Bismillahirrahmanirrahim
Kali ni "triple wishes" punya edisi. Buat sahabat-sahabat tersayang yang lahir pada bulan Jun ni.
^_^
1 ,13 dan 23.
Itu tarikh lahirnya mereka bertiga ini.
Insan-insan yang cukup istimewa yang hadir dalam lakaran kisah hidup saya.
Pertama sekali, buat insan yang diberi nama Siti Nurul Aisyah binti Idris.
Merangkap kembar tak sama ibu dan bapa dan tak sama umur ni :p
Selamat hari lahir aok!:) Maaf nak tukar cakap loghat Pahang.
Maaf buat aok sedih sebab tak wish on pada waktunya sebab koi tak nak ganggu aok exam.
Apepon koi ingat birthday aok,mana boleh lupe weu.
Dah beso da aok wei. Semoga berjaya dalam semua perkara yang terbaik untuk aok. Jangan lupe tahun depan sile tukar status yer! :p kihkih, Sebab adik aok ni tak sabo nak nyibuk pada hari-hari sebelum aok tuko status te.:p Gurau~~
Apepon, selamat hari lahir yang ke 23. Thanks for being my twin aka my bff. Sayang aok:)
Kedua, buat sahabat saya yang asalnya jauh di seberang laut china selatan:)
Si comel ni namanya Nurafizah binti Alleh. Tak sangka dah hampir 5 tahun kenal awak bha.
Sempena hari lahir awak, semoga awak sentiasa dipermudahkan segala urusan.Balik Sabah elok-elok. WAAA.... rindu nak pergi Sabah lagi. Jaga diri baik-baik. Imah sayang Fyza:)
Ketiga, cek mek kite ni. Asal dari negeri Cik siti wan kembang. Namo yo Siti Kashrah. Saeng kawe hok ni nok 23 doh. Yeay! Kawe nok ngat g klate lagi,mung cepat-cepat la nikoh :p
Guro je. Besday mung dok tibe lagi. Kawe nok wish in advance bak kate omputih. Selamat hari lahir, awok.
Thanks for being my friend. Sonok kenal awok ni.:) Paling ketara, saing kawe hok ni ade minat same ngan kawe,suko makan! :) Rindu nak makan same:( Oh ye jaga diri baik-baik.
Semoga awok berjaya sokmo deh dan bahagia sokmo. Sayang awok:)
Itulah mereka. Istimewa di hati saya, sentiasa dalam memori saya. Alhamdullilah, syukur kepadaNya kerana memberi saya peluang mengenali mereka ini. Menceriakan kisah hidup saya:)
Semoga panjang umur dan dipermudahkan segala urusan. Semoga sentiasa dalam rahmatNya. Semoga bertambahnya umur kita, bertambah kita mengenaliNya^^
Sayang kalian semua^^
Wassalam.
*malam tadi mimpi Salsabiila dan Parihah:(( rindu mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan