By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim. Petang yang cukup membuat kelopak mata terasa mahu jatuh ke bawah. Namun saya gagahkan juga diri ini untuk menu...

Buat semua sahabat saya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Petang yang cukup membuat kelopak mata terasa mahu jatuh ke bawah. Namun saya gagahkan juga diri ini untuk menulis sesuatu. Mungkin di sebalik contengan ini,saya sedang menzahirkan perasaan saya ketika ini. Kerna setiap malam titisan air mata pasti bercucuran bila mengenangkannya.

Membelek-belek "folder" gambar dalam telefon bimbit,membuatkan saya rindu dan sayang setiap saat bersama-sama mereka. Mereka itu sahabat-sahabat saya. Teringat kisah-kisah yang berlaku antara saya dan sahabat-sahabat saya. Semua mengajar saya supaya lebih matang dalam setiap tindakan dan kata-kata. Walaupun jauh di sudut hati,saya mengerti saya bukanlah sahabat yang baik,masih banyak yang perlu diperbaiki.

Dalam persahabatan,terkadang diuji membuatkan ikatan itu semakin renggang dan adakalanya itu merapatkan hubungan antara kita. Kerna di sebaliknya kita belajar menerima dan memahami sahabat-sahabat kita. Kenapa saya katakan demikian? Kerana pada setiap diri sahabat saya,ada keunikan mereka tersendiri. Keunikan itu inshaAllah melengkapi diri kita sebagai temannya.

Menjadi sahabat yang rapat mengambil masa yang lama. Di situ kita akan belajar menyesuaikan diri antara satu sama lain. Bukan mudah kerana kita 2 insan yang berbeza.Uniknya dan indahnya persahabatan itu,perbezaan itu menyatukan dua jiwa sahabat. Namun, satu perkara yang saya sedar,meruntuhkan ikatan binaan persahabatan yang berusia 20 tahun, 10 tahun, 5 tahun begitu mudah sekali. Mungkin mengambil masa sesaat,sejam,mahupun sehari. Kata-kata mahupun perbuatan saya ataupun anda mungkin ada yang mengguris sahabat kita. Malangnya kita seringkali pandang enteng. Namun, pada diri kita juga, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan pada diri sahabat. Jika ada yang salah, tegurlah dia sebaiknya.^_^

Mungkin kita pernah terasa ditikam dari belakang oleh sahabat ? Pernah terasa dipermainkannya? Pernah terasa gurauannya melampaui batas? Lantaran membuat kita rasa mahu marah dan mengeluarkan kata-kata yang kurang "enak" didengar. Sehinggakan terasa benci mahu memandangnya. Benar bukanlah mudah untuk kembali seperti sediakala tetapi hulurkanlah kemaafan kepada sahabat kita. Saya sendiri pernah terasa marah pada seseorang kerana perbuatannya terhadap ibu saya. Tidak perlulah memikirkan kejahatannya,kenapa tidak kita ingat kebaikannya pada kita? Lupakan kebaikan kita kepadanya,ingatlah kebaikan dia kepada kita. Rasa sayang jangan ditukar kepada benci. Tundukkan ego yang ada pada kita kerana sedikitpun kita tidak rugi. Kerna di sebalik kemaafan yang diberikan,ada suatu kebahagiaan yang lagi indah,rasa ketenangan.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman: "Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An Nisaa' 4:1).

Siapalah kita untuk rasa benci memandangnya,kurniaan Allah pada kita. Kita sendiri belum tentu yang terbaik di mataNya.

Sahabat itu hadiah buat kita. Hadir dalam kisah hidup kita,mewarnai kanvas lukisan hidup bersama kita. Kerna sahabat itu pengaruh yang besar dalam setiap diri kita. Sayangilah mereka. Jika ada antara sahabat kita sudah berubah ke arah yang salah jangan tinggalkan dia kerana bencikannya,tetapi pimpinlah mereka ke arah yang baik. Kerna seorang sahabat akan sentiasa mengingatkan sahabatnya dan selalu mendoakan yang terbaik buat sahabatnya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani


Buat sahabat saya,
Yang mengenali saya.Terutama yang selalu bertemu saya. Khusus rakan-rakan sebilik,rakan-rakan sekuliah dan semua sahabat.
Saya Nor Halimah Ahmad Ramli memohon kemaafan dari kalian atas segala kata-kata ,perbuatan dan segalanya yang melukakan hati anda.
Walau apapun yang pernah berlaku antara kita semua, yakinlah persahabatan kita tidak akan pernah terputus kerana saya tetap sayangkan kalian. Setiap daripada kalian punyai jejak yang kekal bersemadi dalam hidup saya selagi mana Allah meminjamkan nikmat-nikmat-Nya kepada saya,inshaAllah.^^









antara insan yang bergelar sahabat^^

4 ulasan:

aryuyidIary berkata...

hee..sahabat smapai bile2 insyallah halimah. tapi rase ditikam memang sakit.

N.Fizah berkata...

saya sayang sahabat saya yang comel ni..^_^

berikan kemaafan itu cukup membahagiakan walaupun adakalanya sukar.inshaAllah sahabat selamanya^^ tq aryuyidlary

sayang awak juga fyza^^