Thursday, April 29, 2010

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:38 AM 4 comments

love is in the air? no,this time,love is in the sky,i love it^_^


i know you cannot see it,right

Bismillahirrahmanirrahmanirrahim..
I'm not going to tell you about the Sky of Love story (I think,the title one of the Japanese Movies=p).
Tonight.
I just want to share the sky of love with all of you
Thanks to my friend,Juma for telling me about that.
Subhanallah,it's so beautiful.
The shape of love make me remember that Allah always love us.
We must remember Him always.
Lastly,love is subjective, that's all.
Have a nice day to all of you.
For those who are taking short sem in UIA, good luck!
Keep smiling and be happy ^_^

Sunday, April 25, 2010

Pahang-KL-Pahang

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 2:07 AM 0 comments

bismillahirrahmanirrahim.
saya dah kembali ke Pahang bersama ibu tersayang.
Macam mimpi je pergi KL.
Sebelum balik sempat lagi sembang dengan Paman Seman.
Yey! Ada rancangan baru dengan paman bulan Disember ni.
InshaAllah ada cuti menjadilah rancangan kami,salah satu hasrat saya.
Apa? Tunggu,lambat lagi kan?
Hari ni sepupu-sepupu saya sekolah ganti,awalnya satu Malaysia sekolah ganti untuk raya.
Anisah tak balik,ada di asrama.Seronok tengok gelagat mereka nak ke sekolah.
Nak-nak lagi sekolah petang.Pagi-pagi, Azlin buat kerja sekolah.
Sarapan pagi tadi?Makan nasi goreng,laparnya.
Banyak pulak saya makan,haha=p
Sambil-sambil nak kejut Azam bangun,bukalah tv kartun.
Azam bangun nak tengok Chibi Maruko.Comel lah Chibi ni^_^
Sempat mak bercerita kisah saya sewaktu sebaya Azam.
"Kak Limah ni dulu lagi lah tak boleh tinggal doraemon,sampai kasut sekolah pun nak yang doraemon"
Haha,memang tak dapat dinafikan.Pantang jumpa Doraemon.
Komik,belon,pelekat,baju,semua ada gambar Doraemon.
Nasib baik tak bulat macam Doraemon kan..hahah
Saya bertolak ke Pahang dekat pukul 12 dah.Jom balik.
Walaupun semalam je,macam-macam lah bila dah berjumpa.
Jarang dapat berkumpul.Paman kata,"Tak yah balik dulu,kau kan bawa kereta laju,kejap je sampai"
Haha..Mungkin betul..
Dalam pukul 1.50pm alhamdullilah dah tiba.Cepatnya kau sampai,Limah.Mesej daripada Paman dan Mak Sham.Beberapa kali ditegur mak kerana laju.Jangan risau tak lebih dari hadlaju yang ditetapkan.Undang-undang tetap undang-undang.
Rehat sekejap di rumah,lepas Asar pergi bertemu Aisyah,sahabat baik saya bersama Kak Uda.Melihat gaya Kak Uda yang berumur 10tahun dengan telefon bimbit tergantung di leher memang jauh bezanya dengan zaman saya sebaya dengannya.
Pergi bawa Kak Uda makan.Suka makan dengan Kak Uda sebab dia suka makan macam saya!
Lepas tu,sempat lagi pusing-pusing kedai baru kat Temerloh.
Apa la yang sesak sangat,nak cari "parking" dekat sejam lebih.
Patutlah ada KAMDAR baru dibuka.Esok nak bawa mak ke sana.
Ramainya orang.
Perjalanan balik saya tak membosankan sebab Kak Uda ada,apa lagi dengar celoteh dia.Kena jawab soalan dia.Tak pe bukannya selalu.Ada juga kawan bercakap.Terima kasih Kak Uda temankan Kak Limah.
Malam ni rancangan nak keluar makan dengan mak tak jadi.Makan lagi?Untuk mak pulak.Takkan untuk kawan saja kan?Makan kat rumah je tadi.
Terima kasih Aisyah untuk hari ni.Saya gembira.Saya dapat rancangan baru nak buat apa kat rumah tapi kena fikirkan bajet dulu.^_^
Saya dah mulakan langkah pertama..
Sekian saja untuk hari ni,wassalam...minta maaf semua^_^

