By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah,syukur ke hadrat Illahi sama-sama kita panjatkan. Salawat dan salam buat junjungan besar Rasul...

Jendela hatimu bersama hidayah Illahi.


bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah,syukur ke hadrat Illahi sama-sama kita panjatkan. Salawat dan salam buat junjungan besar Rasullulah s.aw,keluarga baginda serta para sahabatn r.a.


3Ramadhan.
Awal Ramadhan kali ini padaku cukup berbeza. Ada hadiah di sebaliknya,alhamdullilah salah seorang sahabatku telah memeluk islam. Menitis air mataku sewaktu mendengar perkhabaran ini,ditambah lagi dengan dokumen yang dilampirkan bersama kepada kami. Berita ini cukup mengembirakannya dan juga kami sekeluarga. Ahlan wasahlan,saudara baruku.


Mengimbas kembali kenangan sewaktu zaman kanak-kanaknya, memang sudah nampak minatnya pada Islam. Seringkali dia mengintai sewaktu ibuku mengajar Al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahku. Pernah juga dia menyatakan hasrat untuk memeluk islam sewaktu itu. Dari situ, aku dan ibu sentiasa menyatakan inshaAllah suatu hari nanti hidayah akan datang buatnya. Syukur kepada-Mu di atas hidayahMu kepadanya.


Dia baru sahaja tamat latihan PLKN. Balik dengan sinar hidayah-Mu. Di sana dia mula lebih dekat dengan Islam. Belajar tentang islam bersama seorang ustaz, disamping turut mendirikan solat bersama pelajar muslim yang lain. 3bulan dia menghilangkan diri,kami sangka dia sudah bekerja di kawasan lain.
Rupany dia berada di platform yang Allah tetapkan terbaik untuknya ke arah sinar hidayah-Nya.

Balik dari terawih pertama kami,dia terus menuju ke arah ibuku. Menyatakan bahawa dia sudahpun bergelar muslim,alhamdullilah. Ibuku sendiri turut menitiskan air mata mendengarnya. Sapanya juga sudah bertukar dari Mak cik kepada Assalamualaikum,ustazah. Padaku malam itu sungguh bererti. Tuhan memilih dia ke arah jalan yang benar.


Esoknya,dia menguruskan urusan tentang itu. Baliknya,terus dia ke rumah kami. Meminta kami menyimpan dokumen tentang itu,kerana buat waktu ini dia perlu merahsiakannya dari pengetahuan keluarga. Segala dokumen kami simpankan.
Jangan risau tentang keluargamu,sahabatku. Islam tidak memutuskan hubungan antara keluarga walaupun berlainan agama.

Dari Asma' binti Abu Bakar r.a katanya:Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?Jawab Rasulullah SAW,Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu

InshaAllah,kami doakan dia tetap sabar dan kuat dengan ujian-ujian yang bakal melanda. Islam itu indah dan tidak akan pernah menguji tanpa sebab.Bertambah gembira bila mendengar yang dia sudah mula berpuasa pada hari pertama Ramadhan.
Difikirkan semula,diri ini berasa malu. Kita yang dilahirkan sebagai muslim pada asalnya jarang sekali mengambil masa bersyukur dengan setiap pemberianNya. UjianNya seringkali kita keluhkan. Ilmu-Nya seringkali hanya dipelajari bukan diamalkan. Sedangkan mereka yang bergelar saudara baru berusaha untuk mendalami Islam. Sama-sama kita renungkan bersama,wahai sahabatku.

Hasratku untuk membantu dia,mungkin agak terbatas kerana perbezaan jantina. Namun,kami akan cuba membantunya selagi mampu dengan cara yang sesuai , itu satu tanggungjawab . Kuatkan dirinya yang Tiada Tuhan melainkan Allah,Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah. Mencari kelas untuknya dan menghantarnya ke sana,inshaAllah. Aku ingin sekali menghadiahkannya sebuah buku dan MP3 lengkap dengan surah-surah lazim,salawat,azan dan lain-lain. Bukan sahaja dari segi materialnya tapi dari segi spiritualnya juga perlu kuat.Insha Allah akan kami usahakan.

Kepada sahabat di luar sana,doakan saudara baru kita ini sentiasa dalam jagaan-Nya dan bersabar dalam lebih mengenali Islam secara menyeluruh,inshaAllah.
“Barangsiapa memeluk agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) darinya, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. 3:85)

Sebarang pandangan dan cadangan,mohon kongsi di entri ini.
Selamat berpuasa dan meningkatkan amalan kita,semoga kita semua istiqamah pada jalan-Nya.


Wassalam.

0 ulasan: