By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

(Review) Diapers / Lampin Pakai Buang Bosomi       Hai semua apa khabar? Moga ok semuanya,musim panas ni jangan lupa jaga kesihatan dan p...

(Review) Diapers / Lampin Pakai Buang Bosomi

(Review) Diapers / Lampin Pakai Buang Bosomi

diapers bosomi      Hai semua apa khabar? Moga ok semuanya,musim panas ni jangan lupa jaga kesihatan dan pemakanan. Minum air secukupnya.

         Haa kali ni Kak Limah nak share review pasal diapers,selalu orang kita panggil pampers padahal perasan tak Pampers tu jenama salah satu diapers? Hehe. Power betul branding produk ni sampai semua orang panggil diapers tu pampers.


bosomi
Ni lah jenama Pampers
       Haaa berbalik pada diapers atau lampin pakai buang ni, memang satu isu besar bagi ibubapa. Nak nak lagi zaman sekarang ni. Kita nak produk bagus dan dalam masa sama murah sesuai dengan kemampuan kita,betul tak? Nak bagi anak yang terbaik at the same time tengok bajet kita. Bukan senang.

       Selalu kan bila kawan-kawan tanya Kak Limah apa diapers paling best? Jawapan Kak Limah ikut bajet ada lah beberapa brand yang bagus. Mungkin kita mampu pakaikan jenama X untuk anak kita tapi kawan kita kurang berkemampuan nak pakai,boleh suggest dia brand Y jauh lebih murah tapi still berkualiti. Bagi 2-3 pilihan ikut kategori bajet gituh,baru boleh membantu ^_^

        Kak Limah sebenarnya banyak je minta free sample kat online,dah cuba macam-macam. Contoh Drypers, Huggies, Mamypoko, Giant, Tescolove, Petpet , Genki, Banyak kan? Haha haruslah cuba

Image result for diapers
Pelbagai jenis lampin pakai buang di pasaran

         First masa bersalin Ilyas pakai Mamypoko,memang terbaik,cuma Mamypoko ni agak pricey bagi Kak Limah. Maklumlah breadwinner husband je,kena berjimat. Selagi ada yang murah dan bagus,why not try dulu kan,pakai yang tu kan? Lepas tu kitaorang try Petpet pun okay. Akhirnya try Tescolove. Terus berkotak-kotak dah kitaorang borong kat Lazada. Sampai sekarang masih Tescolove.

          Di sebalik tu adalah try beberapa jenama lain,cuma 3 ni yang utama. Paling banyak kitaorang guna. Lepas tu scroll instagram terjumpa IG instafamous rekemen Bosomi. Eh macam menarik je,terus follow IG Bosomi hehe

bosomi
BOSOMI,Jenama no 1 di Korea
          Maka sejak dari tu usha Bosomi sokmo,tengok ramai kata setanding dengan Mamypoko. Oh ye Bosomi ni dari Korea tau. Eh betul ke bagus sangat Bosomi ni? Nak beli tak beli pun sebab takut tak sesuai pulak.Nanti rugi pulak kan? Haha Of course la nak cuba dulu.

         Baru-baru ni Bosomi IG buat giveaways, Kak Limah pun semangat cuba,yelah sebab dah lama Bosomi menjadi sasaran. Inilah masa nak dapatkan sample dulu,untuk test pada Ilyas. Alhamdullilah yeay rezeki Ilyas dapatlah giveaway tu,dapat Bosomi Pants. Terima kasih Bosomi! ^_^ Macam tau tau kita memang nak cuba dulu hihi

Bosomi pants yang Kak Limah dapat. Garisan tu indikator
         Semangat nak cuba,bila pegang Bosomi Pants tu, OMG lembutnya tekstur macam seluar je. Natural Cotton 100%,memang betul!  So malam semalam try pakaikan kat Ilyas around pukul 10 malam.

        Rutin biasa sebelum tidur, mestilah tukar diapers dia. Untuk keselesaan baby tidur dengan nyenyak. Makanya Kak Limah dan husband pakaikan dia Bosomi Pants yang dapat daripada giveaway. Kak Limah sibuk duk repeat tekstur dia best,,tengok esok macam mana. Tambah pula musim panas,kena cari yang best tekstur sebab Ilyas jenis rimas dan suka garu-garu.

Tekstur memang terbaik. Natural Cotton.
          Corak pun comel kan? Kak Limah dapat yang Pants tulis premium girl haha Tak tau la memang ada beza ke diapers boy dan girl Bosomi. Kak Limah pakaikan je kat Ilyas walaupun dia boboy. Hehe

        Bosomi Pants ni istimewanya jugak ada indikasi menunjukkan penuh ataupun belum lagi. Bila kosong warna kuning macam gambar atas. Garisan tu warna kuning. Apabila dah penuh akan bertukar ke biru. Jadi memudahkan kan untuk ibubapa tahu penuh dah ke belum diapers anak kita pakai.


Pinggang lembut. Ilyas pun selesa

       Ilyas pakai sampai pagi,tak bocor dan tak rasa basah or penuh,just smooth je. Ini memang surprise bagi Kak Limah,much more better dari Mamypoko bila dah penuh. Tak melendut dan nampak okay je. Pagi tu nak mandi barulah tukar diapers. So,memang tahan lama dan Ilyas tak bergaru walaupun cuaca agak panas sekarang ni. Serap peluh jugak bagi Kak Limah bila tengok Ilyas selesa. Bonus sebab ada organik yang boleh elakkan rashes atau ruam-ruam merah. Eh eh menarik pulak Bosomi ni.

diapers bosomi
Diapers Bosomi dah bertukar indikator ke warna biru. Tanda dah penuh

Ada sticker nak lekatkan lepas dah pakai

           Ada ke kat sini yang memang pakai Bosomi? Bosomi ni bagi Kak Limah memang setanding jenama Mamypoko tapi lebih murah. Well,memang tekstur,Bosomi menang! Kebanyakannya ada tekstur plastik juga,tapi Bosomi lain. ^_^ Agak-agak patut ke tukar ke Bosomi ek?

       Jom fikir sama-sama. Pada yang tertanya-tanya mana nak cari Bosomi,bolehlah tengok IG Bosomi dan rasanya ada agen-agen terdekat boleh dihubungi. Selamat mencuba! Terima kasih Bosomi bagi giveaway,merasa gak try Bosomi!

Kak Limah
Top Reseller Garlic Balm.

1 ulasan:

MissVee88 berkata...

Terima kasih atas makluman ini.

Cuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya!