anak kita ni hasil daripada fizikal,sosial dan sikap sekeliling dia? Ya itu yang sangat mempengaruhi. Sebagai ibu bapa Kak Limah percaya kebanyakan kita membesarkan anak mengikut kepercayaan, faktor sosial dan budaya yang kita tahu. Betul kan? Tak lupa juga berpandukan agama.

Jadi apa kaitan kepercayaan dan tradisi sekeliling kita dengan penggunaan walker? Sebelum tu Kak Limah nak tanya ada tak dalam kalangan kita guna atau tak guna walker sebab pengaruh keluarga?Cuba fikir balik kenapa kita buat keputusan tu.

Selalu kan kita dengar masyarakat kita terutama mak ayah kita kata walker dapat membantu supaya bayi cepat jalan? Kemahiran berjalan ni bererti sebagai kemampuan bayi untuk melangkah sebanyak sekurangnya lima langkah tanpa sebarang bantuan. 


KENAPA MEMILIH MENGGUNAKAN WALKER?

Berdasarkan kajian yang dilakukan di Iran, kebanyakan ibubapa atau penjaga memilih untuk menggunakan walker kerana kawasan rumah tiada tangga yang bahaya. Manakala satu kajian di Brazil menunjukkan masyarakat memilih menggunakan walker atas faktor kepercayaan setempat,mitos dan pemdapat peribadi.

Kajian yang dibuat oleh DiLillo ,Damashek dan Peterson, kebanyakan ibu mengganggap walker adalah permainan yang mengembirakan untuk anak, membantu perkembangan anak mereka dan percaya ia membantu proses berjalan dan kawasan rumah mereka selamat untuk walker.

Korang rasa kat Malaysia sebab apa ya?

Umumnya kebanyakan ibu bapa dan penjaga memilih walker kerana mereka percaya walker dapat membantu mempercepatkan proses berjalan. Nak anak jalan cepatlah katakan. Betul tak? Ada juga yang mengganggap walker tu tempat untuk bayi bermain dan explore dunia. Ada juga yang berpendapat walker mengajar anak untuk lebih berdikari sebab mereka boleh gerak sendiri. Faktor lain ibu bapa yang mengatakan penggunaan ‘walker’ memudahkan penjagaan bayi kerana bayi menjadi seronok di dalam walker dan kurang meragam malah ada yang berpendapat mereka lebih mudah diawasi. Kak Limah pernah je orang kata gunalah walker sebab senang nak buat kerja rumah. Pendapat peribadi kak limah? Tunggu ya!

elakkan guna walker

KENAPA MEMILIH UNTUK TIDAK MENGGUNAKAN WALKER?

Namun begitu, ada ibubapa memilih untuk tidak memperkenalkan walker pada bayi mereka. Mereka ada pendapat mereka tersendiri. Siapa dalam kategori ni? Angkat tangan sikit hehe

Ibubapa yang memilih untuk tidak menggunakannya kerana mereka tahu banyak kemalangan berlaku disebabkan walker yang melibatkan kecederaan yang serius. Kajian yang dilakukan terhadap ibubapa di Amerika membuktikan faktor utama mereka tidak memilih walker ialah risiko kemalangan yang tinggi. Menurut kajian yang dilakukan oleh AAP(American Academy of Paediatrics),ia menunjukkan penggunaan walker bayi seringkali menyebabkan berlakunya kemalangan dan ibubapa perlu berhati-hati.

Laporan daripada National Electronic Injury Product Safety Comission juga mendedahkan 1/4 daripada kecederaan yang disebabkan oleh walker adalah serius.Sebagai contoh keretakan pada rangka dan trauma.

Selain itu, mereka percaya penggunaan walker juga mengganggu perkembangan semulajadi anak. Bagi mereka, anak perlu diberi ruang untuk melalui setiap fasa tumbesaran seperti merangkak,berjalan secara semulajadi. 

Penggunaan walker menyebabkan perkembangan motor dan kemahiran koordinasi terganggu. 


Secara ringkasnya:-

ALASAN BAGI YANG MEMILIH WALKER

 1. Membantu perkembangan bayi dan lebih berdikari
Bayi nampak lebih berdikari bergerak. Bebas bergerak ke tempat yang mungkin tak mampu dibuat tanpa walker

 2Ibu dapat berehat seketika atau menguruskan kerja rumah.
Ibu merasakan lebih mudah melakukan kerja rumah seperti memasak bila anak sibuk dengan walker

 3. Kepuasan dan keseronokan pada bayi.
Bayi nampak seronok explore perkara baru dan bermain dengan walker.


ALASAN BAGI YANG TIDAK MEMILIH WALKER

  1. Risiko bahaya
Risiko untuk bayi sampai ke tempat bahaya seperti tangga dan jatuh. Risiko juga bayi dapat mencapai objek berbahaya seperti cerek eletrik,hiasan kaca dan sebagainya.

  2. Perkembangan tidak mengikut milestone yang sepatutnya
Mereka berpendapat anak masih dalam fasa lembut ie belum berjalan tetapi sudah dipaksa untuk melakukannya sebelum masanya.

Kajian pernah dijalankan terhadap 190 bayi. 102 daripadanya adalah pengguna walker dan semua bayi yang menggunakan walker ini sedikit lewat mencapai kemahiran merangkak, berdiri dan berjalan tanpa bantuan.

APA KATA PAKAR /KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN WALKER?

  • Menurut AAP(American Academy of Paediatrics) mereka telah membuat kesimpulan dan menyarankan penggunaan walker utk kanak2 ini DIHARAMKAN. Mereka sependapat mengharamkan pembuatan dan pemasaran walker untuk bayi.
  • Journal of Development and Behavioral Pediatrics juga melaporkan bayi yang menggunakan walker lambat menguasai kemahiran merangkak dan berjalan dengan baik. Ia juga melambatkan perkembangan intelek dan psikologi kanak-kanak kerana ia mengganggu proses perkembangan semulajadi anak.
  • Kidsafe NSW juga tidak menggalakkan penggunaan walker. Namun jika hendak menggunakannya juga,beberapa syarat perlu diambilkira.
  • Dr. Greene pemilik Dr.Greene.com juga tidak menggalakkan penggunaan walker untuk bayi. Baginya penggunaan walker mengganggu perkembangan normal seorang bayi. Pertama, bayi terlepas kemahiran yang penting dalam perkembangannya seperti merangkak. Kedua,walker juga menguatkan otot yang salah.  Apabila bayi berada dalam ‘walker’, otot kaki yang dikuatkan adalah otot kaki bawah tetapi ia melemahkan otot belakang pinggul dan peha yang penting dalam proses belajar berjalan. Walaupun , bayi yang menggunakan ‘walker’ juga boleh berjalan tetapi disebabkan otot pinggul dan peha yang tidak kuat, masalah koordinasi boleh berlaku dan menyebabkan bayi tersebut lebih cenderung untuk jatuh kemudian hari.Ketiga, walker lebih membawa banyak bahaya dari segi kemalangan.
  • Kanada adalah negara yang mengharamkan penjualan walker.
  • Dr Zubaidi juga tidak menggalakkan penggunaan walker untuk bayi tapi tidak menghalangnya.


Bagaimana jika masih mahu menggunakan walker?
  • Hanya gunakan ia di tempat rata,jauh dari tangga dan sumber air.
  • Pindahkan semua barang yang bahaya seperti kaca,benda tajam dan panas.
  • Pastikan ia menepati tahap keselematan yang ditetapkan.
  • Sentiasa awasi pergerakan anak anda.


Alternatif lain selain menggunakan walker :-

1. Gunakan playpen atau biarkan anak anda bermain atas permukaan seperti lantai atau tilam.




2. Perkenalkan exersaucer, macam walker tapi tak de roda, Anak boleh melompat dan main.
    
exersaucer untuk bayi



3. Push car  juga bagus.Pastikan betul-betul kukuh dan tak mudah terbalik.Ini boleh membantu anak menguatkan otot-otot yang sepatutnya,tapi still kena jaga supaya tak ke tangga.

Image result for push car for baby


Pandangan Peribadi Kak Limah

Haa kali ni Kak Limah nak share pendapat Kak Limah. Kak limah personally tak guna walker untuk Ilyas. Ilyas tak pernah naik walker pun.Kenapa?

Sebab Kak Limah berpendapat let Ilyas develop secara semulajadi as long as within the time range. Memang ada yang menyarankan Kak Limah menggunakan walker sebab Ilyas setahun belum jalan.

Namun begitu, naluri Kak limah sebagai ibu menguasai segalanya. Kak Limah sentiasa percayakan Ilyas,masih dalam skala,jadi tak risau. Ilyas melalui fasa merangkak yang agak lama, dan itu menurut bacaan Kak limah bagus untuk dia. Merangkak lama membantu menguatkan otot-otot Ilyas.

Ya sangat betul, nampak sangat Ilyas kuat. Tulang dia kuat.

Berkenaan dengan pendapat yang menyarankan guna walker cepat jalan, Kak Limah kurang setuju sebab bagi Kak Limah fasa setiap anak tak sama. Kak Limah dulu jalan masa umur setahun setengah,ayah Ilyas umur setahun. Ilyas pulak setahun dua bulan. Beza kan? Tu dah menunjukkan as long as masih dalam skala umur,no need to worry.

Satu lagi pendapat, kata yang bagi anak walker mudah kerja kita. Kak Limah secara peribadi tak setuju. Jaga anak memang mencabar. Seronok apa tengok anak explore naturally. Usaha nak bangun sendiri tanpa bantuan. Merangkak ke sana ke sini. Bagi Kak Limah,Ilyas tak pernah merumitkan. Kak Limah masih boleh buat kerja rumah sekali dengan anak. Alhamdullilah,jangan sentap sebab itu pandangan peribadi Kak Limah. Masing-masing ada pilihan,yang pastinya untuk kebaikan bersama^_^

Ilyas dan kereta 


Sekian.Semoga entri kali ni bermanfaat untuk semua.

Rujukan:-

Shiva F,Ghotbi F&Yavari S F, The use of baby walkers in Iranian Infants, Singapore Med J 2010; 51(8): 645
Paula S. C. ChagasI; Marisa C. ManciniII; Marcella G. A. TiradoII; Luiz MegaleIII; Rosana F. SampaioIV  Beliefs about the use of baby walkers
DiLillo D, Damashek A, Peterson L. Maternal use of baby walkers with young children: recent trends and possible alternatives. Inj Prev. 2001;7(3):223-7.        
Piper MC, Darrah J. Motor assessment of the developing infant. Philadelphia: W.B. Saunders Company; 1994
American Academy of Pediatrics.Committee on Injury and Poison Prevention.Injuries Associated with Infant Walkers. pediatrics 2001.;108;790-2
Journal of Development and Behavioral Pediatrics 1999
https://www.drgreene.com/qa-articles/baby-walkers/
http://drzubaidi.com/blog/penggunaan-baby-walker-tidak-membantu-bayi/
kidsafensw.org

Kak Limah