Bismillahirrahmanirrahim
Topik aku kali ni beza sikit. Rambut? Aku bukanlah pakar rambut haha
Rambut ni mahkota perempuan so kene la jaga,betul tak?
Bila dah kata mahkota as a muslimah rambut is one of the parts yg kita wajib cover dalam bab aurat.
Aku selalu je dengar org kata kalau pakai tudung rambut mesti tak kisah kan.. No no no! Salah sama sekali. Pakai tudung/hijab lagilah kena jaga hehe :)
Personally, aku pernah baca pasal kebaikan pakai tudung pada rambut kita as perempuan. Ade satu ni yg aku ingat dari segi sains, merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan 'Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain'. Percaya sesuatu suruhaNya atau laranganNya pasti utk kebaikan kita :)
Berbalik kpd rambut, itu antara part yg perlukan penjagaan terbaik selain muka. Macam -macam masalah boleh timbul. Antaranya,rambut kering,gugur(aku rasa ni biasa atau normal kalo x banyak n bila rmbut panjang),bercabang(bila rambut tak sempat kering,dah tutup),berbuah dan macam -macam lagi.
Dari kecik mak aku dah biasakan aku ngan shampoo hehe tapi masa kecik dulu duk guna johnson baby,takpon carriejunior. Biase la budak2. Heaven nau bile syampu rambut,main2 buih kan.
Bila dah besar ni aku cari tau pasal syampu gak, Setakat yg aku tau,tak elok syampu rambut sokmo atau tiap kali mandi. Better jarakkan. Jadinya aku dah tak macam masa kecik nak syampu je setiap kali mandi. Hehe secara tak langsung jimat duit poket syampu lambat habis haha. Tapi jangan ingat busuk lak,kalau jaga betul2 bau wangi syampu tu ade je(tu kate mak aku la) hehe. Mak aku lak ikut je ape aku pakai dia pun join sekali. Kadang tu aku beli yg black colour pny cecair,terkejut mak aku bila tuang kat tangan haha :-p
Setakat ni aku pernah try jenama Sunsilk,Dherbs yang terlajak laris tu pastu laboost yg kaler biru,boleh beli online sbb kat supermarket tak pernah pulak aku jumpa laboost ni. Kalau nak beli boleh cek kat IG nns_store sbb situ hrga mmg murah dr tmpt lain hehe Tapi dlm banyak2 ni,aku tetap setia ngan sesuai ngan sunsilk gak. Walau apapun semua produk aku pakai tadi tetap the best,boleh la try nanti ye :)
Satu lagi, aku ade habit suka org cucikan rambut aku pastu urut2 kepala tu,rasa fresh dan lega.hehe Aku bukanlah kaki saloon tapi sesekali aku akan g gak kedai rambut cuci rambut. Rate kat tempat aku still affordable. Memang seronok rasa cam ringan je kepala lepas cuci :) Feeling cuci dek orang tu lain sikit.
Selain tu, potong hujung rambut tu dalam dua bula sekali. Aku suka buat ni. Ini tips nak cepatkan rambut panjang dan alhamdullilah dengan aku memang jadi. Rasa cam cepat je rambut memanjang. Sambil tu boleh buang rambut bercabang.
Pasal rambut gugur aku pernah baca pasal ni,normal rambut gugur 50-100 helai seharian. Tapi kalau gugur banyak semacam tu pelik pulak, kena cari jalan penyelesaian.
Tu lah cerita rambut,sayangi rambut anda^_^skrg ni aku minat nak belajar buat braid hair,duk tgk tutorial kat youtube^_^ hehe cam gmbo ni
Sekian dari NHAR,
Salah silap mohon tegur:)
Wassalam
Bismillahirrahmanirrahim Topik aku kali ni beza sikit. Rambut? Aku bukanlah pakar rambut haha Rambut ni mahkota perempuan so kene la jaga...
About author: Nor Halimah Ahmad Ramli
Cress arugula peanut tigernut wattle seed kombu parsnip. Lotus root mung bean arugula tigernut horseradish endive yarrow gourd. Radicchio cress avocado garlic quandong collard greens.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan