By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

KENALI CARA PEMBELAJARAN YANG SESUAI DENGAN ANAK ANDA Sebagai ibubapa,Kak Limah rasa sangat penting untuk kita tahu yang ada 3 jenis...

KENALI CARA PEMBELAJARAN YANG SESUAI DENGAN ANAK KITA


KENALI CARA PEMBELAJARAN YANG SESUAI DENGAN ANAK ANDA

cara pembelajaran

Sebagai ibubapa,Kak Limah rasa sangat penting untuk kita tahu yang ada 3 jenis cara pembelajaran untuk mendidik anak-anak. Kebiasannya anak-anak memang mempunyai potensi dalam semua cara ni iaitu kinestetik,visual dan auditori tapi sebenarnya kan ada satu yang memang anak kita punya potensi lebih…Haaa menarik kan?

Perasan tak ada anak yang sangat enjoy membaca,tengok gambar. Ada anak yang sekali dengar perkataan baru terus dia ingat.Ada juga yang suka belajar dengan cara buat aktiviti.

bermain dengan anak


Bonus bila kita tahu anak kita ni more pada cara yang mana ialah kita mampu tolong anak dengan lebih berkesan. Kita boleh ajar anak bersesuaian dengan cara anak kuasai.

Mengikut kajian, 20-30 % lebih kepada cara auditori. tau pendengaran. 40% mudah menyerap informasi dengan cara visual atau melihat dan selebihnya drngan cara kinestetik atau buat aktiviti sebenar.Jom Kak Limah share cara pembelajaran utama yang ada:-

learning styles



1. AUDITORI


Anak yang mempunyai potensi lebih pada auditori banyak belajar melalui pendengaran. Mereka banyak belajar melalui bunyi dan muzik.

auditori

Cara nak tahu anak ni jenis auditori?

  • Sukakan muzik dan boleh ingat lagu yang didengari
  • Senang untuk belajar perkataan atau bahasa baru
  • Mudah mengikut arahan yang diberitahu
  • Suka baca kuat kuat (ni memang perangai Kak Limah dari zaman sekolah sampai university,sebab tu suka study week kat rumah)
  • Lebih mudah faham bila ada yang explain,kurang faham bila baca saja.
  • Suka berbual dan berbincang
  • Peka terhadap bunyi lebih daripada orang lain
  • Mudah mengikut rentak lagu 

Cara “tackle” anak auditori:-

  • Galakkan anak sebut sesuatu dengan suara jelas.Contoh buat spelling bee dengan mereka untuk belajar ejaan perkataan baru.
  • Cari buku yang ada bunyi dan sebut bersama mereka
  • Sentiasa ajak anak berbincang dan bersembang. Contoh Tanya makanan kesukaannya dan minta anak terangkan.

Buku berbunyi boleh membantu


2. VISUAL



Anak-anak yang mempunyai kemahiran visual atau melihat yang tinggi tergolong dalam kategori ni. Kebiasannya Kak Limah perhatikan mereka mudah tangkap bila ajak tengok gambar atau video. Mudah bagi mereka untuk mengenal angka dan huruf lebih cepat.Bahkan mereka mungkin boleh ingat tempat yang kita pernah bawa mereka bila tengok dalam gambar.


visual

Tanda-tanda anak visual:-

  • Suka duduk di barisan hadapan bila belajar.
  • Mudah tertarik melihat gambar,pergerakan,warna dan sebagainya.
  • Suka melukis dan mewarna.
  • Kebiasaannya apabila kita ceritakan tentang sesuatu,mereka selalu nak tengok benda atau gambarnya.
  • Mudah ingat bila dah tengok sesuatu.
  • Suka akan buku.
  • Mudah cam muka orang dan tempat.
  • Suka melihat sekeliling.

Cara “tackle” anak visual:-

  • Berikan mereka buku-buku.Walaupun mereka belum pandai membaca,anda akan perasan mereka suka tengok gambar pada buku.
  • Perbanyakkan bahan kraf atau mainan berguna.
  • Sediakan kertas,pensel untuk mereka melukis sebab mereka suka ekspresskan dengan cara begitu.
  • Sediakan warna-warna untuk mereka berkarya.
  • Flashcards dan whiteboard juga sesuai untuk mereka.
  • Memandangkan mereka mudah terganggu fokusnya, sediakan tempat yang selesa.

3. KINESTETIK


Anak-anak dalam kategori ni lebih dominan kepada cara mereka terlibat dalam aktiviti yang mempunyai pergerakan. Selalunya orang kita labelkan mereka tak pandai duduk diam dan aktif sedangkan itu cara mereka belajar. Mereka juga suka hands on activities.


kinestetik

Tanda-tanda anak kinestetik:-

  • Suka aktiviti sukan, menari dan sebagainya yang melibatkan aktiviti fizikal.
  • Bergerak ketika duduk –mungkin cara untuk proses informasi
  • Selalu gunakan pergerakan sewaktu bercakap dan berbual.
  • Minat main play role
  • Seronok bila melukis dan menulis.
  • Perkembangan pantas seperti merangkak, berjalan dan duduk.
  • Suka kata “Boleh tak saya nak cuba?” bila buat aktiviti
  • Sukakan set lego,main tanah liat,buku-buku yang berbentuk 3D.

Cara “tackle” anak kinestetik:-

  • Sentiasa lakukan dan galakkan anak-anak terlibat dalam aktiviti.
  • Untuk ajar matematik,boleh cuba guna blok-blok atau cara lain yang kreatif.
  • Ajar membaca dengan buat aktiviti seperti menampal.
  • Bagi mereka “explore” dalam pembelajaran,mereka tak suka duduk setempat.
  • Sesekali bawa mereka travel dan beraktiviti seperti melawat zoo dan pegang binatang.


Itu antara jenis pembelajaran yang popular di kalangan anak-anak. Sebelum kita salahkan anak-anak dalam perkembangan mereka,kita sepatutnya sebagai ibubapa mengambil pendekatan nak tahu anak kita ni jenis yang mana. Bonding antara anak dan ibubapa juga penting tau! Jangan terlalu leka dengan kerja dan serahkan semua pada guru. ^_^

Selamat mengenal anak-anak kita. Kak Limah sendiri tengah ambil masa nak kenal mana satu potensi Ilyas walaupun dia baru setahun lebih.

Kak Limah
Top Reseller Garlic Balm.

0 ulasan: