By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdullilah.  Mak belikan sesuatu yang baru untuk saya petang tadi. Saya kebosanan tak boleh nak bakar...

Dapat hadiah baru daripada mak:)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah. 

Mak belikan sesuatu yang baru untuk saya petang tadi.
Saya kebosanan tak boleh nak bakar kek atau kuih apa-apa je.

Kenapa?
Sebab oven lama yang selalu jadi "teman" saya masa cuti dah "terkubur"
Sedihnya bila mak bagitahu tak boleh baiki dan dah kena buang:'(
Mak memang faham saya. Jadi petang tadi mak dah gantikan yang baru.
Seronoknya saya :) Maka dengan ini,bermula esok saya akan mula aktiviti "membakar" saya.
Sepatutnya malam ni tapi bahan-bahan tak cukup. Jadi,esok perlu ke kedai cari bahan.
Apa yang saya nak buat? Tunggu esok ya! Saya masih fikir-fikir lagi. 
Ada 2-3 resepi yang " menjengah " minda saya. Mana boleh buat semua sebab nanti siapa yang nak makan.
Budak-budak sinilah mangsanya hehe.

Untuk pengetahuan semua, saya kurang minat pada benda manis, jadi saya makan sikit je kek saya buat.(sampai tahap orang sekeliling saya yang tahu kena tanya saya dah makan manis belum:p)
Saya hanya suka buat je. Sikit-sikit boleh buat, bukan tahap pakar lagi.
Apapun seronok sebab dapat oven baru.
Inilah cik OVEN baru saya. Hadiah daripada emak saya.Terima kasih,mak^^ 

Hai cik Oven! Mari teman saya "membakar" makanan! :)




Wassalam

0 ulasan: