By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim hari ni saya hanya keluar untuk ke hospital.Saya mengikuti mak dan sahabat-sahabatnya menziarahi seorang nenek yang...

ziarah ke hospital

bismillahirrahmanirrahim
hari ni saya hanya keluar untuk ke hospital.Saya mengikuti mak dan sahabat-sahabatnya menziarahi seorang nenek yang merupakan mak kepada sahabat mak saya.Innallilahiwainnailaihirajiun.

Saya ke hospital,terus menuju ke aras 7,wad Kenanga 12. Lama sudah saya tidak ke sini. Katil nenek terletak tidak jauh dengan tempat ayah saya menghembuskan nafas terakhir. Kotak fikiran saya kembali berputar ke masa lalu. Mengimbau saat dan detik waktu itu.
Perkara yang lepas cukup sebagai pengajaran untuk jadi lebih kuat. Sayu dan hiba tatkala melihat harapan keluarga setiap pesakit dan derita yang dialami si pesakit. Namun,jauh di sudut hati,sebenarnya mereka cukup bertuah kerana diperingatkan Yang Maha Pencipta. Bersabar ya,inshaAllah ada ubatnya.

Tanganku menyentuh kaki nenek. Saya dapat melihat kesan-kesan lebam di tangan dan kakinya dengan jelas. Sakitnya. Mungkin kerana sukar nak cari tempat nak cek darah nenek. Nenek tak mengadu sakit.
Saya juga dapat lihat di sebalik riak wajah nenek jelas terpancar kegembiraannya. Sebab apa? Semua itu bila anak-anaknya datang menjaga dan membelainya. Hati ibu mana yang tidak akan tersentuh. Jangan hanya anak yang fikirkan mereka mahukan belai manja ibuayah. Ibu Ayah juga memerlukan kasih sayang si anak. Jangan pernah lupakan mereka apatah lagi mengabaikan mereka.

Nenek juga tak selera makan. Teringat kata-kata orang,masa ni makanlah,nikmati apa yang ada sebaiknya kerana mungkin bila sudah lanjut usia selera juga menghilang tanpa sebab dan alasan Walaupun kadang-kadang nenek ada karenah tersendiri,kena sabar dengan nenek. Jaga orang sakit memang menuntut kesabaran yang tinggi. Mungkin inilah peluang untuk belajar bersabar. Sebenarnya Allah nak bagikan pahala di sebalik itu,inshaAllah.

Saya juga suka memerhatikan doktor-doktor dan jururawat-jururawat dalam wad. Tekun dan fokus ketika menjalankan tugas mereka. Saya kagum dengan mereka. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik mereka.=)

Saya pulang meninggalkan hospital jam 6.30 petang. Semoga nenek cepat sembuh. InshaAllah.Walaupun ini baru kali pertama tengok nenek,saya rasa sayang untuk tinggalkan nenek.Syafakillah^_^
Teringat sebuah hadis s.a.w:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).




0 ulasan: