Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah baru2 ni dapat g akad nikah dan resepsi seorang adik yg dah lama aku kenal. Family dia da trea...
Selamat pengantin baru.
Bismillahirrahmanirrahim Lamenye dah tak tulis pape kat sini. Busy nau mengganggur kot. hehe Kali ni nak share pengalaman DIY pelam...
Mini Pelamin DIY
Bismillahirrahmanirrahim. Entry kali ni aku tujukan special buat seorang sahabat yang aku mula2 kenal masa masuk CFS UIA Nilai. Terin...
Selamat Pengantin Baru, Salsabiila & Razin Hanif^_^
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdullilah sahabat saya ,Cik Nad selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihan hati,Akmal pada 31.10...
Tahniah Nad & Akmal
Alhamdullilah sahabat saya ,Cik Nad selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihan hati,Akmal pada 31.10.2014 di Sekinchan.
Pertama kali menghala ke Sekinchan, bukan nak kata apa tapi feeling perjalanan tu macam balik kampung Johor. Ok,rindu pulak kampung sana!Credit to Cik Nad sbb lukiskan peta special utk saya, saya sampai awal sangat dengan mak hehe. Seronok gak tukar baju terus rewang. Lagi tiga kereta konvoi dipenuhi dengan classmates LLBS.
Entah kenapa rasa kenduri ni special sebab kitaorang dapat kumpul satu kelas,plus Nad ni kawan yang rapat dengan saya sejak di CFS IIUM,Nilai. :) Kira jatuh bangun sepanjang 2008-2014 dia ada sekali,so ikatan tu terasa kuat. Dia dah macam kakak saya kesimpulannya.
Alhamdullilah dengan sekali lafaz Cik Nad dah jadi Puan Nad^_^ Cool ! Tetiba semua rasa sebak,mulalah mengalir air mata bagai. We officially let go one of our ahli kelab single:) Opss hari nikah Nad kitaorang pakai serba pink. Nad dan suami pakai kuning,memang naik bila tangkap gambar. Feeling bridesmaids hihi
Petangnya kitaorang g pantai untuk outdoor photoshoot, Saya diamanahkan utk tangkapkan gambar. Seronokkkk sebabbb bonusnya dapat tengok matahari terbenam,subhanallah cantik tak terkata. Memang favourite tengok pemandangan cantik. Thanks pengantin pilih tempat memang da bomb! Tapi paling suka tengok Nad malu-malu lepas tu kitaorang memang kaki nyakat semua hihi Dekat waktu maghrib kitaorang balik homestay.
Kitaorang bermalam kat homestay yg Cik Nad sewakan,comel homestay tu,saya suka! Rasa macam cuti panjang padahal weekend je hihi
Mak pon join sekali dengan kitaorang riuh-riuh. Classmates semua suka sembang dengan mak,alhamdullilah.Ok,saya rekemen semua classmates LLBS sebagai calon menantu hihi
Esoknya 1.11.2014 majlis resepsi Nad sekali dengan majlis sambut menantu abang dia. Kitaorang semua serba purple meraikan hari bahagia Nad. Seronok tengok semua pilih-pilih baju pagi tu,main mekap-mekap,gilir-gilir nak mandi haha Kenangan betul!
Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar. Kitaorang semua gembira sangat tengok Nad bahagia. Aura tu macam pass kat kitaorang hehe. Lepas ni ada yang nak menyusul rasanya.Kita tunggu sebab ramai dah plan kan haha Btw, thanks untuk family Nad melayan kitaorang, baik sangat family Nad:)
Akhir kata,tahniah buat Nad dan Akmal. Selamat berbahagia sampai syurga. :) Doakan kitaorang yek!
Jom layan teaser gambar-gambar! Thanks Nad dan Akmal bagi peluang jd OP for your big day^_^ Jadi gambar2 banyak ekslusif utk pengantin la:p satu lagi sorry sbb suka suruh korang posing ala-ala titanic la,cam ni la cam tu. Haha entah kenapa suka tengok sebab sweet.
Adiosss.... Kamsahamida^_^
Bismillahirrahmanirrahim. Ok mood masih dalam syawal kan? Tapi nak cerita pasal kahwin-kahwin. Ok ni bukan main kahwin-kahwin tapi betul-b...
Tahniah BFF ku yang sah bergelar puan :)
Ok mood masih dalam syawal kan? Tapi nak cerita pasal kahwin-kahwin. Ok ni bukan main kahwin-kahwin tapi betul-betul kawan saya yang seorang ni dah selamat diijabkabulkan minggu lepas pada 9/8/2014.
Minggu lepas hampir keseluruhan masa ada kat rumah pengantin,tolong siapkan apa yang patut. Pelamin, hantaran, inai , sewa veil, bantal nikah dan macam-macam.
Haha alhamdullilah settle gak. Bolehlah dikatakan dah ada pengalaman handle satu majlis perkahwinan kot:p Thanks to my bff, Nova bagi peluang untuk koi:) Tapi serius Nova ni handle kahwin dia dari A-Z.Kagum koi.
Kalau nak cerita pasal preparation before dia kahwin,memang sebelum bulan puasa dah start enjin,buatlah bunga DIY.Bulan puasa settlekan goodies bags yang comel. Memang comel, cop je nama pengantin dengan copy yg saya tempahkan daripada Wedding stamps,search kat fb ye. Seronok prepare wedding member sorang ni. hehe. Berbekalkan pengalaman sikit masa wedding Solehah, bff saya yg dah setahun kahwin, memang membantu. Jujur nak confess yang saya dah jatuh cinta. Dengan siapa? Bukan si dia tapi dengan kerja-kerja decorate untuk majlis perkahwinan la:p
Seronok sebab belajar untuk jadi kreatif,otak pon jalan terutama time cuti ni,harus untuk gerakkan mindaku ini. hehe.Bila buat hantaran, tu antara part saya paling enjoy. Sehari semalam siapkan,excited punya pasal. Haha buat dengan member seorang lagi,Ecah.
Lepas tu siapkan prop untuk guest book. Macam-macam saya buatkan je,sesuka hati. Oh ye guest book DIY je. Dah lama buat,masa bulan puasa. Buat simple je. Lari sikit dari tema hijau krim. Kalau nak tahu hijau krim antara kombinasi kaler yang saya suka untuk wedding. Macam sejuk mata memandang hehe..Memang sejuklah.
Pelamin pun buat je.. Ok saya sejak setahun ni memang ada tabiat beli majalah pengantin. Haha orang kata pengantin je selalu belikan.. hmmm tidak sama sekali, ni kawan pengantin pon suka beli. Saya suka tengok idea baju dan hantaran selalunya.Pelamin untuk si Nova ni kitaorang prefer simple cam pengantin nak. Kerusi sewa last minute kat kedai kat Temerloh. hehe. Kebanyakan bahan yang digunakan DIY,jimat sangat! Kerusi pon sewa memang harga kasih sayang bagi saya lah. :)
Ok,sekarang nak cerita hari kahwin. Pagi-pagi lagi dah datang rumah pengantin. hehe settlekan PA system dan guest book table,amacam serba boleh tak saya dan Aisyah? hahah Ok lepas tu mekapkan pengantin. Yang ni memang saya tak pernah buat, but it's worth experience. Thanks kat member saya ni percaya kat saya. Konsep mekap simple sebab pengantin selesa begitu dan plus dia nak solat lepas akad nikah. Orang yang biasa dengan saya memang tahu saya bukanlah kaki mekap. Kadang-kadang selamba keluar bandar tanpa sebarang sapuan bedak haha. Itu memang kenyataan,tapi nama pun perempuan suka gak cantik. Sebulan tu dah main test mekap diri sendiri kat rumah. Dan sehari sebelum wedding dia baru test kat dia. hehe.Alhamdullilah berjaya la untuk orang seperti saya yang hanya belajar basic mekap via youtube :p
Alhamdullilah member ni selamat dinikahkan pada Sabtu lepas. Sweet tengok sebab saya tahu diaorang memang tak bercintan cintun bagai. Tunang pun tak lama,terus kahwin. Tengah hari tu saya jadilah pengapit terjun haha. Dengan muka serabai lepas dah settle tugas lain, payungkan lah member tersayang hehe. Tak pe janji Nova ok :) Alhamdullilah tugas selesai,tak lama pun, kejap je sebab tetba rasa sakit perut sebenarnya haha. Btw,seronok jumpa ramai budak sekolah Khairiah:)
Walaupun begitu gambar tetap ada dalam fotografer rasmi punya kamera, iaitu Rafi Photography, klik kat je ye, member gak ni.Pakej dia memang sangat berpatutan dan save bajet ok! Recommended! psst: nanti bila koi kahwin,koi suh aok gak la syarafi wei. Berangan kejap haha
Ok petang tu siap g outdoor photoshoot teman kawan saya si pengantin ni yg malu-malu kucing dengan suaminya hihi. Malu-malu tapi saya nampak dia dah start menerima statusnya sebagai isteri gituh hihi. Comel je tengok si Nova ni tangkap gambo ngan suami dia. Sambil tu bagi idea nak posing dan jadi prop tambahan.ahahhah, Nasiblah dapat member yang memang kaki gambo. Apapun alhamdullilah settled.
Petang tu dengan gaya yang dah kusut, saya dan Ecah pun baliklah ke rumah, Tinggallah pengantin yer hehe. Jujur ada dua perasaan masa tu,sedih plus happy. Sedih sebab dah tak bo;eh lepak sesuka hati macam dulu. Happy of course lah sebab kawan kite bahagia di samping orang tersayang gituh:) Barakallahulakuma Nova dan Haffiz, selamat bercinta. Doakan koi ngan Ecah lak yer hehe Selamat melayari bahtera perkahwinan dan selamat menjadi isteri solehah dan inshaAllah bakal ibu yang baik :)
Memang pengalaman baru yg buat saya dan Ecah dapat idea baru. Nantikan...:)
Ok semalam birthday tuan punya blog ni, iaitu saya, Alhamdullilah dapat jumpa pengantin baru. Memang tak plan,last minute. Rezeki nak jumpa, makan sama-sama. Haha. Gara-gara saya teringin ikan bakar sejam cari kedai best. Sorry Nova dan Aziana. Thanks gak kat korang plus suami Nova dan gengnya. terima kasih ye.
Sekarang rasa nak makan kek tapi nak tnggu Ecah balik sebab dia luar kawasan sekarang.:(
Terima kasih buat mak yang sokmo ada dengan akak,sabar ngan akak:) Terima kasih atas semua doa yang indah^_^
Nah sesi balingbelakang gambar-gambar:p

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah, i'm fine. A little bit busy with my study. I hope everything runs smoothly. I do face some ...
Wedding fariza
Bismillahirrahmanirrahim. Saya kira masih belum terlewat untuk saya layangkan setinggi ucapan tahniah dan seinfiniti rasa syukur di atas per...
Selamat Melangkah ke Alam Baru,sahabat:)


- Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
- Pernikahan bukan hanya sehari, tetapi suatu perjalanan menuju ke syurga,insha Allah.
- Selamat berbahagia, bertabah, saling menerima dan memahami dan paling penting semoga rahmat cinta membawa ke jalan syurga.
- Moga jadi isteri cerdik dan solehah,penyejuk mata,penawar hati,penajam fikiran. Di rumah dia isteri di jalanan kawan.Pabila dia buntu kamu jadi penunjuk jalan berdasarkan pada panduanNya:)
(Al-Furqan:74)
Bismillahirrahmanirrahim:) Kepada sepupu saya,Kak Amy dan suami. Selamat bercinta dan melayari bahtera perkahwinan sampai syurga,inshaAllah....























Follow Us
Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances