By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog
Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah, tarikh mulanya ibadah puasa bulan Ramadhan sudah diisytiharkan. Sabtu 21 Julai 2012:) Se...



Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah, tarikh mulanya ibadah puasa bulan Ramadhan sudah diisytiharkan.
Sabtu 21 Julai 2012:)

Selamat Bertemu Duhai Ramadhan:)
Semoga kita semua dapat bertemu dengannya dan melaluinya dengan lebih baik dan lebih dekat padaNya^_^

Saya ingin mengucapkan selamat melalui bulan yang sangat istimewa:) Moga jadi insan dan hamba Allah yang lebih baik dari sebelum ini. Istiqamah selalu^_^ InshaAllah.

Ramadhan kareem:)

Wassalam

Bismillahirrahmanirrahim Hari ni, hari yang sedih buat saya. Memang jadi lumrah kan,setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun,saya ...



Bismillahirrahmanirrahim
Hari ni, hari yang sedih buat saya.
Memang jadi lumrah kan,setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Namun,saya masih mengharap jodoh kami masih ada.

Nor dan Abi dah balik ke kampung mereka,Indonesia.
Rasa terngiang-ngiang kat telinga suara gelak tawa dan tangisan mereka berdua.
Sunyi .
Mak pun akan sunyi,sebab tak de Nor nak panggil nenek.
Tiada suara anak kecil yang akan kedengaran di pagar rumah saya lagi.
Tiada lagi si anak kecil yang akan mengejar kereta saya dan mak sebab nak ikut jalan.
Tiada lagi Nor yang nak panggil saya "kakak"
Tiada lagi.
Membuatkan saya terkenang kembali saat Nor dilahirkan.
Istimewanya
Kami antara yang pertama lihat dia. Sebab tu saya rasa Nor istimewa sebab waktu mak dia nak bersalin,berkejar-kejar kami hantar ke hospital,pengalaman saya.
Saya lihat bagaimana Nor dan Abi membesar.
Dah 2tahun berlalu.Rasa baru lagi.
Abi pun dah besar. Kakak harap kakak boleh jumpa Nor dan Abi lagi.
InshaAllah.
Jangan lupa kakak di Malaysia!
Kakak akan rindu anda berdua sebab dua-dua dah macam adik-adik kakak.
Semoga selamat tiba di Indonesia. Jaga diri baik-baik.
Semoga kita ketemu lagi.
Sedih sangat sebab Nor dan Abi dah balik,datanglah sini lagi='(



Lots of love from kakak.
NHAR

Bismillahirrahmanirrahim. Petang yang cukup membuat kelopak mata terasa mahu jatuh ke bawah. Namun saya gagahkan juga diri ini untuk menu...

Bismillahirrahmanirrahim.

Petang yang cukup membuat kelopak mata terasa mahu jatuh ke bawah. Namun saya gagahkan juga diri ini untuk menulis sesuatu. Mungkin di sebalik contengan ini,saya sedang menzahirkan perasaan saya ketika ini. Kerna setiap malam titisan air mata pasti bercucuran bila mengenangkannya.

Membelek-belek "folder" gambar dalam telefon bimbit,membuatkan saya rindu dan sayang setiap saat bersama-sama mereka. Mereka itu sahabat-sahabat saya. Teringat kisah-kisah yang berlaku antara saya dan sahabat-sahabat saya. Semua mengajar saya supaya lebih matang dalam setiap tindakan dan kata-kata. Walaupun jauh di sudut hati,saya mengerti saya bukanlah sahabat yang baik,masih banyak yang perlu diperbaiki.

Dalam persahabatan,terkadang diuji membuatkan ikatan itu semakin renggang dan adakalanya itu merapatkan hubungan antara kita. Kerna di sebaliknya kita belajar menerima dan memahami sahabat-sahabat kita. Kenapa saya katakan demikian? Kerana pada setiap diri sahabat saya,ada keunikan mereka tersendiri. Keunikan itu inshaAllah melengkapi diri kita sebagai temannya.

Menjadi sahabat yang rapat mengambil masa yang lama. Di situ kita akan belajar menyesuaikan diri antara satu sama lain. Bukan mudah kerana kita 2 insan yang berbeza.Uniknya dan indahnya persahabatan itu,perbezaan itu menyatukan dua jiwa sahabat. Namun, satu perkara yang saya sedar,meruntuhkan ikatan binaan persahabatan yang berusia 20 tahun, 10 tahun, 5 tahun begitu mudah sekali. Mungkin mengambil masa sesaat,sejam,mahupun sehari. Kata-kata mahupun perbuatan saya ataupun anda mungkin ada yang mengguris sahabat kita. Malangnya kita seringkali pandang enteng. Namun, pada diri kita juga, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan pada diri sahabat. Jika ada yang salah, tegurlah dia sebaiknya.^_^

Mungkin kita pernah terasa ditikam dari belakang oleh sahabat ? Pernah terasa dipermainkannya? Pernah terasa gurauannya melampaui batas? Lantaran membuat kita rasa mahu marah dan mengeluarkan kata-kata yang kurang "enak" didengar. Sehinggakan terasa benci mahu memandangnya. Benar bukanlah mudah untuk kembali seperti sediakala tetapi hulurkanlah kemaafan kepada sahabat kita. Saya sendiri pernah terasa marah pada seseorang kerana perbuatannya terhadap ibu saya. Tidak perlulah memikirkan kejahatannya,kenapa tidak kita ingat kebaikannya pada kita? Lupakan kebaikan kita kepadanya,ingatlah kebaikan dia kepada kita. Rasa sayang jangan ditukar kepada benci. Tundukkan ego yang ada pada kita kerana sedikitpun kita tidak rugi. Kerna di sebalik kemaafan yang diberikan,ada suatu kebahagiaan yang lagi indah,rasa ketenangan.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman: "Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An Nisaa' 4:1).

Siapalah kita untuk rasa benci memandangnya,kurniaan Allah pada kita. Kita sendiri belum tentu yang terbaik di mataNya.

Sahabat itu hadiah buat kita. Hadir dalam kisah hidup kita,mewarnai kanvas lukisan hidup bersama kita. Kerna sahabat itu pengaruh yang besar dalam setiap diri kita. Sayangilah mereka. Jika ada antara sahabat kita sudah berubah ke arah yang salah jangan tinggalkan dia kerana bencikannya,tetapi pimpinlah mereka ke arah yang baik. Kerna seorang sahabat akan sentiasa mengingatkan sahabatnya dan selalu mendoakan yang terbaik buat sahabatnya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani


Buat sahabat saya,
Yang mengenali saya.Terutama yang selalu bertemu saya. Khusus rakan-rakan sebilik,rakan-rakan sekuliah dan semua sahabat.
Saya Nor Halimah Ahmad Ramli memohon kemaafan dari kalian atas segala kata-kata ,perbuatan dan segalanya yang melukakan hati anda.
Walau apapun yang pernah berlaku antara kita semua, yakinlah persahabatan kita tidak akan pernah terputus kerana saya tetap sayangkan kalian. Setiap daripada kalian punyai jejak yang kekal bersemadi dalam hidup saya selagi mana Allah meminjamkan nikmat-nikmat-Nya kepada saya,inshaAllah.^^









antara insan yang bergelar sahabat^^

bismillahirrahmanirrahim alhamdullilah hari ni cukup umur saya 20tahun. masih diberi hadiah nikmat kurniaan Illahi. pelbagai nikmat y...


bismillahirrahmanirrahim

alhamdullilah hari ni cukup umur saya 20tahun.
masih diberi hadiah nikmat kurniaan Illahi.
pelbagai nikmat yang tak terhitung.
tak terkira nikmatnya.
alhamdullilah masih diberi peluang mengembara di bumi ini.
semoga bertambahnya usia saya,bertambahnya kematangan saya,bertambah dekat saya denganNya,inshaAllah.

Kesempatan ini,saya mengucapkan terima kasih kepada ibu saya yang melahirkan saya dan membesarkan saya sehingga sekarang.Jasamu tak terbalas,terlalu tinggi nilainya.Terima kasih,mak.
Buat arwah ayahanda tercinta. Bersama saya berjalan merentas onak duri,tawa ceria sepanjang 16tahun cukup bererti. Terima kasih kepada ayah,Ahmad Ramli.
Buat keluarga tercinta,saudara-mara yang sama-sama mencipta moment2 yang indah sepanjang 20tahun bersama saya. Saya yang dulunya si kecil yang banyak keletahnya. Sebelum terlupa selamat hari lahir buat Paman Seman,bapa saudara saya yang berkongsi tarikh lahir yang sama 16/8 tapi tahun lain=p Semoga bahagia dan bersemangat selalu. Semoga diberkatiNya juga,paman.

Buat sahabat-handai yang saya kenali sepanjang perjalanan ini.
Tak kira di mana pun saya kenali kamu,semuanya sahabat saya.
Mungkin di stesen bas,di sekolah,di universiti,di rumah,di ruang makan,di negeri lain,di alam maya mahupun di mana-mana sahaja.
Terima kasih atas ucapannya.Tidak kira melalui apapun anda sampaikan ucapan anda.
Segalanya saya ucapkan terima kasih.

Mungkin ada yang saya tak tahu,tetap saya ucapkan terima kasih. Doa kalian cukup berharga buat diri ini.

Hari ni,saya di rumah sahaja. Mak belanja buka puasa ayam golek^^ Saya hadiahkan diri saya dan jiran-jiran dengan sebiji kek coklat moist. Harap semua suka.

Kesempatan ini,saya memohon maaf kepada semua insan yang pernah saya sakiti.
Maafkan saya.Maafkan atas kelemahan saya yang membuatkan sesiapa sahaja terguris hati.

Hanya ucapan terima kasih yang mampu saya tuturkan. Saya iringi dengan doa semoga kita semua terus kuat dan sentiasa dirahmatiNya dalam setiap langkah kita.

Selamat hari lahir ke 20 buat diri saya.

Wassalam,
16 Ogos 2011
10:22pm,rumah.