By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog
Memaparkan catatan dengan label Kecantikan. Papar semua catatan

  Oh Most Wanted inspirasi Nora Danish Nora Danish telah melancarkan jenama Oh Most Wanted, produk miliknya baru-baru ni. Siapa tak...


 Oh Most Wanted inspirasi Nora Danish




Nora Danish telah melancarkan jenama Oh Most Wanted, produk miliknya baru-baru ni. Siapa tak kenal Nora Danish kan? Si comel yang tetap jelita walaupun sudah menjejaki usia 30-an, kekal muda remaja.


nora danish oh most wanted
   Credit to: IG Nora Danish 


Oh Most Wanted Setanding Jenama Antarabangsa

Sekali tengok, mesti ramai ingat packaging Oh Most Wanted ni international product. Tiada siapa sangka ini produk tempatan dari segi packaging dan kualitinya. 


produk ohmostwanted
Antara produk OH MOST WANTED


Oh Most Wanted Masuk Tahun Ke 3


Nora Danish ketika ditemui di majlis pelancaran berkata:" Sebenarnya produk Oh Most Wanted dah berada di pasaran selama 2 tahun tetapi tiada siapa tahu Nora salah seorang di sebalik lahirnya jenama ni"

"Tahun ketiga ni (2018) Oh Most Wanted nak fokus pada komersialkan produk mereka selepas 2 tahun fokus pada R&D dan market validation. Selama ni team Oh Most Wanted fokus pada kajian dan marketing untuk bawa produk ni lebih hadapan dan bertahan dalam industri kosmetik. Nora juga sebelum ni berkerja belakang tabir sebab masih terikat dengan beberapa kontrak"

   pelancaran ohmostwanted

Produk Oh Most Wanted diinpirasikan daripada minat Nora yang mendalam dalam bidang kecantikan dan penjagaan wajah sejak dari kecil lagi. Oh Most Wanted juga  hasil daripada pengalaman Nora melancong ke luar negara dan aspirasi Nora terhadap perkara-perkara yang cantik, youthful, cute dan sangat feminis.


Pasaran Antarabangsa sudah mula ditembusi


Oh Most Wanted ni sebenarnya dah pun masuk pasaran antarabangsa, kelas kan? Dah ada kat Singapura, Brunei dan Jepun dan beberapa negara Eropah seperti Rusia, Perancis dan UK dalam kuantiti kecil. Power kan team belakang tabir produk ni. Bukan calang-calang orang.


Nora bersama antara orang kuat Oh Most Wanted, Nana dan Dr.Aina
 Nora bersama antara orang kuat Oh Most Wanted, Nana dan Dr.Aina

Oh Most Wanted hasil gabungan kosmetik dan farmasi


Apa istimewanya produk OH MOST WANTED ni ialah ia bukan produk kosmetik semata-mata macam jenama yang ada kat Malaysia ni. Produk ni menggabungkan kosmetik dan farmasi iaitu cosmeceutical. Hasil formulasi dua doktor yang merupakan rakan kongsi Nora Danish iaitu Dr Aina dan Dr Azri yang memiliki klinik estetika iaitu Klinik Hana.

Fungsinya menyerikan dan sekaligus merawat. Baca je tagline "It seals and heals" pun dah tau bukan produk biasa ni. Sebagai contoh, rata-rata pengguna berpuas hati dengan kualiti produk seperti Magic Foundation kerana ia amat ringan, mudah ditanggalkan, mesra wudhu, dan mampu menyelesaikan masalah kulit mereka.


nora danish
  Oh Most Wanted Magic Foundation yang menjadi kegilaan ramai.
  
Didatangkan dengan beberapa produk iaitu foundation, lipcream, magic sponge dan magic wand. 

nora danish ohmostwanted
Nora Danish bersama Pout-fect Lipcream Oh Most Wanted

Nora juga ada bagitahu sebenarnya produk ni dah ada reseller sejak awal lagi. Satu Malaysia ni ada, luar negara pun ada. Nora juga masih buka peluang sesiapa yang berminat nak jadi reseller tau.
OH MOST WANTED juga bakal mengeluarkan produk Pro -face- sional yang untuk penggunaan yang lebih berat bagi majlis tertentu.


Pada tahun 2018 juga, Nora memberitahu dia sedang mengintai peluang eksport ke Indonesia, Thailand, Filipina dan beberapa negara Eropah dengan kerjasama rakan niaga strategik di sana.


Mana nak dapat Oh Most Wanted?

reseller ohmostwanted

Untuk pengetahuan semua, produk-produk Oh Most Wanted boleh didapati di semua cawangan Play Up Advance, Klinik-klinik kecantikan dan farmasi terpilih, kedai-kedai online seperti MySmink, BeautyBrowse dan PinkboxCereal, pengedar /resellers di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei atau di laman rasmi www.ohmostwanted.com.

Boleh dapatkan bersama saya,reseller sah di:-

Website Produk: www.makeupsuperb.com
IG: ohmostwanted_pahang
FB Page: Foundation Best
Whatsapp: 013-2561918

Credit to: www.makeupsuperb.com/blog

Bismillahirrahmanirrahim. Sejak dua menjak ni,aku terlebih "rajin" taip-taip ni. Disebabkan aku belum kerja lagi,bolehlah aku...

Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak dua menjak ni,aku terlebih "rajin" taip-taip ni. Disebabkan aku belum kerja lagi,bolehlah aku membebel kat sini sesuka hati tanpa ada bos memanggil aku. Haha.
Kali ni aku nak cerita pasal mekap. Aku ni dulu tersangatlah tak ambil tahu pasal mekap ni. Term MUA tu pon dulu aku tak tau apa dia. Sekarang ni pulak lain da,sampai MUA pun dah jadi mcm kakak aku. Haha.*Kak baiyah,sorry tak sempat lg nak blaja ngan akak mekap
Aku kenal akak tu dari rumah sepupu aku lps tu aku siap ikut dia join satu event mekap pengantin kat Taman Layang2,Kepong. Haha suka hati aku je.

Mungkin jugak naluri perempuan suka cantik,aku tak terlepas,cuma aku lambat sikit nak kenal barang2 mekap ni. Dulu masa first year aku selalu tadah muka main mekap ngan rumate aku,Bella. Rindunya zaman dulu.

Sekarang ni aku pulak jadi suka,google youtube pasal mekap,cari blog cite pasal mekap,apakah ini? Aku yg dulu lantaklah apa nak jadi ngan muka sku.Sekarang pun nak kata aku kaki mekap bila keluar tak jugak,kdg tu "terlebih confident" pergi jalan "naked" face sahaja haha

Dalam MUA yg aku suka tgk hasil kerja diaorang, contohnya Aimierifdi,Kak Awin,Fahadaismail,naela(exclassmate aku),dan ada la youtubers yg aku suka juga,yang penting nampak natural,dan tak ubah muka seseorang tu.

Sebagai newbies,aku nak share je ape yg aku suka guna bila main mekap.


1-BB Cream IN2IT (beli kat watsons je)
2- Miss Rose Concealer (beli online kat fb Hani Kryolan page)*akak MUA rekemen
3- Kryolan Foundation *aku beli yg ikut gram je,RM25 kot kalau x salah,beli kat fb Hani tu

 
4- Silky Girl lips gloss
5- Maybelinne lip balm (biru pink tu time aku beli kat watson,harga RM9.99)*yg ni fav aku dalam beg mesti ade,gara2 sepupu aku rekemen,
6- Maybelinne lip balm
7-Maybelinne lips gloss 
8-Lips pallete (beli kat fb Hani tu,aku tak ingat harga dah)


9-Relian Mascara *best sebab ade fibre sekali utk buat bulu mata nampak panjang haha Seingat aku harga RM25
10- Celak yang mcm lipstick tu aku beli kat Mekah tapi mmg jarang pakai sbb kelopak mata aku mesti comot kalau pakai,siapa yg mata ala arab boleh la try
11-Silky Girl Eye liner
12-Avon eye liner


13- Naked Eye Shadow *mostly kaler earth
14- Naked blusher,highlighter
15- Silky girl loose powder *aku lagi suka loose powder dari compact powder,yg ni barang kedua yg ade dlm handbag.
16-Pixy *yg ni aku rasa salah beli kaler sbb tone x sama ngan warna kulit muka aku,memang jrg pakai plus sbb aku tak brp sesuai ngan compact powder
17- Berus -berus ni paling aku tak sangka aku akan beli haha (Beli kat fb Hani gak)

Tu je barang aku ada,yang online memang semua aku beli kat Hani Kryolan,boleh search kat fb. Harga pun berpatutan dan mcm2 ada.

Sekarang aku suka masuk website hansagae cuci mata je haha. Yg ni ade lagi,malas da nak beli lagi.
Aku bukannya jenis pakai sokmo mende2 ni,certain waktu je.
 Tapi mask kat hansagae mcm menarik hehe
Ada sebarang tips utk mekap,boleh la sudikan share dgn aku yg xtau ape sangat ni:) 

Oh ye sambil tu nak lawo camne pun ,ingat Allah da ciptakan kita sebaik kejadian,secantiknya^_^ 
Jangan sampai buat sesuatu yg dilarang.

Wassalam.


Bismillahirrahmanirrahim Topik aku kali ni beza sikit. Rambut? Aku bukanlah pakar rambut haha Rambut ni mahkota perempuan so kene la jaga...

Bismillahirrahmanirrahim

Topik aku kali ni beza sikit. Rambut? Aku bukanlah pakar rambut haha
Rambut ni mahkota perempuan so kene la jaga,betul tak?
Bila dah kata mahkota as a muslimah rambut is one of the parts yg kita wajib cover dalam bab aurat.

Aku selalu je dengar org kata kalau pakai tudung rambut mesti tak kisah kan.. No no no! Salah sama sekali. Pakai tudung/hijab lagilah kena jaga hehe :)

Personally, aku pernah baca pasal kebaikan pakai tudung pada rambut kita as perempuan. Ade satu ni yg aku ingat dari segi sains, merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain'. Percaya sesuatu suruhaNya atau laranganNya pasti utk kebaikan kita :)

Berbalik kpd rambut, itu antara part yg perlukan penjagaan terbaik selain muka. Macam -macam masalah boleh timbul. Antaranya,rambut kering,gugur(aku rasa ni biasa atau normal kalo x banyak n bila rmbut panjang),bercabang(bila rambut tak sempat kering,dah tutup),berbuah dan macam -macam lagi.

Dari kecik mak aku dah biasakan aku ngan shampoo hehe tapi masa kecik dulu duk guna johnson baby,takpon carriejunior. Biase la budak2. Heaven nau bile syampu rambut,main2 buih kan.

Bila dah besar ni aku cari tau pasal syampu gak, Setakat yg aku tau,tak elok syampu rambut sokmo atau tiap kali  mandi. Better jarakkan. Jadinya aku dah tak macam masa kecik nak syampu je setiap kali mandi. Hehe secara tak langsung jimat duit poket syampu lambat habis haha. Tapi jangan ingat busuk lak,kalau jaga betul2 bau wangi syampu tu ade je(tu kate mak aku la) hehe. Mak aku lak ikut je ape aku pakai dia pun join sekali. Kadang tu aku beli yg black colour pny cecair,terkejut mak aku bila tuang kat tangan haha :-p

Setakat ni aku pernah try jenama Sunsilk,Dherbs yang terlajak laris tu pastu laboost yg kaler biru,boleh beli online sbb kat supermarket tak pernah pulak aku jumpa laboost ni. Kalau nak beli boleh cek kat IG nns_store sbb situ hrga mmg murah dr tmpt lain hehe Tapi dlm banyak2 ni,aku tetap setia ngan sesuai ngan sunsilk gak. Walau apapun semua produk aku pakai tadi tetap the best,boleh la try nanti ye :)

Satu lagi, aku ade habit suka org cucikan rambut aku pastu urut2 kepala tu,rasa fresh dan lega.hehe Aku bukanlah kaki saloon tapi sesekali aku akan g gak kedai rambut cuci rambut. Rate kat tempat aku still affordable. Memang seronok rasa cam ringan je kepala lepas cuci :) Feeling cuci dek orang tu lain sikit.

Selain tu, potong hujung rambut tu dalam dua bula sekali. Aku suka buat ni. Ini tips nak cepatkan rambut panjang dan alhamdullilah dengan aku memang jadi. Rasa cam cepat je rambut memanjang. Sambil tu boleh buang rambut bercabang.

Pasal rambut gugur aku pernah baca pasal ni,normal rambut gugur 50-100 helai seharian. Tapi kalau gugur banyak semacam tu pelik pulak, kena cari jalan penyelesaian.

Tu lah cerita rambut,sayangi rambut anda^_^skrg ni aku minat nak belajar buat braid hair,duk tgk tutorial kat youtube^_^ hehe cam gmbo ni






Sekian dari NHAR,
Salah silap mohon tegur:)

Wassalam





Bismilahirrahmanirrahim Tajuk aku kali ni kembali ke zaman nenek moyang kite,nak cakap pasal petua traadisional. Sedar tak sedar ini ...

Bismilahirrahmanirrahim

Tajuk aku kali ni kembali ke zaman nenek moyang kite,nak cakap pasal petua traadisional.
Sedar tak sedar ini antara benda aku paling suka search dan baca dalam majalah.
Nak kata rajin nak amalkan,memang tak la.
Hehe tapi ada gak cuba sekali dua petua nak hilangkan jerawat,petua nak rambut lawo la.
Tapi aku ni kekadang malas nak sediakan,alahai.
Padahal aku rasa sgt menjimatkan dari membeli pelbagai produk huhu
Part yg paling aku suka part di mana aku rasa nenek moyang kite dulu sangat appreciate ie menghargai tumbuh-tumbuhan ,tanam-tanaman yang ada. Mereka gunakan setiap inci dan discover pelbagai manfaat yg kite boleh guna sampai sekarang.
Tu juga cara kita merenung setiap kejadian ciptaanNya,semua ada peranan kan?
Indahnya ^_^

Meh nak cakap antara petua yang aku pernah buat,

Petua nak hilangkan jerawat disebabkan muka aku dulu tersangatlah subur jerawatnya,ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,rasa nak menangis tengok. Bila aku tengok balik gambar muka dulu, alhamdullilah aku appreciate muka aku skrg :) Walaupun x selicin mana tapi ade perbezaan,mak aku pun kata sebegitu. Berbalik kepada petua yg aku pernah buat di zaman itu, antaranya ambil lidah buaya pastu lendir kat  pokok lidah buaya tu sapu je kat muka. Sebab tu kot banyak gak produk kat pasaran berasal dari lidah buaya sebab if konsisten inshaAllah ade hasilnya perlahan-perlahan. Yang kedua aku pernah tumbuk kulit kayu manis jadi serbuk lepastu sapu kat tempat jerawat tapi upsss cara ni memang agak pedih. Aku sendiri kalau tak tahan aku basuh balik dengan air.Yg ketiga ni mungkin ramai yg guna lagi,pakai bedak sejuk. sedap pakai bedak sejuk ni sebab rasa fresh gituh. Yang saya pernah baca antara fungsinya juga nak surutkan jerawat kat muka:)

Petua kedua ni kire mcm pengganti skrub badan pun boleh kot,senang je pegi dapo bukak peti sejuk ambil limau nipis hehe Masa mandi sesekali gunalah limau nipis ni,baik untuk bau dan nak hilangkan kesan degil daki-daki. Jimat kan? That's why most of buih mandian dibuat daripada limau nipis.

Petua ketiga aku pernah buat nak segarkan mata yg letih ialah dgn gunakan uncang teh sahaja, Mudah je uncang teh yg dah guna tu jgn buang,simpan dulu dalam peti. Macam kite letak timun atas mata tu, bezanya cuma kite letak uncang teh tu,percayalah sejuk je rasa. Lepas bukak terasa segar.. Lalalala.

Petua seterusnya dan terakhir untuk kali ni, yang pernah aku buat dan selalu lupa nak buat padahal ni paling senang kot ialah petua nak licinkan kulit,awet muda gtuh. Caranya basuh muka dengan air basuhan beras tu. Hari-hari basuh beras tu,airnya tu amek buat basuh muka,senang je kan? hehe try la

Ok lah tu je celoteh dan bebelan aku kali ni, selamat malam semua.

Wassalam,