By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

KENAPA AKU DIUJI? Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuj...

KENAPA AKU DIUJI?


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja)
mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ~
Surah Al-Ankabut
ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ~
Surah Al-Baqarah
ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya ~
Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya),
jika kamu orang-orang yang beriman ~
Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ~
Surah Al-Imran
ayat 200

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, ~
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan
harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~
Surah At-Taubah
ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya
aku bertawakal ~
Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~
Surah
Yusuf ayat 87

bismilahirrahmanirrahim alhamdullilah,saya masih diberi ruang dan kesempatan untuk terus melakarkan sebuah kisah saat ini. ketena...



bismilahirrahmanirrahim

alhamdullilah,saya masih diberi ruang dan kesempatan untuk terus melakarkan sebuah kisah saat ini.

ketenangan.

suatu yang dicari oleh setiap manusia.
saya juga sentiasa mahukannya dalam hidup ini.

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa

setiap saat ,setiap detik.
saya harapkan ketenangan sentiasa bersemadi dalam hati.
ketenangan itu ada bersamaNya.

Kesimpulannya,sama-sama kita dekatkan diri kita dari segenap dimensi kehidupan kepada Allah.
Tidak kira apapun situasi kita,sentiasa ingat Dia.
.InshaAllah ketenangan akan datang kepada kita.
Saya masih mengharapkan supaya diri ini sentiasa tenang di bawah jagaanNya.
Walaupun adakalanya diri ini diterpa dengan pelbagai bentuk ujian yang cuba menguji,membuatkan hati gundah-gulana.

Lumrah kan manusia diuji. Lebih senang jika kita tukarkan ujian itu kepada ibadah.
Insha Allah pada setiap ibadah kita kepadaNya pasti ada ketenangan hakiki.
^_^

Firman Allah s.w.t:

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Al-Ra’ad: 28)


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah Al-Anfaal: 2)




wassalam.


Bismillahirrahmanirrahim. Syukur? Lupakah kita untuk bersyukur? Adakah kerana kita leka dibuai nikmatNya? Sehingga terlupa ianya pember...


Bismillahirrahmanirrahim. Syukur? Lupakah kita untuk bersyukur? Adakah kerana kita leka dibuai nikmatNya? Sehingga terlupa ianya pemberian Yang Maha Esa. Atau terlalu sibuk menggemudi bahtera kehidupan dan hanya mengejar yang kita mahukan. Sehingga kita tidak sedar yang kita sedang menikmati pemberianNya. Jika dikira pemberianNya,nescaya kita tidak mampu menghitungNya kerana terlalu banyak. Jadilah seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan pemberianNya kerana pasti itu yang terbaik buat kita.^^
Jangan terlalu mahukan apa yang orang ada sedangkan pada kita Allah telah kurniakan yang terbaik sesuai untuk kita.


Firman Allah:
" Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu."(Luqman:14)
"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: 9) "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)

Akhir kata,bersama kita Lafazkan rasa syukur padaNya selalu.^^

Bismillahirrahmanirrahim. Petang yang cukup membuat kelopak mata terasa mahu jatuh ke bawah. Namun saya gagahkan juga diri ini untuk menu...

Bismillahirrahmanirrahim.

Petang yang cukup membuat kelopak mata terasa mahu jatuh ke bawah. Namun saya gagahkan juga diri ini untuk menulis sesuatu. Mungkin di sebalik contengan ini,saya sedang menzahirkan perasaan saya ketika ini. Kerna setiap malam titisan air mata pasti bercucuran bila mengenangkannya.

Membelek-belek "folder" gambar dalam telefon bimbit,membuatkan saya rindu dan sayang setiap saat bersama-sama mereka. Mereka itu sahabat-sahabat saya. Teringat kisah-kisah yang berlaku antara saya dan sahabat-sahabat saya. Semua mengajar saya supaya lebih matang dalam setiap tindakan dan kata-kata. Walaupun jauh di sudut hati,saya mengerti saya bukanlah sahabat yang baik,masih banyak yang perlu diperbaiki.

Dalam persahabatan,terkadang diuji membuatkan ikatan itu semakin renggang dan adakalanya itu merapatkan hubungan antara kita. Kerna di sebaliknya kita belajar menerima dan memahami sahabat-sahabat kita. Kenapa saya katakan demikian? Kerana pada setiap diri sahabat saya,ada keunikan mereka tersendiri. Keunikan itu inshaAllah melengkapi diri kita sebagai temannya.

Menjadi sahabat yang rapat mengambil masa yang lama. Di situ kita akan belajar menyesuaikan diri antara satu sama lain. Bukan mudah kerana kita 2 insan yang berbeza.Uniknya dan indahnya persahabatan itu,perbezaan itu menyatukan dua jiwa sahabat. Namun, satu perkara yang saya sedar,meruntuhkan ikatan binaan persahabatan yang berusia 20 tahun, 10 tahun, 5 tahun begitu mudah sekali. Mungkin mengambil masa sesaat,sejam,mahupun sehari. Kata-kata mahupun perbuatan saya ataupun anda mungkin ada yang mengguris sahabat kita. Malangnya kita seringkali pandang enteng. Namun, pada diri kita juga, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan pada diri sahabat. Jika ada yang salah, tegurlah dia sebaiknya.^_^

Mungkin kita pernah terasa ditikam dari belakang oleh sahabat ? Pernah terasa dipermainkannya? Pernah terasa gurauannya melampaui batas? Lantaran membuat kita rasa mahu marah dan mengeluarkan kata-kata yang kurang "enak" didengar. Sehinggakan terasa benci mahu memandangnya. Benar bukanlah mudah untuk kembali seperti sediakala tetapi hulurkanlah kemaafan kepada sahabat kita. Saya sendiri pernah terasa marah pada seseorang kerana perbuatannya terhadap ibu saya. Tidak perlulah memikirkan kejahatannya,kenapa tidak kita ingat kebaikannya pada kita? Lupakan kebaikan kita kepadanya,ingatlah kebaikan dia kepada kita. Rasa sayang jangan ditukar kepada benci. Tundukkan ego yang ada pada kita kerana sedikitpun kita tidak rugi. Kerna di sebalik kemaafan yang diberikan,ada suatu kebahagiaan yang lagi indah,rasa ketenangan.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman: "Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An Nisaa' 4:1).

Siapalah kita untuk rasa benci memandangnya,kurniaan Allah pada kita. Kita sendiri belum tentu yang terbaik di mataNya.

Sahabat itu hadiah buat kita. Hadir dalam kisah hidup kita,mewarnai kanvas lukisan hidup bersama kita. Kerna sahabat itu pengaruh yang besar dalam setiap diri kita. Sayangilah mereka. Jika ada antara sahabat kita sudah berubah ke arah yang salah jangan tinggalkan dia kerana bencikannya,tetapi pimpinlah mereka ke arah yang baik. Kerna seorang sahabat akan sentiasa mengingatkan sahabatnya dan selalu mendoakan yang terbaik buat sahabatnya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani


Buat sahabat saya,
Yang mengenali saya.Terutama yang selalu bertemu saya. Khusus rakan-rakan sebilik,rakan-rakan sekuliah dan semua sahabat.
Saya Nor Halimah Ahmad Ramli memohon kemaafan dari kalian atas segala kata-kata ,perbuatan dan segalanya yang melukakan hati anda.
Walau apapun yang pernah berlaku antara kita semua, yakinlah persahabatan kita tidak akan pernah terputus kerana saya tetap sayangkan kalian. Setiap daripada kalian punyai jejak yang kekal bersemadi dalam hidup saya selagi mana Allah meminjamkan nikmat-nikmat-Nya kepada saya,inshaAllah.^^









antara insan yang bergelar sahabat^^

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah tiba sudah saat yang dinantikan para jemaah haji. kemuncak ibadah haji,hari Arafah.Ibadah wuquf ...



Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah tiba sudah saat yang dinantikan para jemaah haji.
kemuncak ibadah haji,hari Arafah.Ibadah wuquf merupakan tiang asas kepada haji dan nadinya.
Para jemaah haji akan bertemu sesama mereka di Padang Arafah untuk menunaikan ketaatan kepada Allah. Pada masa yang sama, perhimpunan itu juga mengingatkan umat Islam bahawa mereka adalah umat yang satu.

Tiada apa yang membezakan kita di sana,semuanya sama.Saat wuquf itu suatu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Masih jelas di kotak fikiran saya saat itu.Betapa kerdilnya kita sebagai hamba-NYA yang seringkali melakukan dosa. Waktu arafah juga adalah waktu mustajab doa.

Mari kita singkap pengertian wuquf.

Apa itu wuquf?
Berada di bumi Arafah walau satu saat sekali pun dalam keadaan bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah

Waktu wuquf
Bermula dari gelincir matahari pada hari 9 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar hari 10 Zulhijjah.

Waktu Afdhal Wuquf :
Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.

Syarat-syarat sah Wuquf :
Telah berihram Haji
Ahli ibadat ( seorang yang tidak gila/ mabuk/ hilang akal/ murtad sepanjang masa wuquf )
Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf

Amalan-amalan sunat Wuquf :


Solat berjemaah
Bertalbiah
Berdoa, berselawat dan beristighfar
Berzikir
Membaca Al-Quran
Solat-solat sunat

selamat berwuquf.
semoga semua berjalan lancar.
haji mabrur

buat sahabat yang berada di tempat lain
salam aidil adha saya ucapkan
semoga membawa seribu erti dalam diri kita sebagai hamba-NYA

inshaAllah.
wassalam.


bismillahirrahmanirrahim kawan,sahabat,teman,itu kamu di sana. buat kamu,jangan terus bersedih dengan apa terjadi. yakinlah itu yan...



bismillahirrahmanirrahim
kawan,sahabat,teman,itu kamu di sana.
buat kamu,jangan terus bersedih dengan apa terjadi.
yakinlah itu yang terbaik walaupun bukan mudah untuk menerimanya pada saat awal.
tapi saya tahu jauh di sudut hati kamu
ada kekuatan untuk terus mencari erti cinta sebenar
cinta itu indah,carilah keindahan yang sebenar dan hakiki.
yang membawa kita ke syurga kekal abadi.
itulah erti cinta yang suci.
Cinta kepadaNya yang utama.

tak semesti apa yang kita suka adalah terbaik untuk kita.
boleh jadi apa yang kita benci itulah yang sebenarnya terbaik buat kita.
kerna yang terbaik itu hanya Dia yang tahu.
semoga dipertemukan dengan yang lebih baik dari sebelumnya.
terus bersemangat dan jalani kisah hidupmu yang penuh warna warni.
semoga lukisan hidup yang terlakar di kanvas berpaksikan landskap ciptaanNya^_^

wslm

bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah,syukur ke hadrat Illahi sama-sama kita panjatkan. Salawat dan salam buat junjungan besar Rasul...


bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah,syukur ke hadrat Illahi sama-sama kita panjatkan. Salawat dan salam buat junjungan besar Rasullulah s.aw,keluarga baginda serta para sahabatn r.a.


3Ramadhan.
Awal Ramadhan kali ini padaku cukup berbeza. Ada hadiah di sebaliknya,alhamdullilah salah seorang sahabatku telah memeluk islam. Menitis air mataku sewaktu mendengar perkhabaran ini,ditambah lagi dengan dokumen yang dilampirkan bersama kepada kami. Berita ini cukup mengembirakannya dan juga kami sekeluarga. Ahlan wasahlan,saudara baruku.


Mengimbas kembali kenangan sewaktu zaman kanak-kanaknya, memang sudah nampak minatnya pada Islam. Seringkali dia mengintai sewaktu ibuku mengajar Al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahku. Pernah juga dia menyatakan hasrat untuk memeluk islam sewaktu itu. Dari situ, aku dan ibu sentiasa menyatakan inshaAllah suatu hari nanti hidayah akan datang buatnya. Syukur kepada-Mu di atas hidayahMu kepadanya.


Dia baru sahaja tamat latihan PLKN. Balik dengan sinar hidayah-Mu. Di sana dia mula lebih dekat dengan Islam. Belajar tentang islam bersama seorang ustaz, disamping turut mendirikan solat bersama pelajar muslim yang lain. 3bulan dia menghilangkan diri,kami sangka dia sudah bekerja di kawasan lain.
Rupany dia berada di platform yang Allah tetapkan terbaik untuknya ke arah sinar hidayah-Nya.

Balik dari terawih pertama kami,dia terus menuju ke arah ibuku. Menyatakan bahawa dia sudahpun bergelar muslim,alhamdullilah. Ibuku sendiri turut menitiskan air mata mendengarnya. Sapanya juga sudah bertukar dari Mak cik kepada Assalamualaikum,ustazah. Padaku malam itu sungguh bererti. Tuhan memilih dia ke arah jalan yang benar.


Esoknya,dia menguruskan urusan tentang itu. Baliknya,terus dia ke rumah kami. Meminta kami menyimpan dokumen tentang itu,kerana buat waktu ini dia perlu merahsiakannya dari pengetahuan keluarga. Segala dokumen kami simpankan.
Jangan risau tentang keluargamu,sahabatku. Islam tidak memutuskan hubungan antara keluarga walaupun berlainan agama.

Dari Asma' binti Abu Bakar r.a katanya:Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?Jawab Rasulullah SAW,Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu

InshaAllah,kami doakan dia tetap sabar dan kuat dengan ujian-ujian yang bakal melanda. Islam itu indah dan tidak akan pernah menguji tanpa sebab.Bertambah gembira bila mendengar yang dia sudah mula berpuasa pada hari pertama Ramadhan.
Difikirkan semula,diri ini berasa malu. Kita yang dilahirkan sebagai muslim pada asalnya jarang sekali mengambil masa bersyukur dengan setiap pemberianNya. UjianNya seringkali kita keluhkan. Ilmu-Nya seringkali hanya dipelajari bukan diamalkan. Sedangkan mereka yang bergelar saudara baru berusaha untuk mendalami Islam. Sama-sama kita renungkan bersama,wahai sahabatku.

Hasratku untuk membantu dia,mungkin agak terbatas kerana perbezaan jantina. Namun,kami akan cuba membantunya selagi mampu dengan cara yang sesuai , itu satu tanggungjawab . Kuatkan dirinya yang Tiada Tuhan melainkan Allah,Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah. Mencari kelas untuknya dan menghantarnya ke sana,inshaAllah. Aku ingin sekali menghadiahkannya sebuah buku dan MP3 lengkap dengan surah-surah lazim,salawat,azan dan lain-lain. Bukan sahaja dari segi materialnya tapi dari segi spiritualnya juga perlu kuat.Insha Allah akan kami usahakan.

Kepada sahabat di luar sana,doakan saudara baru kita ini sentiasa dalam jagaan-Nya dan bersabar dalam lebih mengenali Islam secara menyeluruh,inshaAllah.
“Barangsiapa memeluk agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) darinya, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. 3:85)

Sebarang pandangan dan cadangan,mohon kongsi di entri ini.
Selamat berpuasa dan meningkatkan amalan kita,semoga kita semua istiqamah pada jalan-Nya.


Wassalam.

bismillahirrahmanirrahim. Benar kan? Kita seringkali melihat bunga yang cantik tetapi apabila kita cuba mendekatinya jarang sekali bung...



bismillahirrahmanirrahim.

Benar kan? Kita seringkali melihat bunga yang cantik tetapi apabila kita cuba mendekatinya jarang sekali bunga yang cantik itu berbau harum mewangi.
Sebaliknya cuba kita perhatikan ada sesetengah bunga itu nampak cantik tetapi apabila kita mendekatinya,rupanya tajam berduri.
Bunga dan wanita,dua perkara yang barangkali punya banyak persamaan.
Begitu juga,apabila kita membicarakan tentang kecantikan,perkataan cantik itu cukup sinonim dengan diri setiap wanita. Cantik itu subjektif,berbeza dari
perspektif setiap wanita. Yang pasti,jika ditanya semua wanita,pasti mereka suka cantik.
Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh seorang perempuan jika mahu memastikan dirinya kelihatan cantik zahir,sudah pasti cermin menjadi pilihannya. Perkataan mar'ah dan mir'ah sangat dekat. Begitulah hampirnya diri seorang wanita dengan kecantikan.
Ada yang merasa kurang yakin kerana tidak ca
ntik? Anda rasa anda hodoh? Ternyata anda salah sama sekali. Allah itu suka akan keindahan,jadi sudah pasti setiap manusia itu cantik kejadiannya. Cuma kecantikan itu berbeza antara satu sama lain. Setiap wanita berhak untuk cantik.
Apakah definisi cantik itu? Jika kita lontarkan persoalan ini kepada kaum lelaki,sudah pasti takrifan mereka berbeza. Ada yang mengatakan cantik wanita itu pada wajahnya,tubuhnya dan tak kurang juga ada yang mengatakan cantik akhlaknya.
Namun dalam Islam,definisi kecantikan itu perlu berpandukan pada kayu ukur dalam islam itu sendiri. Itulah kecantikan yang sebenarnya.
Cantik pada zahir itu pasti akan lenyap jua akhirnya. Sebagai contoh,cantik wajah pasti akan hilang ditelan usia yang meningkat,wajah akan berkedut. Memang terdapat banyak cara untuk menahan semua itu tetapi itu semua bukanlah kecantikan yang sebenar. Bukan cantik yang abadi.
Malangya definisi cantik seringkali terarah kepada si bertubuh langsing,berwajah cerah.Di situlah lahirnya pandangan yang keliru tentang makna cantik.

Cantik yang dimaksudkan ialah cantik budi dan akhlaknya. Itulah juga misi junjungan besar Nabi s.a.w-untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Dalam Islam, pengertian cantik adalah kecantikan hakiki dan ideal adalah kecantikan yang bersumber pada dimensi ilahiah (hati) .Bagi muslimah dan mukminah sejati keinginan untuk menjadi cantik bak bidadari syurga merupakan dambaan dan keinginan yang terperi.
Rasulullah Shalallahu alaihi Wa Salam bersabda: “Ketahuilah, di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Bila ia baik maka baik pulalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rusak maka rusak pulalah seluruh tubuh. Ketahuilah itu adalah hati. (HR Bukhari dan Muslim)

Kecantikan itu bermula dari hati.Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi.Misalnya,seorang utu mungkin sangat cantik luarannya tetapi sayangnya hatinya jauh sekali dari definisi cantik itu. Sebaliknya seorang wanita mungkin pada pandangan mata manusia tidak secantik bidadari,namun akhlaknya yang indah mampu lebih menarik orang untuk bersamanya. Jagalah hati,dari hati lahirlah kecantikan abadi.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain.Jika seorang sahabat itu solehah dan cantik budi pekertinya,pasti kecantikan itu disenangi ramai dan kecantikan itu dapat ditebarkan ke arah sahabat-sahabat yang lain.
Secantik mana pun wanita itu,imanlah yang paling utama. Sebagai perisai supaya si wanita tidak terjerumus ke arah yang salah.Jangan sesekali menggunakan kecantikan yang ada pada diri kita ke arah kemaksiatan dan kejahatan.
Berkata mungkin senang tetapi sama-samalah kita renungkan dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Firman Allah SWT : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ( surah al-Tin )

wallahu'alam
by n.h.a.r

bismillahirrahmanirrahim sukar nak digambarkan dengan kata-kata. mungkin yang empunya diri saja faham. masih mempertimbangkan tentang ha...

bismillahirrahmanirrahim

sukar nak digambarkan dengan kata-kata.
mungkin yang empunya diri saja faham.
masih mempertimbangkan tentang hal itu.
pesanan dan ingatan buat diri ini dan semua.
Apa-apa pun masalah,pasti ada kaitan dengan hubungan.
Dengan Allah,manusia dan alam ini.
InshaAllah pasti ada penyelesaian.
Tadi saya tonton halaqah,tentang keajaiban azan.
Kesimpulannya,cuba kita sama-sama hayati seruan azan.
InshaAllah ada rahsia yang dapat dirasai di sebaliknya.
11Febuari ni ulangtahun kelahiran insan yang paling bermakna buat saya.
Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Buat Aisyah,apa yang terjadi,pasti ada hikmahnya.
Saya sayang kamu.Saya harap dapat jumpa kamu cuti ini.
Saya terlalu rindukan Aisyah.
Kepada sesiapa saja yang pernah dilukai hatinya oleh saya.
Maafkan saya.
Saya tidak lepas dari melakukan kesalahan.
Saya cuma insan biasa. Masih belajar erti sebenar pentas kehidupan ini.
Hari berlalu dengan pantas sekali.
Semoga hari-hari akan datang lebih baik dari sebelumnya.
Selamat menjawab peperiksaan MLS,TIIL dan QAHUL.

Salam.
p/s:kpd sesiapa yang terasa kehadiran saya selalu menggangu,maaf