Bismillahirrahmanirrahim
Hari ni dengan rasminya,kelas saya untuk semester ini tamat.
The end. Pantas sungguh masa berlalu. Rasa baru lagi masuk 3rd year,tetapi terimalah kenyataan yang masa mengejar kita.
Berbalik pada tajuk asal,saya bukan nak cerita tentang kepentingan masa:) Tapi tak dapat lari dari masa kan?
Kesempatan yang ada ni, saya nak layangkan ucapan selamat berjaya untuk periksa akhir yang bakal bermula minggu depan terutama warga AIKOL,UIA Gombak.
Periksa-periksa pun ,jangan lupa Allah:)
Gunakan masa dan ruang yang ada ni sebaiknya. InshaAllah, Allah akan bantu kita bukan untuk final exam je tapi untuk setiap urusan kita.
Berhati-hati waktu menjawab,jangan lupa ucapkan terima kasih pada guru-guru kita. Hubungi ayah ibu tercinta. Esok saya nak balik kampung. Biarlah apa orang nak kata sebab saya selalu balik sebab pada saya selagi ada ruang dan waktu, hargailah kedua orang tua kita. Balik nak jumpa mak,salam mak dan ucapkan terima kasih dan minta maaf kepada mak. Masa balik saya tahu sebenarnya mak sangat gembira. Itu lagi buat saya bahagia,bika tengok senyuman insan yang tersayang.
Mesti kawan-kawan sibuk mengulangkaji pelajaran kan? Semoga dipermudahkanNya untuk kita semua. Walaubagaimanapun, percayalah pada diri sendiri, belajar ikut strategi tersendiri, ikut jadual yang dibuat, dan pastikan juga rehat yang cukup. Jangan terlalu memaksa diri sehingga menyebabkan otak terlalu penat dan tidak dapat jawab dengan baik pada hari peperiksaan nanti.
Saya pun tak nak berceloteh panjang.
Saya nak minta maaf kepada semua sahabat yang pernah terguris dengan kata-kata dan tindakan saya...:) Terima kasih juga sebab sama-sama melalui kehidupan yang penuh suka dan duka terutama buat sahabat baik saya,aAisyah dan rakan sebilik saya yang 3 orang ni^_^ Korang memang "awesome" ,sanggup melayan saya yang kadang-kadang seperti kanak-kanak.
Di kesempatan ini juga saya nak ucapkan terima kasih buat semua pensyarah di AIKOL,tak lupa juga di IRKHS dan CCAC. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian:)
Sampai di sini sahaja,saya tinggalkan anda dengan kata-kata ini:
“Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”
Selamat maju jaya:)
assalamualaikum^_^
2 ulasan:
salam... insyaAllah, thanks bagi tips-tips tu..:)
salam kembali,sahabatku:)
ma fi syai' ukhti.
bittaufiq wannajah fil imtihan.
Catat Ulasan