By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

                 Anda nak ke taman? Nak ke shopping mall? Suami kerja ataupun ada hal lain. Stroller sangat membantu bila anda nak kelu...

JENIS-JENIS STROLLER

                

Anda nak ke taman? Nak ke shopping mall? Suami kerja ataupun ada hal lain. Stroller sangat membantu bila anda nak keluar dengan bayi jer.

Mencari stroller terbaik bukan mudah. Segalanya bergantung kepada anda. Kak Limah sendiri beli stroller masa Ilyas dah 4-5 bulan. Awal-awal baby carrier dah cukup. Antara faktor penting yang Kak Limah rasa penting untuk memilih stroller:

  • Anda nak guna ke mana?
  • Anda akan simpan kat mana?
  • Nak guna untuk berapa baby?
  • Bajet berapa anda ada?
Sebelum tu Kak Limah nak bagi tips mudah dan simple untuk mama papa out there.

  • Stroller ada banyak bajet. Dari yang kos 100 lebih sampailah beribu. Wajib tahu bajet sebab lagi senang nak cari mana yang okay untuk anda.
  • Stroller ringan berbentuk lipat payung atau umbrella dengan fungsi pelbagai dan ada extra storage sangat best untuk yang nak travel bersendirian dengan anak.
  • Pencarian stroller biasanya digunakan untuk pergi banyak tempat dan untuk tempoh lama hingga anak seterusnya. Jadi kena consider semua tu.
Basically ada 6 jenis stoller yang popular kat pasaran. Kita tengok sama-sama one by one! Jom.

FULL- SIZED STROLLER

KEBAIKAN

If kita memang berhajat nak stroller yang tahan sampai ke anak dah fasa toddler, ni jawapannya. Saiz besar, lebih kukuh dan tahan lasak adalah ciri-ciri utama stroller ni. Banyak model untuk jenis ni yang mampu gembirakan anak dan juga memudahkan mama papa.

  • Besar, selesa dan tempat duduk best
  • Kerusi boleh dipasang mengadap ke depan atau mengadap ke belakang ie ke mama papa
  • Ada yang boleh jadi carseat terus wow!
  • Rekabentuk yang sesuai mengikut perkembangan anak,dari bayi baru lahir (ada jadi carseat)hingga kanak-kanak (sampai berat 36kg pun ada)
  • Kanopi atau atap stroller yang boleh kembang luas
  • Tayar kukuh yang boleh tahan brek secara mengejut
  • Bakul yang best untuk simpan barang.
  • Telescoping handlebars 
  • Ada tray simpan air dan sebagainya untuk mamapapa

KELEMAHAN

  • Agak berat
  • Kurang sesuai untuk mamapapa bila naik kenderaan awam, lalu tangga dan jalan sesak macam pasar malam atau kedai kecil macam convenient store
  • Tak berapa sesuai untuk bawa travel
  • Perlukan ruang besar untuk simpanan. Contoh kereta besar
                                             Image result for britax b ready stroller

Image result for mama papas armadillo

LIGHTWEIGHT ATAU UMBRELLA STROLLER

Anda mungkin tak dapat kesemua ciri-ciri yang ada pada full-sized stroller tapi percayalah jenis ni senang untuk bawa ke mana-mana.

KEBAIKAN
  • Biasanya berat stroller ni maksimum around 7kg jer
  • Direka untuk mudah dibawa (even ada yang ada shoulder strap untuk bawa)
  • Mudah dilipat,senang nak bawa naik flight,kereta,kenderaan awam macam keretaapi
  • Banyak juga lightweight stroller yang masih ada ciri-ciri best seperti tempat duduk boleh gerak hingga 180 darjah, kanopi lebar,tempat simpan barang dan letak snek.
KELEMAHAN
  • Biasanya hanya untuk usia bayi dan berat yang tak berat sangat
  • Kebanyakan untuk bayi 6 bulan ke atas.
Image result for lightweight stroller
GB Pockit Lightweight Stroller

Image result for lightweight stroller
Babyzen Yoyo





JOGGING STROLLER

Nak cepat sokmo? Yang ni lebih sesuai untuk anda sesuai dengan namanya hehe

KEBAIKAN

  • Superior suspension membolehkan mama papa berlari,berjalan atau hiking dan baby sentiasa dalam keadaan selesa
  • Kepantasannya bergerak menjadi pilihan mamapapa yang bergerak pantas. Stroller harus seiring sekali kan?
  • Biasanya roda hadapan boleh berpusing (untuk fleksibel) dan boleh disesuaikan (untuk tahap kelajuan berbeza)
  • Tempat duduk selesa
  • Tempat simpan barang yang besar
  • Dilengkapi dengan brek tangan

KELEMAHAN

  • Mungkin agak berat
  • Agak sukar untuk pasang
  • Jika ruang sempit untuk simpan stroller,ia takkan jadi sekecil stroller lightweight
Paling penting cari yang selamat untuk bayi kita bila memilih stroller jenis ni,handbrake adalah ciri utama yang harus dipertimbangkan!


Baby Jogger Summit X3 Single Jogging Stroller


Image result for jogging stroller

DOUBLE STROLLER

Jika mama papa ada anak kembar atau satu anak masih toddler,satu bayi,maka ini memang sesuai! Ada dua jenis, tandem (satu duduk belakang) atau duduk sebelah nyebelah.

KEBAIKAN
  • Tak yah susah2 bawa dua stroller,satu dah cukup

KELEMAHAN

  • Agak besar dan padat
  • Berat boleh cecah 18kg
  • Masa tengah cari stroller ni,make sure ukur kelebaran tu,muat tak nak msuk pintu,balance ke tak dan sama ada boleh guna satu seat sahaja atau kedua-duanya sekaligus
  • Image result for halford fliplite twin stroller
    Halford Fliplite Twin Stroller
Baby Jogger City Select Double Stroller with second seat



CAR SEAT CARRIER

Car Seat boleh bertukar jadi stroller,hebat kan?

KEBAIKAN

  • Kompak dan ringan je
  • Mudah ditukar sama ada kepada ke car seat atau stroller,2 in 1
KELEMAHAN

  • Biasanya hanya boleh guna sewaktu bayi masih kecil dan tak terlalu besar,penggunaan tak lama
  • Ada yang waktu bayi sesuai jadi carseat, untuk stroller sesuai pada toddler
Image result for doona baby stroller
Doona Stroller and Carseat
TRAVEL SYSTEM

Lengkap dengan carseat dan stroller. Besar dan ringan

KEBAIKAN

  • Car seat boleh dipinda kepada rangka stroller. Maknanya dari carseat dalam kereta anda boleh pindahkan anak ke stroller tanpa mengganggu tidurnya
  • Jimat sikit sebab boleh dapat 2 barang dengan 1 harga
KELEMAHAN

  • Carseat untuk jenis ni tak sesuai dah untuk anak yang fasa toddler

Image result for travel system baby

FAKTOR-FAKTOR PENTING LAIN DALAM PEMILIHAN STROLLER

  • Nak guna ke mana stroller tu? Kalau nak bawa ke tempat crowded je lebih macam pasar malam,shopping comlex,jangan beli yang besar dan berat.
  • Sesuai tak untuk bayi baru lahir?Sesetengah hanya sesuai untuk 6 bulan ke atas,seat tak boleh baring.
  • Plan nak guna berapa lama?
  • Senang nak lipat tak? Biasanya satu tangan nak pegang bayi,satu je nak buka stroller jika keluar tanpa suami. Maka kena cari yang boleh buka guna satu tangan je.
  • Berat tak.
  • Perlukan lebih dari satu stroller atau tak? Jika anda jenis nak asing-asing penggunaan stroller bergantung pada tempat takpelah beli2 atau 3 buah.
Kak Limah pilih lightweight stroller tau. Jenis ringan je boleh jinjit je kat bahu. Hrga pun bawah 400. Bajet memang tak besar. Ni haaa gambar stroller tu,Ilyas punya warna hitam,senang tak nampak kotor dan boleh guna tak kira baby girl atau boy. Mana tau ada rezeki dapat baby girl kan hihi

Selamat memilih dengan bijak!

Image result for stroller baby throne

KAK LIMAH
OWNER MYOHSEMBABY
IG & FB: @myohsembaby

0 ulasan: