By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah tiba sudah saat yang dinantikan para jemaah haji. kemuncak ibadah haji,hari Arafah.Ibadah wuquf ...

wuquf di Arafah



Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah tiba sudah saat yang dinantikan para jemaah haji.
kemuncak ibadah haji,hari Arafah.Ibadah wuquf merupakan tiang asas kepada haji dan nadinya.
Para jemaah haji akan bertemu sesama mereka di Padang Arafah untuk menunaikan ketaatan kepada Allah. Pada masa yang sama, perhimpunan itu juga mengingatkan umat Islam bahawa mereka adalah umat yang satu.

Tiada apa yang membezakan kita di sana,semuanya sama.Saat wuquf itu suatu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Masih jelas di kotak fikiran saya saat itu.Betapa kerdilnya kita sebagai hamba-NYA yang seringkali melakukan dosa. Waktu arafah juga adalah waktu mustajab doa.

Mari kita singkap pengertian wuquf.

Apa itu wuquf?
Berada di bumi Arafah walau satu saat sekali pun dalam keadaan bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah

Waktu wuquf
Bermula dari gelincir matahari pada hari 9 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar hari 10 Zulhijjah.

Waktu Afdhal Wuquf :
Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.

Syarat-syarat sah Wuquf :
Telah berihram Haji
Ahli ibadat ( seorang yang tidak gila/ mabuk/ hilang akal/ murtad sepanjang masa wuquf )
Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf

Amalan-amalan sunat Wuquf :


Solat berjemaah
Bertalbiah
Berdoa, berselawat dan beristighfar
Berzikir
Membaca Al-Quran
Solat-solat sunat

selamat berwuquf.
semoga semua berjalan lancar.
haji mabrur

buat sahabat yang berada di tempat lain
salam aidil adha saya ucapkan
semoga membawa seribu erti dalam diri kita sebagai hamba-NYA

inshaAllah.
wassalam.


0 ulasan: