Bismillahirrahmanirrahim
Pertama sekali Kak Limah ucapkan selamat berpuasa buat semua umat Islam. Haaa macam mana puasa hari ni? Ok tak? Hehe
Ada tak yang macam Kak Limah menyusukan bayi tapi puasa tau. Memang ada rukhsas untuk kita. Kak Limah prefer untuk cuba berpuasa juga. Tahun ni tahun kedua sebenarnya Kak Limah berpuasa sebagai ibu yang menyusukan. Ilyas dah setahun 6 bulan.
Tahun lepas masa puasa Ilyas belum cukup puasa,demand pada susu agak tinggi hehe Ada juga Kak Limah tak puasa sebab memang risaukan Ilyas dan diri sendiri. Tahun ni kita cuba lagi,alhamdullilah hari ni berjaya,masih mencabar sebab Ilyas memang menyusu badan dan nak tidur mesti cari Kak Limah.
Kebanyakan daripada kita risau susu merudum teruk dan risaukan anak tak dapat susu sepatutnya kan? Itu dilema yang pernah dialami Kak Limah sendiri.
"Ibu yang menyusukan anak harus berbuka puasa kalau ia bimbang dengan berpuasa akan memudharatkan dirinya dan wajib qadha’ bagi puasa yang ditinggalkan.
Jikalau ia berbuka puasa kerana bimbang memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu, maka wajib qadha’ puasa yang ditinggalkan berserta membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ia tinggalkan."
Banyak kajian yang dilakukan terhadap ibu berpuasa ketika masih menyusukan bayi. Majoriti mendapati pengeluaran susu tidak terjejas melainkan ibu mengalami dehidrasi terlalu teruk.Apapun keadaan ibu takkan sama antara satu sama lain,kita lagi kenal diri kita sendiri.
Entri kali ni just nak share sedikit tips untuk ibu-ibu yang mungkin ni kali pertama berpuasa dan menyusukan anak. Mungkin boleh membantu kekalkan momentum ^_^
Antaranya:-
1. MINUM AIR SECUKUPNYA
Menyusukan bayi menyebabkan kita cepat haus dahaga. Untuk memastikan kita tak dehidrasi teruk, pastikan kita minum air secukupnya ketika waktu sahur,berbuka dan malam.
Kak Limah malam lah banyak minum air. Sebelum tidur pun minum. Bangun sahur minum air dulu.
2. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Haa yang ni bukan takat bulan puasa je kena jaga patutnya. Sebenarnya hari-hari kena jaga terutama selagimana masih menyusukan bayi. Apa kita makan,itulah anak dapat melalui susu. Macam Kak Limah apa yang dimakan itulah susu yang Ilyas dapat sebab Kak Limah tak bagi susu formula setakat ni.
Antaranya makan makanan yang Glisemik rendah. Glisemik rendah ni biasanya makanan yang mudah terurai.Makanan rendah glycemic index melepaskan tenaga dari sumber makanan dengan perlahan. Jadi, ibu lambat rasa lapar. Sebagai contoh kurma. Kurma sangat bagus sebab glisemik rendah. Walaupun kandungan gula semulajadi tinggi tapi cepat terurai dan tak menaikkan paras gula dalam darah. Best kan keistimewaan kurma? Kak Limah memang akan pesan siap-siap kat suami tolong dapatkan kurma sebab sangat membantu bagi tenaga. Selain daripada tu,roti dan oat pun bagus.
3. MINUM SUSU WAKTU SAHUR DAN SEBELUM TIDUR
Masa pregnant Ilyas dulu Kak Limah selalu suka suami blend kan susu dan kurma.Rasa sedap suami buat.Susu tu susu Wildan. Sekarang ni try susu Seri Ummi. Siapa kenal Bella Ammara tahu la. Nanti Kak Limah review susu ni.
Susu yang berkhasiat penting untuk bagi ibu kekal bertenaga dan menghasilkan susu berkhasiat untuk anak melalui penyusuan. Nak-nak lagi bulan puasa ni.
4. KERAPKAN PENYUSUAN SEPERTI BIASA
Teruskan penyusuan seperti biasa. Sesuai dengan konsep demand dan supply. Makin kerap bayi menyusu makin banyak susu terhasil. Secara tak langsung membantu menjaga supply susu.
5. BANYAKKAN REHAT
Ibu menyusukan bayi jangan paksa diri buat macam-macam. Bagi yang berkerja pun kat office waktu rehat gunakan sebaiknya. Baik pam susu atau rehatkan diri.
Bagi yang berkerja dari rumah macam Kak Limah siang tu banyakkan rehat,kerja rumah kerja kita buat macam biasa. Kalau nak buat kuih macam-macam, terpulang pada kita. Kak Limah lagi prefer malam buat memandangkan cuaca sekarang siang panas.
Kalau nak shopping pun,elak pergi tempat panas-panas ^_^
Itulah antara tips yang Kak Limah amalkan sejak tahun lepas. Mungkin mama-mama lain boleh cuba jugak. Apapun jangan memaksa jika tak mampu. Tengok atas kemampuan diri kita bukan kemampuan orang lain tapi kita cuba usaha dulu ^_^
Selamat berpuasa semua mama-mama. Suami pula jangan lupa sokong!
Kak Limah,
Pemilik myohsembaby
0 ulasan:
Catat Ulasan