Saturday, April 24, 2010

23 April 2010

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 2:12 AM 2 comments
bismillahirrahmanirrahim..
still awake,cannot sleep.
actually, I want to sleep at 12.
Then,I followed my uncle to send his maid to her house at Cheras.
Today?? Kenduri?
Alhamdullilah,everything ran smoothly.
I met my relatives and I ate delicious foods.
Nasi Lemak and Ikan Bakar. urmm yummy!
I reached here at 4.15pm. So lucky because no jammed yet!
Azam, my 8 year old cousin: shocked.
I did not tell him that I want to be here today la..
Sorry,Azam=p
I did it purposely,can I say like that??
Really happy bcoz I got an opportunity to help my aunt.
I met my cousins too. To Bro Munir,I'm not sure whether u r still on the way to Johor or already reach there,drive carefully.
I know that you like to drive faster...n even faster than me =p
I hope our kenduri on this May will be like today.
To all my cousins,please do come to my house^_^
no picture for today.Keep watching my "dua pupu",so cute!
Another story, I was shocked with something.
still thinking about that,keep asking to myself"reality or dream?"
sorry,I'm always like this and I think you know me,it's hard to me to believe.^_^

tomorrow??
I think I need to cancel my plan to go to KLCC.
Going alone is not the best,I know my mum always worried about me.
Keep asking me the same questions,"is it ok to u to go alone there?","is it safe to you?" and many more although she knew that I'm always going back from KL to Pahang alone...Therefore, I already decided that I'm not going to make my mum worry about her only child.
Cannot wait to go home,less than 24 hours in KL..Home sweet home.I must go back to prepare for our kenduri this May.
Plus, I need to pay my car's loan for this month and this thing,I really excited about it.
To change my license to the competent one! This 27 April 2010, no more P for my car!
Nobody can bully saya! I don't like some of them.Keep bullying me because I have P.
Unacceptable but that is reality.My mum told me that don't u "leave" the P,dear. Ok I'll keep it,so that some of them will be more careful to come near to my car while I'm driving,that's the advantage.I'll tell u about my P experience soon!

Sorry to all adik-adik form 1 because I cannot join Khemah Ibadah at my school next week.I have to attend "kind of event" at my village.Wishing the best to all of the facilitators!Keep doing the best^_^

Sorry to my aunt,Mak Sham,I just read your email.I did not bring the thing that you asked me to bring.I'll come to KL again and bring it.

I need to get an enough sleep to drive tomorrow.
Take care^_^

This is me,Nor Halimah.

Friday, April 23, 2010

nothing better...

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:00 AM 0 comments
salam...
tomorrow i'll be at KL.I have to attend caremony at my relative's house.
I already have one plan.
I really wanna go to KINOKUNIYA,so I can search for many books.
Plus,if I dont have an enough money,I can just read it there=p
Driving,it's my hobby!Tomorrow I'll drive for two hours.
So bored at home,keep watching video ,unfortunately did not finish yet =p

I want to ask forgiveness from everybody. Be happy and keep smiling^-^
Sarangheyo!

this VIDEO to all especially to my family,my bestfriends who are always stand besides me..

object width="480" height="385">

p/s: I would like to thank to Suji,my Korean friend that told me the difference between ''hyung'' and ''oppa in Korean.I only know that the meaning is like "abang" in Malay.
hyung- only guys can use the word. the guys call someone who is older than them
oppa- only girls can use the world, the girls call someone who is older than them

:always heard these words from Korean drama and show..Now I can understand the difference^_^

Saturday, April 17, 2010

Istimewa buat sahabatku,Suhada...

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:01 AM 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala Puji bagi Allah yang telah menciptakan sekelian makhluk, Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan dan sifat makhluk. Maha Besar Allah yang telah memberikan kemenangan kepada Islam dan menjadikan Islam sebagai agama yang diredhai.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Sesungguhnya agama (sistem hidup) yang diridhai disisi Allah ialah Islam.(Qs.Ali Imran:19).Salawat dan salam buat junjungan besar Rasullulah s.a.w.

17 April 2010.
Apakah ertinya tarikh ini? Buat seorang sahabat yang sama-sama berjuang di taman ilmu UIA, Suhada Zaidi. Saya kirimkan ucapan selamat menyambut hari lahir yang ke 21. Bertambahnya usia,semoga bertambahnya amalan yang baik. Semoga dipanjangkan umur dan hari-hari yang mendatang lebih baik dari sebelumnya.Semoga Allah sentiasa merahmatimu.Terkenangkan saat-saat bersama yang dilalui selama ini,saya sama sekali tidak menyangka saya akan menjadi begitu rapat dengan sahabat ini. Hari-hari yang dilalui membuatkan kita semakin mengenali sahabat kita.Mungkin saya bukanlah sahabat yang terbaik buat anda.Namun,saya mengharapkan kamu mendapat yang terbaik.Istimewa buat Cik Siti Nur Suhada Zaidi yang berada di Kelantan saat ini,ucapan dalam pelbagai bahasa:


كل عام و أنت بخير(arabic)

生日快樂 [生日快乐] (shēngrì kuàilè)mandarin

Bon anniversaire(french)

janmadina mubārak ho(hindi)

お誕生日おめでとうございます (otanjōbi omedetō gozaimasu)Japanese

생일축하합니다 (saengil chukha hamnida) korean @ Chansung version=p

salam rindu buat Su dari Bandar Ikan Patin.
Terima kasih atas segalanya.



Thursday, April 15, 2010

Ibubapa dalam Islam

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 3:04 PM 3 comments


Ibu bapa? Siapakah mereka di hati kita sebagai anak? Pernahkah anda terfikir?Jika dilihat dalam situasi hari ini,ramai anak-anak yang seringkali membelakangkan ibubapa mereka,bahkan mendahulukan insan-insan yang lain seperti kekasih mahupun sahabat.Mengapa?
Ada yang sanggup melarikan diri daripada ibubapa kerana insan lain. Apakah erti kehadiran insan bergelar ibubapa dalam hidup mereka?Hati ibu dan bapa seringkali dilukai namun mereka tetap sayangkan anak-anak mereka. Apakah yang telah kita lakukan untuk menghargai jasa ibu dan bapa ? Mereka sama sekali tidak mengharapkan emas permata buat diganti dengan apa yang mereka lakukan.Mengapa ada anak-anak yang sanggup membiarkan ibubapa mereka hidup di jalanan sedangkan si ibu sanggup tidak makan kerana meninggalkan makanan buat anak-anak ketika mereka masih kecil dan si ayah pula sanggup berhempas pulas membanting tulang bagi memberikan yang terbaik buat anak-anak tercinta?Di manakah sifat sayang anak-anak? Namun begitu,tidak dapat dinafikan masih ada anak-anak yang cukup menghormati ibubapa mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.Alhamdullilah.

Sekadar ingatan dan renungan bersama sebagai seorang anak tentang kedudukan ibubapa dalam islam.

Pertama: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.


عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "رضى الله في رضى الوالدين. وسخط الله في سخط الوالدين" أخرجه الترمذي. وصححه ابن حبان والحاكم.
Maksudnya: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Hubungan seorang anak dengan ibubapa akan memberi kesan dalam hubungannya dengan Allah. Namun begitu,dek kerana ingin berbuat ibubapa, anak-anak janganlah sesuatu yang maksiat kepada Allah. Taatilah ibubapa selagimana tidak bercanggah dengan syariat-Nya.Sebagai contoh,jika ibubapa menyuruh kita membeli rokok atau arak yang cenderung kepada maksiat,kita tidak perlulah mentaatinya.

Kedua: Derhaka kepada ibubapa merupakan dosa besar.

Seringkali kita dihujani dengan kisah si tenggang yang menderhaka kepada ibunya dan kita cukup membencinya. Bagaimana dengan diri kita?Derhaka itu membawa skop makna yang cukup luas untuk ditafsirkan. Sedarkah kita meninggikan suara,menyindir mereka dan membiarkan mereka ketika mereka memerlukan kita adalah antara cabang derhaka seorang anak kepada ibubapa? Apatah lagi jika seorang anak menyepak dan memukul insan yang berglar ibubapa..

Ketiga:Ibu lebih utama daripada bapa

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Antara sebab ibu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada ayah:

1. Kesusahan yang ditanggung ibu sewaktu mengandung dari segi fizikal mahupun mental
2.Proses pembesaran janin yang dirasai oleh ibu.
3.Tahap yang paling berat ialah sewaktu melahirkan anak. Namun,itu antara perkara yang cukup membahagiakan insan bergelar ibu
4.Setelah melahirkannya,ibu merupakan insan yang sangat menjaga keperluan anaknya. Seorang ibu pasti punyai naluri yang kuat tentang anaknya.
5.Ramai anak yang cenderung untuk menderhaka kepada ibunya, kerana sifat ibu yang cukup lemah-lembut.

Keempat: Mengembirakan ibubapa

Hati ibubapa perlulah dijaga. Gembirakanlah mereka dengan perkara-perkara yang tidak melanggar syariat-Nya. Sebagai contoh,kejayaan anak mampu mengembirakan mereka dan membuatkan mereka tersenyum.Malangnya,ada di antara anak-anak yang sudah berjaya sanggup tidak mempedulikan mereka. Ibubapa menanti anak kesayangan untuk pulang ke kampung tetapi penantian mereka tidak dihargai oleh si anak.Hal ini melukakan hati mereka yang sentiasa merindui kita.

Kelima: Wajib meminta izin daripada ibubapa walaupun dalam hal agama.

Apapun yang hendak kita lakukan,mintalah izin daripada mereka.Namun begitu,jika sememangnya perkara itu ditegah syarak seperti minum arak,tidak perlu sama sekali.Hal ini kerana sudah jelas hukum haramnya.

Keenam: Kehinaan anak yang tidak berbuat baik terhadap ibubapa yang telah lanjut umurnya.

Apabila ibubapa telah lanjut usia,sememangnya semakin besar cabaran buat anak-anak untuk berbuat baik. Cabaran itu sebenarnya memudahkan jalan anak-anak menuju ke syurga. Sabarlah wahai anak-anak!Mereka sebenarnya membuka pintu ke syurga dengan sifat mereka yang sinonim dengan cerewet ekoran tahap kesihatan yang semakin berkurangan.

Ketujuh: Jangan sesekali membenci dan memutuskan hubungan dengan ibubapa

Perkara ini ditentang terus dalam islam. Hubungan antara anak dan ibubapa sama sekali tidak akan putus.

Kelapan: Doa ibubapa pasti dimakbulkan.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:
Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.

Beruntunglah kita yang masih mempunyai ibubapa.Setiap kata-kata mereka adalah doa. Ibubapa juga perlu memanggil anak dengan gelaran yang baik.

Kesembilan: Doa anak kepada ibubapa

Begitu juga dengan doa anak-anak terhadap ibubapa.Anak yang berbuat baik terhadap ibubapa dipandang tinggi.

Kesepuluh: Ibubapa berhak dalam memilih pasangan hidup buat anak tercinta.

Memang ibubapa tidak boleh memaksa kita berkahwin dengan seseorang yang tidak disukai. Kita juga sama sekali tidak boleh memaksa ibubapa menerima menantu yang tidak disukainya.Kesimpulannya,perlu ada persetujuan antara anak dan ibubapa.Janganlah membelakangkan mereka dalam soal ini.

sekian,wallahu'alam.

ditag Cik Sarah Saadi=)

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:59 PM 2 comments
bismillahirrahmanirrahim..
sarah,ampunkan saya,baru je perasan ditag oleh kamu=p
ok ready.one two, go.....

1) Adakah anda rasa anda hot??
erkk?? huhu...hot sbb tgh cuaca panas ni=p


2) Upload wallpaper PC/laptop yang anda guna sekarang!


3) Cerita pasal gambar.
gambar ni saya edit sendiri.dalam gambar ni ada sebahagian insan2 yg saya sayang dalam hidup saya=)

4) Bila kali terakhir anda makan pizza?
dah lame lah..saya pun xingat.


5) Lagu terakhir anda dengar?
what should i do (korean song)


6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
minum air sambil jwb soalan2 ni.


7) Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
ouh soalan ni.banyak..antaranya,imah,angah,adik,akak,budak kecik,budak korea=p
haha


8) Tag lagi 8 orang :
ramainyer nak kena tag ni..
1- Nurul Akrimi
2- Salsabiila
3-Nurafizah
4-Norahil Husna
5-Amirah Zailani(Kak Amy)
6-Wafaa
7-Ibrahem Azaman
8-Abdullah Hashim


9) Siapakah orang no 1 kepada anda
kakak yang baik=)


10) Katakan sesuatu mengenai orang no 5
Dia ni akak sepupu saya,suka jalan2.hehe


11) No 3 ada hubungan dengan siapa?
dengan siapa?? dengan keluarga n kitaorg semua as kawan dia kan??=p


12) Bagaimana pula dengan no 4?
alamak! saya tak taulah..ade ke nora??


13) Pesanan buat orang no. 6
jangan nakal2=p n ceria sokmo deh!


14) Kata-kata cinta untuk orang no. 2
saya sayang dia tak kire apepun!=)


15) Adakah no. 7 dan no. 8 mempunyai persamaan?
ade2...dua dua pun ex-classmates saya masa sekolah menengah.=p


16) Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang men-tag anda.

Sarah
seorg yg nmpk happy tapi hati dia agak sensitif.
sangat suka warna pink
suke bwkkan makanan tok kitaorg
sokmo online,chatting ngn sapela tuh=p
agak rapat dgn saya sewaktu di Nilai..


17) Persamaan antara kambing dan lembu
suka makan rumput=p

18) Perasaan anda buat tag ini.
gembira n agak serabut cket=p

19) Adakah anda tahu si Rizman itu sengal.
sape ni??

20) Gay or les?
i'm normal la..2 2 bukan!


akhirnya dah siap!
sarah oh sarah..
komen2!
kepada sesiapa yg ditag,silalah buat.
xnak buat pun tak pe..=)

Keajaiban Azan

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 7:43 AM 0 comments
bismillahirrahmanirrahim..
sudahkah kita mendengar kalimah azan pagi ini?
jika belum,apakata kita dengarkan kalimah azan sekarang.
Pada kalimah azan itu terdapat keistimewaannya yang tersendiri.
Tahukah anda azan bergerak dari timur Indonesia pada waktu Subuh dan mengelilingi dunia,dan kembali semula ke timur Indonesia.Kesimpulannya,azan bergerak mengelilingi dunia tanpa henti.
Jika diperhatikan,azan disyariatkan pada kelahiran bayi,mahupun ketika berlaku bencana.
Azan dipercayai dapat menurunkan gelombang dunia dan otak kepada tahap yang paling rendah.
Azan bukanlah seruan untuk menunaikan solat semata-mata tetapi membawa seribu satu hikmah di sebaliknya.
Azan merupakan terapi yang terbaik untuk diri manusia. Gelombang otak manusia terbahagi kepada empat:

1. Betha:ketika dalam keadaan stress,sedang berfikir atau apa-apa sahaja yang menyakitkan otak
2. Alpha: santai
3.Tetha: tidur-tidur ayam
4.Deltha: tidur nyenyak tanpa sebarang mimpi

90% daripada kita berada dalam gelombang betha. Azan berada dalam gelombang rendah. Ada hikmahnya mengapa kita disyariatkan untuk soal pada awal waktu? Hal ini kerana,pada waktu itu otak kita berada dalam gelombang rendah,iaitu selepas berkumandangnya kalimah azan.InshaAllah kita akan berada dalam keadaan tenang ketika solat. Namun begitu,jika kita soal di akhir waktu, gelombang otak kita sudah rosak iaitu pada kebiasaannya pada gelombang betha.

Azan juga digunakan dalam perubatan. Azan juga dapat membantu untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia. InshaAllah anak-anak mudah mendengar kata ibu bapa dan berkelakuan baik. Sebagai seorang pelajar, sebelum memulakan pelajaran,dengarlah dan hayatilah kalimah azan.InshaAllah ia dapat membantu menguatkan ingatan kita.
Semoga kita dapat mempraktiskan apa yang terbaik dalam hidup kita.
Wallahu'alam.

video ini buat renungan bersama,wallahu'alam.


Sunday, April 11, 2010

pertemuan semula setelah 8tahun terpisah.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 6:25 PM 0 comments
bismillahirrahmanirrahim..
usahaku dan harapanku kini bukan sekadar angan-angan.
alhamdullilah,begitu kuatnya ikatan persahabatan kami.
setelah 8tahun berpisah,saya dapat menjejak 7org sahabat baik saya sewaktu zaman sekolah rendah.
WANI,NADIA,AIN,SHEILA,MUSLIHA DAN KAK DE.
tak lupa buat adik angkat saya, RAFIDAH.dah besar dah=p
saya terpanggil untuk kembali mencari gambar2 kenangan kami sewaktu di bangku sekolah rendah,bersama-sama melalui zaman kanak-kanak,sungguh indah!
seronoknya saya tak terkata,mereka bukan setakat kawan2 sekelas.
malah lebih daripada itu.
teringat zaman sekolah,jika ayah ada mesyuarat ataupun ada kelas petang.
kebanyakan masa saya menunggu,saya habiskan di rumah mereka.
Terlalu banyak kenangan jatuh,berlari,ketawa,bermain,menangis dan sebagainya bersama mereka.
Saat-saat itu takkan saya lupakan walaupun dah bertahun berlalu.
Merekalah yang banyak meninggalkan kesan dalam kehidupan kanak-kanak saya.
Kerna boleh dikatakan kebanyakan masa saya dihabiskan di sebuah sekolah yang sentiasa terukir namanya di hati saya,ingin saya kembali ke sana!
Sekolah Kebangsaan Lebak.
Cikgu-cikgu juga tak sangka saya sudah sedewasa ini.
Ramai cikgu yang saya dah lama tak jumpa.
Sahabat-sahabat arwah ayah saya,mereka juga ibarat sahabat saya.
Saya harap saya dapat menemui lebih ramai rakan2 dan guru2.
inshaAllah kita akn bertemu jika semuanya cuti!
mungkin sesetengah orang berpendapat kita tak patut hidup dengan kenangan.
tapi bagi saya,setiap insan yang hadir dalam hidup saya punya tempat di hati saya.
setiap insan itu punya keistimewaan tersendiri.
setiap pertemuan ada perpisahan, namun begitu apa yang saya nak semua insan yang pernah,sedang atau bakal hadir dalam hidup saya tahu,setiap daripada kamu itu berharga.
sekian..
terima kasih semua.






rafidah(mule2 jmpe kat friendster)
kak de@rasyidah(kat fb)
ain(no hp)
nadia(friendster)
sheila(friendster)
musliha(friendster)
wani(no hp)

Saturday, April 10, 2010

عيد ميلاد

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 11:09 PM 0 comments
bismillahirrahmanirrahim
to Dina(my nephew),Kak Efa(my cousin) and Apak (My uncle)
i just want to say:

생일 축하
生日快乐
joyeux anniversaire
お誕生日おめでとうございます
all of these mean: happy birthday!

semoga panjang umur dan sentiasa dirahmati Allah






Friday, April 09, 2010

sem 1,finally,it's over.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 6:36 PM 0 comments


imah sayang korang>su,kimi dan bella

kenangan jamuan


my friends

maong kami

xckup dgn meja=p

Thursday, April 08, 2010

Kisah.

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 2:48 AM 0 comments
bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah segalanya dah selesai. saya kembali di rumah untuk 3 bulan.
apa yang akan saya buat?
sebelum cuti ni, pelbagai kisah terlukis dalam diari hidup saya.
Antaranya,

Kisah 1
23hb Mac
Malam tu kami sibuk buat persediaan untuk final BM.
Si Kucing yang saya panggil Maong mengiau-ngiau kat luar.
Rupa-rupanya nak bersalin.
Ini bukan kali pertama saya lihat kucing bersalin.
Kucing ni pun perlukan teman sewaktu nak melahirkan anak.
Dapat 3 ekor anak kucing,sangat comel.
Malangnya selepas 1 minggu anak kucing hitam hilang.
Puas kami cari,mungkin dimakan.
Kimi kata tu kucing saya,dapat lagi 3 ekor.Kelabu,Hitam dan Kelabu.
Saya mula terfikir,kucing pun sayangkan anaknya.Mengapa ada manusia yang sanggup membuang anak mereka? Kes-kes pembuangan bayi semakin meningkat.
Kami jaga kucing ni,walaupun kucing ni bawa lari anak-anaknya yang 2 ekor kerana takut selepas peristiwa anaknya yang hitam hilang,kami ambil balik.
Sayangnya kami hanya sempat tengok kucing-kucing ni membesar selama 3minggu.
Sedih rasanya terpaksa meninggalkan kucing-kucing ni. Harap dapat membesar dengan baik.
InshaAllah lepas 3 bulan saya akan cari balik anak-anak kucing ni.
Secara tak langsung,dapat bantu kami release tension,indahnya susunan alam ini.

Kisah 2
Sepanjang exam,kami berempat agak tension,mungkin. Terima kasih saya ucapkan buat semua lecturers dan sahabat-sahabat untuk sem 1 terutamanya kawan2 bilik saya,Kimi,Su dan Bella.Walaupun kelihatan seperti banyak konflik,kita tetap sahabat.Maaf saya tujukan buat mereka dan sahabat-sahabat yang lain. Saya hanya mampu mencuba yang terbaik dan saya mungkin tak mampu mengembirakan anda semua. Apapun kenangan sem 1 tetap akan bersemadi dalam kotak ingatan saya.Alhamdullilah dikurniakan insan-insan yang sentiasa menyokong saya terutama mak saya. Saya sayang anda semua.

Kisah 3
Alhamdullilah,selesai saja exam.
Saya,Paan,Bella dan Su keluar pada 7hb. Kami ke Times Square.
Saya gembira sangat untuk hari tu. Terima kasih semua.

Wednesday, April 07, 2010

esok kembali berblog

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 12:46 AM 0 comments
macam2 cerita..
berlaku dalam perjalanan hidup ini.
esok sambung..

Thursday, April 01, 2010

kehidupan penuh warna-warni

Coretan daripada Nor Halimah Ahmad Ramli at 7:06 PM 0 comments
assalamualaikum
sudah lama meninggalkan dunia blogger.
masa dan keadaan tak mengizinkan.
macam2 terjadi,ada suka ada duka.
masih ada 2 papers.
sambung taip selepas 5hb ni.
good luck for AIKOLIANS...
 

Flavor of my life Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea