By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Kebaikan Bawang Putih untuk Bayi Haa kali ni Kak Limah nak kongsi tentang kebaikan bawang putih untuk bayi kita. Bawang putih me...

Kebaikan Bawang Putih untuk Bayi

Kebaikan Bawang Putih untuk Bayi



Haa kali ni Kak Limah nak kongsi tentang kebaikan bawang putih untuk bayi kita. Bawang putih memang agak berbau kuat tetapi khasiatnya tak boleh dipertikaikan! Hehe. Persoalan yang selalu bermain di minda ibu-ibu muda, ok ke bawang putih ni untuk bayi-bayi mereka?Hmmm...

Bayi mula suka bawang putih sejak awal lagi ,sebelum mereka boleh makan solid food atau makanan pepejal......

Image result for garlic and babies

Kajian pada tahun 1991 membuktikan bahawa bayi menyusu dengan seleranya bila si ibu makan bawang putih. 

Dalam satu eksperimen, semua ibu yang menyusu diberi pil bawang putih dan kemudian menyusukan anak-anak mereka.Apabila bau bawang putih mula meresap dalam susu ibu, Julie Mennella dan Gary Beauchamp dari Monell Chemical Senses Center di Philadelphia mendapati kesemua bayi melekap dengan ibu lebih lama sewaktu menyusu.

Bila boleh bagi bayi makan bawang putih??

Image result for garlic and babies

Kak Limah tahu ada sesetengah masyarakat sangat skeptikal nak bagi bayi makan bawang putih once mereka dah boleh makan solid food. But still ada masyarakat yang mengganggap bawang putih patut diberi seawal mereka start makan makanan. 

Bagi Kak Limah pulak,Kak Limah start bagi sebelum Ilyas usia setahun,dalam 8bulan lebih cam tu. Bukan bagi direct tapi bagi melalui campuran makanan. Sebagai contoh Kak Limah buat nasi goreng Ilyas,sup dan garlic bread. Semuanya versi bayi okay.

Umumnya boleh mula bagi antara umur 6-8 bulan. Ada sesetengah bayi mungkin susah nak proses atau alergik. 

Boleh tengok anak kita punya reaksi makan bawang putih. Berbaloi nak cuba! 

Nak tahu apa kebaikan bawang putih untuk anak-anak??


1. Bawang putih membantu untuk melindungi dari sebarang jangkitan.

Bawang putih ada antimikrobial. Antimikrobial boleh kawal jangkitan yang disebabkan oleh bakterial. Phytochemicals dalam bawang putih sangat berkesan nak bunuh bakteria. Antimikrobial ni sangat membantu nak sembuhkan luka. Masukkan dalam pemakanan bayi yang sudah makan.
2. Kak Limah baca ia mampu mengelakkan kesejukkan. 

Macam kita tahu bayi mudah terdedah pada demam,kesejukan,selsema,pneumonia dan masalah pernafasan. Bawang putih mampu melawan semua masalah ni. Sup bawang putih antara yang berkesan untuk kurangkan demam dan keluarkan semua toksin dalam sistem pernafasan. Minyak volatile kat bawang putih mampu melegakan bayi kita.

3 .Bawang putih juga kan boleh melawan sel-sel kanser.

Allicin dalam bawang putih adalah antioksidan yang sangat bagus untuk melawan penyakit. Bawang putih kaya dengan kompoun sulfur yang mampu melawan dan melindungi daripada pelbagai jenis kanser seperti kanser ovari,renal dan larynx. 
Melindungi kesihatan jantung bayi.

Bawang putih boleh menurunkan kadar kolestrol pada kadar seimbang dan kurangkan risiko darah tinggi,strok dan penyakit jantung pada bayi untuk masa akan datang. 

4. Membantu meningkatkan sistem imunisasi anak

Bawang putih menggalakkan sel-sel yang membentuk sistem imunisasi kuat untuk anak-anak kita. Bab bagi bawang putih ni janganla korang bagi sedebuk,bagi amaun yang sesuai ya.

5. Bawang putih mengandungi banyak nutrien termasuk vitamin C, B6 dan B1,potassium,iron,manganese dan selenium.

Ni antara kebaikan bawang putih. Kalau anak tak de alergik, boleh la tambah kuantiti bawang putih sikit-sikit dalam diet si manja anda.

Selain daripada tu, bawang putih sangat berguna untuk sapu bila bayi selsema,batuk tau! Kak  Limah dulu first Ilyas demam selsema, bawang putih antara petua tradisional yang Kak Limah pilih dan buat.Bakar bawang putih lepas tu campur dengan minyak bayi dan sapu kat dada,tapak kaki dan atas hidung. Meleleh hingus...

Image result for bakar bawang putih

Lama-lama benda tu tak praktikal bila tinggal berdua ngan anak. Anak nak bersama kita,tambah lak tak tahan lama, makanya Kak Limah jumpa solusi baru GARLIC BALM. Nanti Kak Limah cerita ye pasal ni tapi kan kalau korang nak usha dulu boleh la ke IG myohsembaby.


Banyak kan manfaat bawang putih??
Selamat mencuba!

Kak Limah


0 ulasan: