By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Hai semua. Haaa ramai tak puas hati aku cerita tergantung kan? Hahah sengaja je aku buat camtu.  Tak Best la kalo dah complete satu entri....

Pengalaman Bersalin di Andorra Part 2


Hai semua. Haaa ramai tak puas hati aku cerita tergantung kan? Hahah sengaja je aku buat camtu.  Tak Best la kalo dah complete satu entri. Aku yakin korang takkan jenguk da blog aku nanti kihkih 😜😜
So aku bahagikan cerita aku bersalin pada 2 bahagian. Pandai tak aku?  Hihi puji diri sendiri skit. Oklah tak nak bebel pasal ni. Aku nak sambunglah cerita aku yang kat entri lepas. 

Sambung cerita aku dalam LR. Apalah jadi kat aku kan?  Hihi jom masuk LR dengan aku. Okay? 

Ok dalam LR tu ada aku sorang. Patient lain bilik lain. Privasi sangat dijaga. Nak pakai tudung boleh, tak nak pun tak pe. Tak de lelaki pun melainkan suami aku. Akak nurse pun ada. Sempat gak makanan aku order, steak sampai. Diaorang hantar ke LR wei 😂😂 dah la sedap tapi aku tak leh makan banyak dah. Dalam LR, diaorang akan bacakan yassin sekali.

Sakit contraction lah bagi aku setakat ni sakit yang paling sakit kat dunia ni. Aku rasa kaum lelaki tak mampu nak hadap, Allah bagi perempuan sebab perempuan kuat sebenarnya. Don't underestimate us, haaa gitewww. 😝

Alhamdulillah sepanjang sakit, suami ada, nurse dan doktor pun ada bila da nak dekat beranak. Diaorang ingatkan aku gak teknik. Cuma bila dah sakit, jadi tak leh nak control juga kadang tu. Betul tak mak-mak? 😂

Tunggu punya tunggu. Alhamdulillah jam 9.25 malam aku selamat melahirkan puteri kami. Secara normal Alhamdulillah tanpa sebarang jahitan. Jangan tanya aku macam mana tipsnya sebab aku rasa aku pun tak tahu, bagi aku keajaiban rezeki Allah bagi untuk kali ni. Lega tau dah keluar baby seberat 3.15kg hehe. Mereka letak anakku pada aku. Allah, rasa macam mimpi. Aku terus nangis. Doc Kham pesan ingatkan aku betapa besar nikmat melahirkan. Alhamdulillah dah selamat melahirkan, penat lelah ibu hilang, suci je untuk ibu. Doc peluk aku. Aku ni dah la jenis touching. Dalam keadaan mamai cam tu, anak aku dibersihkan dan suami settlekan tahnik sekali. Aku dah letih time ni, ikutlah laki aku nak buat apa 😂😂

Aku ditolak ke bilik.
Malam tu rehat. Baby nurse tolong jagakan kat nursery. Suami aku pun aku tengok dia pun letih. Sempat jugak sembang touching. 

Pagi esoknya dalam pukul 5.30 pagi, nurse kat Andorra kejut untuk mandikan aku. Ye mandikan ibu. Aku rasa memang dimanjakan. Sambil tu sembang, menenangkan aku. Dia bersihkan aku, aku pun lemah lagi. Lepas dah mandi urutkan. Memang bagi aku sangat menenangkan lepas dah penat meneran. Baby pun mereka settlekan. Bilik aku sebelah nursery, dengar pagi semua baby uwekk2.hihi.

Dalam pukul 7 macam tu, ada staff datang. Dia bawa aku exercise. Ye. Sebelum ni aku pun tak tahu exercise mcm mana boleh buat. Aku tahu boleh exercise untuk lancarkan perjalanan darah tapi tak tahu apa yang sesuai untuk ibu lepas bersalin. Dia explain kat aku sambil bawa aku jalan round wad. Jangan risau, staff tu pimpin aku ni hehe Alhamdulillah rasa lagi better.
Pukul 8 lebih, Doc Kham datang cek aku. Sentiasa ingatkan aku syukur atas kelahiran. Doc Kham bagitahu keadaan aku baik Alhamdulillah. Aku lupa nak snap gambar dengan Doc Kham. Adoai. Kenapalah. Tak lama lepas tu, Doc, pakar pediatrik datang inform kami pasal baby, keadaan baby, tanya nak sunatkan anak tak. Part ni aku sangat puji. Aku dan suami as parents lebih clear apa keadaan baby, ujian yang dilakukan sebelum discharge, vaksin apa dan semua tentang baby. Alhamdulilah puas hati.



Baby pun staff hantarkan. Ya Allah tengok anak terus lupa rasa sakit. Bestnya bau baby. 🥰 3.15kg, sangat berbeza masa aku lahirkan Ilyas 1.9kg. Alhamdulillah aku syukur sebab dua-dua sihat walafiat,dilahirkan sempurna. Baby masa kat Andorra akan pakai baju Andorra macam maknya jugak. Bedung pun Andorra punya hehe. Bawak baju untuk balik rumah je untuk ibu dan baby.

Lepas tu Mak yam datang. Staff Andorra yang akan bantu aku, ibu untuk proses penyusuan. Breastfeeding process. Mak Yam akan bantu dan explain. Tanya je apa-apa pasal breastfeeding kat Mak Yam ni. Suami pun akan diingatkan tentang peranan mereka dalam proses penyusuan susu ibu. Doakan aku berjaya selesaikan amanah nak susukan anak kedua kami sempurna 2 tahun ya,macam Ilyas dulu.
Oh ye pagi tu jugak breakfast. Alhamdullilah sedap. Duk hospital makan macam kt hotel. Makanan berkhasiat semestinya. Licin la aku makan .

Breakfast yang sedap dan berkhasiat. 


Suami aku balik ambil.mak aku dan anak sulung,Ilyas. Ilyas pagi dah sebut nak jumpa ibu. Wei aku mana pernah tinggal Ilyas malam,mestilah aku rindu. He's my firstborn. Mak pun aku tak sabar nak jumpa sebab aku tahu mak aku mesti risaukan aku ni. Dia kalau aku sakit nak beranak semua tak kena. Serius masa sampai mak aku kata dia sakit lutut masa aku sakit nak bersalin. Sama macam suami aku,sakit belakang masa aku nak beranak sangat. Telepati kuat sangat dua orang ni.hehe

Ilyas sampai dengan mak aku. Ilyas terus terkam aku. Rindunya anak ibu ni. Aku memang sejenis clingy mom. Sekarang ni Ilyas dah boleh sleep over rumah tokmi,mertua aku. Tapi semalaman je selalunya sebab aku la yang tak tahan rindu anak 😂😂 Aku mesti suruh ambil haha Aku kan clingy mom. oh ye aku simpan lg video Ilyas first time tengok adik dia. Sweet sangat tapi tak mau share lagi hihi. Comel sangat Ilyas faham. Sebab since pregnant kami suami isteri bagitahu dia akan jadi abang. Dia selalu cakap adik belum keluar. Ni adik dah depan mata, Ilyas selalu kata adik da keluar hihi.
Gitulah.  


Masa nak discharge, staff-staff Andorra banyak bantu. Rasa sayang nak tinggalkan Andorra. Kalau sebelum ni, bersalin Ilyas cepat je aku nak discharge 😂😂 ni terbalik perasaannya.  Satu lagi free gifts banyak sangat. Beg, toiletries pelbagai jenama, mak punya anak punya.  Seronokkk. Staff tolak naik wheelchair. Barang pulak naik troli macam hotel tu. Suami aku dah angkut sikit tadi haha dia segan nak kasi staff tolak. 😂 Dia memang penyegan orangnya hihi

Staff hantar balik sampailah ke kereta. Guard pun tolong. Rasa macam kat rumah family gituh. Kesimpulannya, aku sangat puas hati dengan servis Andorra. Rezeki yang sangat indah. Dipermudahkan dan dikelilingi suasana yang menenangkan sangat baik untuk emosi ibu yang pregnant dan lepas bersalin. Terima kasih Andorra untuk pengalaman ni. Terima kasih suami sebab tunaikan hajat kita bersama, nak lahirkan anak kat sebuah hospital macam Andorra. (Dulu selalu berangan) Terima kasih mak, umi dan of course Ilyas sebab temankan ibu meniti hari-hari pregnant adik dan temankan kat KL sampailah bersalin. Alhamdulillah atas semuanya.

Muka nak discharge hihi semangat pakai lawo2 sebab nak appreciate diri sendiri. Azam aku bersalin kali ni.. Cewahhh. Laki aku pon pelik hahah

 Untuk yang berhajat nak bersalin kat Andorra, teruskan niat anda. Moga dipermudahkan. Aku bagi 10Bintang. 🤩🤩 Ni review jujur aku. Jangan bebankan atau push suami pulak lepas ni jika keadaan tak mengizinkan. Jika boleh diusahakan, boleh teruskan. 🙂 Bersalin kat manapun, yang penting semua selamat. Aku tak tahu next ni aku bersalin mana pulak (eh tunggu, bagi aku rehat dulu 2-3 tahun haha)  ada rezeki lagi, nak bersalin kat Andorra lagi, (harap suami aku baca, bolehlah menabung lagi hihi) Amin. Doa je dulu awal-awal. Tak salah pun kan 😂

Tu la cite aku kat Andorra. Hari ni baby aku dah 2 bulan lebih. Doakan baby membesar sihat walafiat, taat pada PerintahNya dan baik segala segi. Amin. Next nak aku cerita apa lagi ye??  Hmmm. Hehe aku rasa macam nak share pasal pantang cara aku. Tunggulah kalau aku rajin 🤣🤣

0 ulasan: