By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismilahirrahmanirrahim Alhamdullilah,tercapai juga apa yang saya duk "mengidam". Nak makan sushi. Nak pergi Sushi King ta...

Sushi oh Sushi!


Bismilahirrahmanirrahim
Alhamdullilah,tercapai juga apa yang saya duk "mengidam".
Nak makan sushi.
Nak pergi Sushi King tapi tak de geng yang makan sushi free hari ni*_*
Maka alternatif lain,saya buatlah sushi sendiri.
Bunyi sedih kan? Tapi tak pe,dah lama tak buat sushi ni. hehe
Petang tadi saya ke pasar raya bersama mak mencari bahan-bahan nak buat sushi.
Memang nak beli bahan sushi semata-mata-_-
hehehe...
Mak temankan sedangkan mak tak makan sangat sushi.
Gara-gara anaknya yang nak sangat ni.
Saya tak nak cerita kisah sushi tapi nak kongsi macam mana nak buat sushi.
Mudah je,inshaAllah. Janji cuba dulu.

Bahan-bahan

Bahan A

1 cawan beras sushi (saya guna jenama Sumo)
2 cawan air

Bahan B(kacau semua ni sampai larut ye)

2 sb cuka
1 sk gula
1  1/2 sk garam

Bahan C

Carrot(potong memanjang)
Telur dadar yang dah digoreng
Timun jepun(potong memanjang)
Isi ketam(potong memanjang)
Hot dog-rebus dan potong memanjang
Seaweed
Tikar sushi

Cara-cara

1- Mula-mula kita masak dulu bahan A,macam kita masak nasi,guna je rice cooker. Cepat dan mudah:)
*ni beras sushi sumo tu

2- Lepas dah masak nasi sushi, kita tuang je bahan B yang dah larut tu kat nasi sushi dan gaul. Lepas dah gaul,inshaAllah akan dapat rasa sushi^^


*ni seaweed yang saya guna

3-Lepas tu kita sediakan tikar sushi,letak seaweed.

4-Selepas dah bentang seaweed tu,kita letak nasi sushi tu,ratakan nipis dan kemas.
*ni saya baru letak,tak cukup kemas lagi :)

5-Kemudiam masuk je carrot,telur dadar,timun jepun ,isi ketam atau hot dog yang kita dah potong memanjang tu.
6-Akhir sekali gulung dengan kemas dan potong. Pastikan pisau tu tajam,baru kemas:)

Selamat mencuba semua!^^






2 ulasan:

Unknown berkata...

Kat mana nak beli tikar/seaweed/timun jepun/cuka tu ye? Puas saya cari sekitar kuantan, jumpa yg nasi tu je..

yang bahan2 tu ada kat pasar raya cam giant biasanya :) kalau tikar tu cari kat kedai Daiso, yg jual barang jepun:) tapi kat kedai biase2 pun ada rasanya >>> kai@aegis