By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Hai semua mak bapak! Ada ke yang membaca entri blog Kak Limah ni? Yes Kak Limah sejak jadi ibu ni memang suka share pasal anak-anak. Ada r...

16 JENIS PERMAINAN UNTUK ANAK-ANAK.

Hai semua mak bapak!

Ada ke yang membaca entri blog Kak Limah ni? Yes Kak Limah sejak jadi ibu ni memang suka share pasal anak-anak.Ada rezeki lebih rasa nak sambung master in early childhood education jer. Ya Allah permudahkanlah impian Kak Limah ni.

Haaa kali ni Kak Limah nak share pasal anak lagi tau hehe Setelah bacaan dibuat,jemput baca walaupun AGAK PANJANG TAPI BERBALOI.

Dah la tu google cara bermain DOTA, cara bermain game apa-apala.  Ni baca cara bermain ngan anak-anak pulak,lagi best!



RASA TAK TAHU NAK MAIN APA LAGI DENGAN ANAK?

Asyik main benda sama,aucak anak pun bosan
Hari-hari ajak anak main lego je.
Anak suka bola,hari-hari bagi anak bola.

Mesti kita nak quality play dengan anak-anak kan?Sebenarnya kita tahu tak ada 16 jenis permainan yang kita boleh kembangkan dan main dengan anak macam-macam aktiviti??

Ok meh Kak Limah share untuk elakkan kita ibubapa ni tak de idea nak main apa dengan anak sampai anak terbiar banyak masa dengan gajet je. Rugi sangat tuh!

List ni agak panjang jadi Kak Limah harap mak bapak sabar fahamkan semua ni hehe JANGAN MALAS BACA HIHI RUGI


1. SYMBOLIC PLAY


Symbolic play ni paling simple dan natural. Tak payah beria ajar kadang tu anak kita dah buat. Hehe

Contoh kan anak kita gulung kertas A4 dan jadikannya sebagai teleskop,gunakan pisang sebagai telefon. Mesti ada kan?

Kreatif kan apa anak-anak kita buat?Ini mendedahkan anak kita pada dunia sebenar secara perlahan-lahan dan tak bahaya.



2. ROUGH & TUMBLE PLAY


Yang ni banyak libatkan fizikal. Anak lelaki mostly paling laju bab ni.

Contohnya main lawan-lawan,geletek-geletek anak,golek-golek dan macam-macam lagi.

Macam Ilyas dan ayahnya selalu je bersilat haha



3. SOCIO-DRAMATIC PLAY


Socio-dramatic play ni libatkan persekitaran nyata dan sebenar biasanya.

Contoh kita bawa anak pergi kedai beli barang. Haha ni memang aktiviti wajib ibu ngan ilyas 😂😂😋
Haa jangan ingat aktiviti tu tak berguna,tu pun jenis bermain tau.

Selain tu, kita bawa anak pergi restauran,memancing. Anak akan explore the real world!




4. SOCIAL PLAY


Yang ni pula banyak libatkan interaksi dan perhubungan. 

Kat sini anak akan belajar bersosial,bergaul,jaga emosi dan tolak ansur.

Apa-apa je aktiviti yang anak main bersama-sama termasuk dalam ni. Ilyas baru slowly adapt dan dah start pandai main dgn kawan2.hehe




5. CREATIVE PLAY


Yang ni menarik,dapat menajamkan fikiran dan melibatkan kreativiti anak-anak. Dan banyak guna daya imaginasi tinggi

Contoh,anak gunting-gunting kertas dan tampal ikut kreativiti, anak main playdoh buat macam-macam.

Ilyas hari tu dia ambil tupperware kak limah buat menara kat dapur 😋😋







6. COMMUNICATION PLAY


Yang ni melibatkan komunikasi ,ekspresi wajah dan pergerakan. 

Contoh main berlakon,menari ikut rentak lagu

Lagu baby shark la paling budak2 suka dance kan zaman ni




7. DRAMATIC PLAY


Dramatic play ni biasa anak perempuan No 1 haha. Nak jadi princess la,nak jadi Elsa la. Layankan je

Anak lelaki pulak nak jadi ultraman,superman hehe



8. LOCOMOTOR PLAY


Apa je yang melibatkan aktiviti pergerakan badan masuk dalam kategori ni

Contohnya main menyorok-nyorok,main kejar-kejar, main panjat pokok



9. DEEP PLAY


Melibatkan sedikit risiko bahaya,bagi anak pengalaman baru supaya jadi lebih berani. Automatik kita mak bapak bantu anak jadi lebih confident.

Contohnya first time anak naik basikal, first time pakai kasut roda dan macam-macam.

Impian kak Limah nak kasi ilyas naik kuda. Huhu harap ayahnya baca ni haha





10. EXPLORATORY PLAY


Gunakan deria bau,sentuhan dan rasa untuk explore tekstur dan fungsi sekeliling.

Kat sini bila kita dedahkan anak dengan sesuatu kita akan dapat tengok reaksi anak.

Contoh,bawa anak tengok arnab. Kita akan dapat lihat reaksi anak sama ada geli atau memegang atau menangkap dan mengejar.



11. IMAGINATIVE PLAY


Kat sini tak de batasan untuk anak berimaginasi.
Aktiviti ni mempunyai skop luas.
Boleh jadi dalam lukisan atau lakonan atau macam-macam.

Contohnya anak bermiaginasi ada kat atas bukit,imaginasi dalam kapal angkasa.




12. MASTERY PLAY



Mastery play ni kita boleh uji keupayaan anak nak menyelesaikan sesuatu sampai habis.

Biasanya ada matlamat dan sasaran dalam mastery play

Contoh, gali lubang, bina istana pasir,susun kotak jadi rumah dan sebagainya
Ala macam kecik2 dulu kita susun kusyen atok nenek buat pondok haha



13. OBJECT PLAY


Yang ni libatkan objek yang merangsang kordinasi mata dan tangan.
Macam free drawing,susun lego. 




14. ROLE PLAY



Rasanya yang ni ramai mak bapak buat. Belikan anak dapur untuk mereka rasa sendiri jadi tukang masak.

Contohnya berlakon jadi mak-mak,berlakon jadi jurujual




15. RECAPITULATIVE PLAY


Yang ni membuatkan anak lebih faham kejadian manusia,alam dan benda hidup.

Apa sahaja melibatkan sejarah,budaya,suasana. pekerjaan,perubahan cuaca dan sebagainya.

Contoh,membela haiwan,bagi kucing makan,tengok gambar lama,bermain bayang-bayang, sepak bola dalam hujan.





16. FANTASY PLAY



Last but not least, benarkan anak berfantasi dalam dunia mereka.

Contohnya jadi angkasawan,jdi pilot dan sebagainya.




Haaa tulah antara jenis bermain. Dari situ kita boleh kembangkan cara bermain dengan anak.Tak delah tepu otak sebab tak de idea. Hihi

Anak pun of course lebih kreatif


Kak Limah
myohsembaby





0 ulasan: