By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim. alhamdullilah. Segala-Nya diatur dengan begitu baik oleh-Mu. Terbaik buat hamba-Mu yang kerdil ini. Hadiah daripad...

Hadiah di sebalik ujian.



bismillahirrahmanirrahim.
alhamdullilah.
Segala-Nya diatur dengan begitu baik oleh-Mu.
Terbaik buat hamba-Mu yang kerdil ini.
Hadiah daripadaMu di sebalik semua ujian yang melanda diri ini.
Diri ini seringkali alpa dibuai mimpi-mimpi yang mampu melemaskan diri sendiri.
Namun,Allah itu Maha Penyayang. Tak pernah membiarkan diri ini sendiri.
Ujian diberikan bagi mengingati diri ini,dunia ini hanyalah pentas lakonanku.
Kembalikanlah niatku pada-Mu yang Maha Satu,ingatkanlahku selalu.
Peliharalah tiap rentakku sentiasa dalam jagaan-Mu.
Semoga aku juga menjadi seorang hamba yang menjaga setiap yang ditetapkan oleh-Mu.
Kembali mengingatkan semua yang berlaku sebelum ini,cukup perit dirasakan.
Namun,Dia tidak pernah meninggalkanku,itulah hadiah yang cukup bererti.
Manusia mungkin boleh hilang kasihnya tetapi Dia sentiasa menyayangiku.
Semua itu ranjau yang penuh dengan duri-duri yang membuatkan diri ini lebih mengerti.

Setiap manusia itu diberikan dengan pelbagai ujian,cuma berbeza.
Tipulah jika seseorang manusia itu menuturkan yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Indahnya hidup itu hanya kerana-Mu.
InshaAllah segala apa yang melanda mampu diredah.
Yakinlah,Allah menguji seseorang kerana mempunyai rahsia-Nya yang tersendiri, sama ada mahu menambahkan tahap iman seseorang atau menguji sejauh mana tahap keimanan seseorang itu. Ujian itulah yang bakal membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan berputus asa dalam kehidupan ini,laluilah setiap dugaan itu dengan sebaiknya. InshaAllah ujian itu mematangkan kita.Jangan persoalkan kenapa hanya kita diuji. Yakinlah bahawa Allah telah mengaturkan yang terbaik,kita sebagai hamba-Nya perlulah bersabar sentiasa.

Alihkanlah pandangan kamu kepada lautan yang membiru tetapi hanya Allah yang tahu apa di dalam-Nya. Alihkan juga matamu itu kepada seseorang yang sentiasa ketawa riang,namun hanya Allah yang tahu tentang rahsia kehidupannya.Alihkan pandangan itu kepada sungai yang kekal mengalir walaupun beribu batuan menghalangnya. Jika masih berputus asa atau sedih,alihkan juga pandanganmu pada langit yang membiru,memayungi bumi,yakinlah bahawa Allah sentiasa ada menemani kita semua.

Dekatkan diri kepada-Nya. Jangan pernah tinggalkan-Nya tidak kira susah atau senang. Dialah yang memegang hati-hati kita,yang menguasai seluruh alam semesta. Jika berasa kurang kuat,carilah sahabat-sahabat yang mendekatkan kita kepada-Nya.Berzikirlah sentiasa ,moga diri ini sentiasa dekat dengan -Mu.
“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )

Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong saya secara langsung ataupun tidak terutama ibubapa,guru2,pensyarah2,sahabat2,keluarga dan semua. Setiap insan yang hadir dalam hidup saya mengajar saya erti warna-warni kehidupan.That's the flavor of life.
Tahniah buat yang berjaya mengharungi pahit getir ujian.

salam maal hijrah

Tak lupa,salam maal hijrah buat semua. Semoga tahun baru disertai dengan penghijrahan,azam baru,inshaAllah.
Akhir kata,wassalam.Jaga diri.Hiduplah kerana Allah kerana di situ barulah kita menghayati indahnya hidup kurniaan-Nya.

4 ulasan:

langittasbih berkata...

mari berubah kearah yang lebih baik ye mamah..

tegur2 dan nasihat kimi kalau ada salah dan silap eh..

;)

tegur mamah juga..
ingatkan mamah juga^_^

roses berkata...

salam...bleh x nk sebuk gak :)
WISHING U A HAPPY MEMORIES OF THE PAST AND A GREAT BEGINNING for THE COMING Of HIJRAH to adek ima.. :)
suke sgt pos ima yang nih ;)

wslm..
boleh2=) hehe

thanks..
kak acu! rindu sama kamu...
time kasih baca,sekadar perkongsian rasa,semoga semua mendapat manfaat.

=)