Bismillahirrahmanirrahim.
Penggunaan Walker untuk Bayi. Ya atau tidak?
Entri kali ni berkenaan isu yang agak hangat diperkatakan dalam kalangan ibubapa dan orang tua. Perlukah walker diberi kepada bayi? Apa pendapat pakar tentang penggunaan walker? Betul ke walker membantu mempercepatkan proses untuk berjalan? Adakah walker membantu bayi mencapai perkembangan mengikut milestone yang sepatutnya?
Kak Limah pasti semua yang ada bayi melalui fasa ni. Ada yang kata walker bagus untuk cepat jalan,ada yang kata walker lagi banyak bahaya. Namun semuanya terpulang kepada kita sama ada mahu menyediakan walker ataupun tidak buat anak tersayang.
Kak Limah tertarik untuk tahu apa sebenarnya di sebalik penggunaan walker,bagus ke bahaya. Jadi Kak Limah ada buat pembacaan untuk dikongsi kali ni. Kak Limah akan sertakan sekali rujukan untuk panduan bersama Nanti Kak Limah bagitahu apa pendapat Kak Limah dan Kak Limah guna tak walker untuk Ilyas.
APA ITU WALKER UNTUK BAYI?
Walker yang dimaksudkan adalah jenis yang mempunyai roda yang mampu bergerak. Sepertimana gambar di atas itulah walker.
Walker sudah mula dikenali sejak abad ke 17 sebenarnya. Namun isu walker ni hadi hangat sejak 3 dekad kebelakangan ni. Nak tahu tak kenapa?
Walker jadi isu kontroversi sebab banyak kemalangan dilaporkan berlaku disebabkan walker. Mulalah dibincangkan isu keselamatan dan rasional penggunaan walker dalam kalangan bayi.
KEPERCAYAAN MASYARAKAT TENTANG WALKER BAYI?
Perasan tak perkembangan anak kita ni hasil daripada fizikal,sosial dan sikap sekeliling dia? Ya itu yang sangat mempengaruhi. Sebagai ibu bapa Kak Limah percaya kebanyakan kita membesarkan anak mengikut kepercayaan, faktor sosial dan budaya yang kita tahu. Betul kan? Tak lupa juga berpandukan agama.
Jadi apa kaitan kepercayaan dan tradisi sekeliling kita dengan penggunaan walker? Sebelum tu Kak Limah nak tanya ada tak dalam kalangan kita guna atau tak guna walker sebab pengaruh keluarga?Cuba fikir balik kenapa kita buat keputusan tu.
Selalu kan kita dengar masyarakat kita terutama mak ayah kita kata walker dapat membantu supaya bayi cepat jalan? Kemahiran berjalan ni bererti sebagai kemampuan bayi untuk melangkah sebanyak sekurangnya lima langkah tanpa sebarang bantuan.
KENAPA MEMILIH MENGGUNAKAN WALKER?
Berdasarkan kajian yang dilakukan di Iran, kebanyakan ibubapa atau penjaga memilih untuk menggunakan walker kerana kawasan rumah tiada tangga yang bahaya. Manakala satu kajian di Brazil menunjukkan masyarakat memilih menggunakan walker atas faktor kepercayaan setempat,mitos dan pemdapat peribadi.
Kajian yang dibuat oleh DiLillo ,Damashek dan Peterson, kebanyakan ibu mengganggap walker adalah permainan yang mengembirakan untuk anak, membantu perkembangan anak mereka dan percaya ia membantu proses berjalan dan kawasan rumah mereka selamat untuk walker.
Korang rasa kat Malaysia sebab apa ya?
Umumnya kebanyakan ibu bapa dan penjaga memilih walker kerana mereka percaya walker dapat membantu mempercepatkan proses berjalan. Nak anak jalan cepatlah katakan. Betul tak? Ada juga yang mengganggap walker tu tempat untuk bayi bermain dan explore dunia. Ada juga yang berpendapat walker mengajar anak untuk lebih berdikari sebab mereka boleh gerak sendiri. Faktor lain ibu bapa yang mengatakan penggunaan ‘walker’ memudahkan penjagaan bayi kerana bayi menjadi seronok di dalam walker dan kurang meragam malah ada yang berpendapat mereka lebih mudah diawasi. Kak Limah pernah je orang kata gunalah walker sebab senang nak buat kerja rumah. Pendapat peribadi kak limah? Tunggu ya!
KENAPA MEMILIH UNTUK TIDAK MENGGUNAKAN WALKER?
Namun begitu, ada ibubapa memilih untuk tidak memperkenalkan walker pada bayi mereka. Mereka ada pendapat mereka tersendiri. Siapa dalam kategori ni? Angkat tangan sikit hehe
Ibubapa yang memilih untuk tidak menggunakannya kerana mereka tahu banyak kemalangan berlaku disebabkan walker yang melibatkan kecederaan yang serius. Kajian yang dilakukan terhadap ibubapa di Amerika membuktikan faktor utama mereka tidak memilih walker ialah risiko kemalangan yang tinggi. Menurut kajian yang dilakukan oleh AAP(American Academy of Paediatrics),ia menunjukkan penggunaan walker bayi seringkali menyebabkan berlakunya kemalangan dan ibubapa perlu berhati-hati.
Laporan daripada National Electronic Injury Product Safety Comission juga mendedahkan 1/4 daripada kecederaan yang disebabkan oleh walker adalah serius.Sebagai contoh keretakan pada rangka dan trauma.
Selain itu, mereka percaya penggunaan walker juga mengganggu perkembangan semulajadi anak. Bagi mereka, anak perlu diberi ruang untuk melalui setiap fasa tumbesaran seperti merangkak,berjalan secara semulajadi.
Penggunaan walker menyebabkan perkembangan motor dan kemahiran koordinasi terganggu.
Secara ringkasnya:-
ALASAN BAGI YANG MEMILIH WALKER
1. Membantu perkembangan bayi dan lebih berdikari
Bayi nampak lebih berdikari bergerak. Bebas bergerak ke tempat yang mungkin tak mampu dibuat tanpa walker
2. Ibu dapat berehat seketika atau menguruskan kerja rumah.
Ibu merasakan lebih mudah melakukan kerja rumah seperti memasak bila anak sibuk dengan walker
3. Kepuasan dan keseronokan pada bayi.
Bayi nampak seronok explore perkara baru dan bermain dengan walker.
ALASAN BAGI YANG TIDAK MEMILIH WALKER
1. Risiko bahaya
Risiko untuk bayi sampai ke tempat bahaya seperti tangga dan jatuh. Risiko juga bayi dapat mencapai objek berbahaya seperti cerek eletrik,hiasan kaca dan sebagainya.
2. Perkembangan tidak mengikut milestone yang sepatutnya
Mereka berpendapat anak masih dalam fasa lembut ie belum berjalan tetapi sudah dipaksa untuk melakukannya sebelum masanya.
Kajian pernah dijalankan terhadap 190 bayi. 102 daripadanya adalah pengguna walker dan semua bayi yang menggunakan walker ini sedikit lewat mencapai kemahiran merangkak, berdiri dan berjalan tanpa bantuan.
APA KATA PAKAR /KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN WALKER?
- Menurut AAP(American Academy of Paediatrics) mereka telah membuat kesimpulan dan menyarankan penggunaan walker utk kanak2 ini DIHARAMKAN. Mereka sependapat mengharamkan pembuatan dan pemasaran walker untuk bayi.
- Journal of Development and Behavioral Pediatrics juga melaporkan bayi yang menggunakan walker lambat menguasai kemahiran merangkak dan berjalan dengan baik. Ia juga melambatkan perkembangan intelek dan psikologi kanak-kanak kerana ia mengganggu proses perkembangan semulajadi anak.
- Kidsafe NSW juga tidak menggalakkan penggunaan walker. Namun jika hendak menggunakannya juga,beberapa syarat perlu diambilkira.
- Dr. Greene pemilik Dr.Greene.com juga tidak menggalakkan penggunaan walker untuk bayi. Baginya penggunaan walker mengganggu perkembangan normal seorang bayi. Pertama, bayi terlepas kemahiran yang penting dalam perkembangannya seperti merangkak. Kedua,walker juga menguatkan otot yang salah. Apabila bayi berada dalam ‘walker’, otot kaki yang dikuatkan adalah otot kaki bawah tetapi ia melemahkan otot belakang pinggul dan peha yang penting dalam proses belajar berjalan. Walaupun , bayi yang menggunakan ‘walker’ juga boleh berjalan tetapi disebabkan otot pinggul dan peha yang tidak kuat, masalah koordinasi boleh berlaku dan menyebabkan bayi tersebut lebih cenderung untuk jatuh kemudian hari.Ketiga, walker lebih membawa banyak bahaya dari segi kemalangan.
- Kanada adalah negara yang mengharamkan penjualan walker.
- Dr Zubaidi juga tidak menggalakkan penggunaan walker untuk bayi tapi tidak menghalangnya.
Bagaimana jika masih mahu menggunakan walker?
- Hanya gunakan ia di tempat rata,jauh dari tangga dan sumber air.
- Pindahkan semua barang yang bahaya seperti kaca,benda tajam dan panas.
- Pastikan ia menepati tahap keselematan yang ditetapkan.
- Sentiasa awasi pergerakan anak anda.
Alternatif lain selain menggunakan walker :-
1. Gunakan playpen atau biarkan anak anda bermain atas permukaan seperti lantai atau tilam.
2. Perkenalkan exersaucer, macam walker tapi tak de roda, Anak boleh melompat dan main.
3. Push car juga bagus.Pastikan betul-betul kukuh dan tak mudah terbalik.Ini boleh membantu anak menguatkan otot-otot yang sepatutnya,tapi still kena jaga supaya tak ke tangga.
Pandangan Peribadi Kak Limah
Haa kali ni Kak Limah nak share pendapat Kak Limah. Kak limah personally tak guna walker untuk Ilyas. Ilyas tak pernah naik walker pun.Kenapa?
Sebab Kak Limah berpendapat let Ilyas develop secara semulajadi as long as within the time range. Memang ada yang menyarankan Kak Limah menggunakan walker sebab Ilyas setahun belum jalan.
Namun begitu, naluri Kak limah sebagai ibu menguasai segalanya. Kak Limah sentiasa percayakan Ilyas,masih dalam skala,jadi tak risau. Ilyas melalui fasa merangkak yang agak lama, dan itu menurut bacaan Kak limah bagus untuk dia. Merangkak lama membantu menguatkan otot-otot Ilyas.
Ya sangat betul, nampak sangat Ilyas kuat. Tulang dia kuat.
Berkenaan dengan pendapat yang menyarankan guna walker cepat jalan, Kak Limah kurang setuju sebab bagi Kak Limah fasa setiap anak tak sama. Kak Limah dulu jalan masa umur setahun setengah,ayah Ilyas umur setahun. Ilyas pulak setahun dua bulan. Beza kan? Tu dah menunjukkan as long as masih dalam skala umur,no need to worry.
Satu lagi pendapat, kata yang bagi anak walker mudah kerja kita. Kak Limah secara peribadi tak setuju. Jaga anak memang mencabar. Seronok apa tengok anak explore naturally. Usaha nak bangun sendiri tanpa bantuan. Merangkak ke sana ke sini. Bagi Kak Limah,Ilyas tak pernah merumitkan. Kak Limah masih boleh buat kerja rumah sekali dengan anak. Alhamdullilah,jangan sentap sebab itu pandangan peribadi Kak Limah. Masing-masing ada pilihan,yang pastinya untuk kebaikan bersama^_^
Ilyas dan kereta
Sekian.Semoga entri kali ni bermanfaat untuk semua.
Rujukan:-
Shiva F,Ghotbi F&Yavari S F, The use of baby walkers in Iranian Infants, Singapore Med J 2010; 51(8): 645
Paula S. C. ChagasI;
Marisa C. ManciniII; Marcella G. A. TiradoII; Luiz MegaleIII;
Rosana F. SampaioIV Beliefs about the use of baby
walkers
DiLillo D, Damashek A,
Peterson L. Maternal use of baby walkers with young children: recent trends and
possible alternatives. Inj Prev. 2001;7(3):223-7.
Piper MC, Darrah J. Motor
assessment of the developing infant. Philadelphia: W.B. Saunders Company; 1994
American Academy of Pediatrics.Committee on Injury and Poison Prevention.Injuries Associated with Infant Walkers. pediatrics 2001.;108;790-2
Journal of Development and Behavioral Pediatrics 1999
https://www.drgreene.com/qa-articles/baby-walkers/
http://drzubaidi.com/blog/penggunaan-baby-walker-tidak-membantu-bayi/
kidsafensw.org
Kak Limah
Umumnya kebanyakan ibu bapa dan penjaga memilih walker kerana mereka percaya walker dapat membantu mempercepatkan proses berjalan. Nak anak jalan cepatlah katakan. Betul tak? Ada juga yang mengganggap walker tu tempat untuk bayi bermain dan explore dunia. Ada juga yang berpendapat walker mengajar anak untuk lebih berdikari sebab mereka boleh gerak sendiri. Faktor lain ibu bapa yang mengatakan penggunaan ‘walker’ memudahkan penjagaan bayi kerana bayi menjadi seronok di dalam walker dan kurang meragam malah ada yang berpendapat mereka lebih mudah diawasi. Kak Limah pernah je orang kata gunalah walker sebab senang nak buat kerja rumah. Pendapat peribadi kak limah? Tunggu ya!
Secara ringkasnya:-
1. Membantu perkembangan bayi dan lebih berdikari
Bayi nampak lebih berdikari bergerak. Bebas bergerak ke tempat yang mungkin tak mampu dibuat tanpa walker
2. Ibu dapat berehat seketika atau menguruskan kerja rumah.
Ibu merasakan lebih mudah melakukan kerja rumah seperti memasak bila anak sibuk dengan walker
3. Kepuasan dan keseronokan pada bayi.
Risiko untuk bayi sampai ke tempat bahaya seperti tangga dan jatuh. Risiko juga bayi dapat mencapai objek berbahaya seperti cerek eletrik,hiasan kaca dan sebagainya.
2. Perkembangan tidak mengikut milestone yang sepatutnya
- Menurut AAP(American Academy of Paediatrics) mereka telah membuat kesimpulan dan menyarankan penggunaan walker utk kanak2 ini DIHARAMKAN. Mereka sependapat mengharamkan pembuatan dan pemasaran walker untuk bayi.
- Journal of Development and Behavioral Pediatrics juga melaporkan bayi yang menggunakan walker lambat menguasai kemahiran merangkak dan berjalan dengan baik. Ia juga melambatkan perkembangan intelek dan psikologi kanak-kanak kerana ia mengganggu proses perkembangan semulajadi anak.
- Kidsafe NSW juga tidak menggalakkan penggunaan walker. Namun jika hendak menggunakannya juga,beberapa syarat perlu diambilkira.
- Dr. Greene pemilik Dr.Greene.com juga tidak menggalakkan penggunaan walker untuk bayi. Baginya penggunaan walker mengganggu perkembangan normal seorang bayi. Pertama, bayi terlepas kemahiran yang penting dalam perkembangannya seperti merangkak. Kedua,walker juga menguatkan otot yang salah. Apabila bayi berada dalam ‘walker’, otot kaki yang dikuatkan adalah otot kaki bawah tetapi ia melemahkan otot belakang pinggul dan peha yang penting dalam proses belajar berjalan. Walaupun , bayi yang menggunakan ‘walker’ juga boleh berjalan tetapi disebabkan otot pinggul dan peha yang tidak kuat, masalah koordinasi boleh berlaku dan menyebabkan bayi tersebut lebih cenderung untuk jatuh kemudian hari.Ketiga, walker lebih membawa banyak bahaya dari segi kemalangan.
- Kanada adalah negara yang mengharamkan penjualan walker.
- Dr Zubaidi juga tidak menggalakkan penggunaan walker untuk bayi tapi tidak menghalangnya.
Bagaimana jika masih mahu menggunakan walker?
- Hanya gunakan ia di tempat rata,jauh dari tangga dan sumber air.
- Pindahkan semua barang yang bahaya seperti kaca,benda tajam dan panas.
- Pastikan ia menepati tahap keselematan yang ditetapkan.
- Sentiasa awasi pergerakan anak anda.
Alternatif lain selain menggunakan walker :-
1. Gunakan playpen atau biarkan anak anda bermain atas permukaan seperti lantai atau tilam.
2. Perkenalkan exersaucer, macam walker tapi tak de roda, Anak boleh melompat dan main.
3. Push car juga bagus.Pastikan betul-betul kukuh dan tak mudah terbalik.Ini boleh membantu anak menguatkan otot-otot yang sepatutnya,tapi still kena jaga supaya tak ke tangga.
Pandangan Peribadi Kak Limah
Haa kali ni Kak Limah nak share pendapat Kak Limah. Kak limah personally tak guna walker untuk Ilyas. Ilyas tak pernah naik walker pun.Kenapa?
Sebab Kak Limah berpendapat let Ilyas develop secara semulajadi as long as within the time range. Memang ada yang menyarankan Kak Limah menggunakan walker sebab Ilyas setahun belum jalan.
Namun begitu, naluri Kak limah sebagai ibu menguasai segalanya. Kak Limah sentiasa percayakan Ilyas,masih dalam skala,jadi tak risau. Ilyas melalui fasa merangkak yang agak lama, dan itu menurut bacaan Kak limah bagus untuk dia. Merangkak lama membantu menguatkan otot-otot Ilyas.
Ya sangat betul, nampak sangat Ilyas kuat. Tulang dia kuat.
Berkenaan dengan pendapat yang menyarankan guna walker cepat jalan, Kak Limah kurang setuju sebab bagi Kak Limah fasa setiap anak tak sama. Kak Limah dulu jalan masa umur setahun setengah,ayah Ilyas umur setahun. Ilyas pulak setahun dua bulan. Beza kan? Tu dah menunjukkan as long as masih dalam skala umur,no need to worry.
Satu lagi pendapat, kata yang bagi anak walker mudah kerja kita. Kak Limah secara peribadi tak setuju. Jaga anak memang mencabar. Seronok apa tengok anak explore naturally. Usaha nak bangun sendiri tanpa bantuan. Merangkak ke sana ke sini. Bagi Kak Limah,Ilyas tak pernah merumitkan. Kak Limah masih boleh buat kerja rumah sekali dengan anak. Alhamdullilah,jangan sentap sebab itu pandangan peribadi Kak Limah. Masing-masing ada pilihan,yang pastinya untuk kebaikan bersama^_^
Ilyas dan kereta |
Sekian.Semoga entri kali ni bermanfaat untuk semua.
Rujukan:-
Shiva F,Ghotbi F&Yavari S F, The use of baby walkers in Iranian Infants, Singapore Med J 2010; 51(8): 645
Paula S. C. ChagasI;
Marisa C. ManciniII; Marcella G. A. TiradoII; Luiz MegaleIII;
Rosana F. SampaioIV Beliefs about the use of baby
walkers
DiLillo D, Damashek A,
Peterson L. Maternal use of baby walkers with young children: recent trends and
possible alternatives. Inj Prev. 2001;7(3):223-7.
Piper MC, Darrah J. Motor
assessment of the developing infant. Philadelphia: W.B. Saunders Company; 1994
American Academy of Pediatrics.Committee on Injury and Poison Prevention.Injuries Associated with Infant Walkers. pediatrics 2001.;108;790-2
Journal of Development and Behavioral Pediatrics 1999
https://www.drgreene.com/qa-articles/baby-walkers/
http://drzubaidi.com/blog/penggunaan-baby-walker-tidak-membantu-bayi/
kidsafensw.org
kidsafensw.org
Kak Limah
0 ulasan:
Catat Ulasan