By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim. alhamdullilah segalanya dah selesai. saya kembali di rumah untuk 3 bulan. apa yang akan saya buat? sebelum cuti ni...

Kisah.

bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah segalanya dah selesai. saya kembali di rumah untuk 3 bulan.
apa yang akan saya buat?
sebelum cuti ni, pelbagai kisah terlukis dalam diari hidup saya.
Antaranya,

Kisah 1
23hb Mac
Malam tu kami sibuk buat persediaan untuk final BM.
Si Kucing yang saya panggil Maong mengiau-ngiau kat luar.
Rupa-rupanya nak bersalin.
Ini bukan kali pertama saya lihat kucing bersalin.
Kucing ni pun perlukan teman sewaktu nak melahirkan anak.
Dapat 3 ekor anak kucing,sangat comel.
Malangnya selepas 1 minggu anak kucing hitam hilang.
Puas kami cari,mungkin dimakan.
Kimi kata tu kucing saya,dapat lagi 3 ekor.Kelabu,Hitam dan Kelabu.
Saya mula terfikir,kucing pun sayangkan anaknya.Mengapa ada manusia yang sanggup membuang anak mereka? Kes-kes pembuangan bayi semakin meningkat.
Kami jaga kucing ni,walaupun kucing ni bawa lari anak-anaknya yang 2 ekor kerana takut selepas peristiwa anaknya yang hitam hilang,kami ambil balik.
Sayangnya kami hanya sempat tengok kucing-kucing ni membesar selama 3minggu.
Sedih rasanya terpaksa meninggalkan kucing-kucing ni. Harap dapat membesar dengan baik.
InshaAllah lepas 3 bulan saya akan cari balik anak-anak kucing ni.
Secara tak langsung,dapat bantu kami release tension,indahnya susunan alam ini.

Kisah 2
Sepanjang exam,kami berempat agak tension,mungkin. Terima kasih saya ucapkan buat semua lecturers dan sahabat-sahabat untuk sem 1 terutamanya kawan2 bilik saya,Kimi,Su dan Bella.Walaupun kelihatan seperti banyak konflik,kita tetap sahabat.Maaf saya tujukan buat mereka dan sahabat-sahabat yang lain. Saya hanya mampu mencuba yang terbaik dan saya mungkin tak mampu mengembirakan anda semua. Apapun kenangan sem 1 tetap akan bersemadi dalam kotak ingatan saya.Alhamdullilah dikurniakan insan-insan yang sentiasa menyokong saya terutama mak saya. Saya sayang anda semua.

Kisah 3
Alhamdullilah,selesai saja exam.
Saya,Paan,Bella dan Su keluar pada 7hb. Kami ke Times Square.
Saya gembira sangat untuk hari tu. Terima kasih semua.

0 ulasan: