By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdullilah selamat kembali ke Pahang,negeri sendiri. 3hari berada di Johor,tetapi bukannya di kawasan kampung h...

Jelajah hingga ke Penghujung Benua Asia

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdullilah selamat kembali ke Pahang,negeri sendiri.
3hari berada di Johor,tetapi bukannya di kawasan kampung halaman ayahanda tercinta.
Saya dan ibu menziarahi keluarga sahabat baik ayah dan mak di hujung negeri Johor.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6jam untuk sampai ke kawasan Rengit,sempadan antara daerah Batu Pahat dan Pontian.
Merentasi desa dan seterusnya menyelusuri lebuh raya Utara Selatan dari Tangkak ke Simpang Renggam.
Terima kasih buat Aty,Pak Cik Sarnin,Mak Cik Rubi dan nenek atas layanan yang diberikan.
Sepanjang berada di sana,walaupun hanya 2 malam,masih sempat kami berkunjung ke tempat-tempat menarik.

21 Mei 2011
Ditemani rintik hujan,kami keluar ke beberapa tempat-tempat menarik.
Pertama, Tg Piai,Pontian. Ingin saya kongsikan kenapa kawasan ini antara kawasan yang menjadi destinasi pelancongan yang menarik.
Mungkin ada antara kita yang begitu asing apabila mendengar nama Tg Piai,mungkin juga ia lebih dikenali dikalangan pelancong asing.
Kenapa tidak kita menghargai destinasi yang ada dalam negara kita dulu sebelum bercuti ke luar negara.
Tg Piai merupakan antara destinasi pelancongan yang hangat dipromosikan. Di situ letaknya Taman Negara Johor. Tg Piai terletak di daerah Pontian, dan menariknya ia merupakan kawasan yang paling hujung dalam benua Asia. Tg Piai dinamakan sempena nama pucuk paku yang terkenal di kawasan tempatan yang bernama pucuk paku piai. Tg Piai diliputi dengan berbagai jenis flora seperti pokok bakau yang tumbuh di tepi laut. 4.7% pokok bakau di Malaysia terdapat di kawasan ini. Terletak di mukim Kukup,kawasan ini hanya 38.3km dari negara jiran,Singapura. Tg Piai kaya dengan khazanah alam yang asli dan tidak diterokai. Di sana saya berpeluang melihat ikan yang mempunyai kaki, subhanallah.
Bayaran masuk adalah sebanyak RM3 untuk warganegara Malaysia ,manakala bagi warga asing sebanyak RM 5. Bagi memudahkan pelawat menikmati keindahan hutan baya bakau sehingga ke tengah laut, laluan-laluan khas bagi pejalan kaki disediakan. Itulah menariknya. Terasa diri ditiup angin laut yang bergelora sungguh mendinginkan. Pertama kali berjalan kaki di atas laut,berbeza apabila kit menaiki feri kerana feri itu yang bergerak. Di sini,kita dapat merasai dan menghargai keindahan alam semulajadi dengan puasnya. Walaupun cuaca hujan,itu tidak menghalang kami untuk terus bergerak. Walaupun tidak sampai ke semua bahagian,saya dah cukup gembira. Lain kali nak pergi lagi.












Seterusnya ke ayer itam.
Kawasan ini popular dengan tempat jualan pasu-pasu,bunga-bungaan,patung-patung dan macam-macam lagi perhiasan rumah.
Dah banyak kali saya ke sana.
Kali ni saja nak tengok-tengok dan beli sedikit barang sebagai kenangan.
Selain daripada tu,kat sini ternampak pula rengina yang dirindui.
Rengina ni antara makanan yang popular di Melaka sebenarnya.
Kami pusing-pusing sana dan pulang.

Malam tu selepas berehat sebentar di rumah,kami keluar makan di Rengit.
Tak lah jauh sangat ,lebih kurang 10km agaknya.
Pak Cik Sarnin belanja makan,terima kasih.
Lepas tu pulang ke rumah semula.

Akhir kata,saya nak mengucapkan terima kasih pada Aty Mariam&keluarga.
Jom lah datang ke sini^_^

wassalam.


0 ulasan: