By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismilahhirrahmanirrahim.. ingin saya rungkaikan sebuah kisah,demi perubahan. adakah sudah ada perubahan pada diri kita? saya pasti dari...

:Perubahan:


bismilahhirrahmanirrahim..
ingin saya rungkaikan sebuah kisah,demi perubahan.
adakah sudah ada perubahan pada diri kita?
saya pasti dari segi fizikalnya diri kita ini,pasti ada yang berubah.
bermula dari bayi sehinggalah kita sekarang.

bagaimana dengan aspek kehidupan kita?sudah terdapat sebarang kejayaan yang membanggakan telah kita kecapi?bukan sahaja buat manfaat diri sendiri tetapi juga buat setiap insan di sekeliling kita yang sentiasa mengharapkannya.
Atau kita hanya asyik memerhatikan kejayaan orang lain? Melihat rumah yang gah. Kereta yang mewah. Insan-insan ternama yang berjaya dalam bidang-bidang yang diceburi mereka. Apakah semudah kiraan 1,2 dan 3 untuk mengecapi kejayaan seperti si pemilik rumah banglo di atas bukit?? Pasti jawapannya tidak.Kejayaan juga bukan diukur dengan banyaknya harta.

Renungi dan selusurilah kehidupan mereka sebelum mengecapi kejayaan seperti sekarang. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian. Belajarlah dari pengalaman mereka bahawa kejayaan perlukan langkah. Tanpanya,bagaimanakah kejayaan dapat dicipta?Tekad diperlukan bagi mengubah diri secara efektif.

Jangan hanya leka dan berangan mahukan kejayaan seperti Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
,Donald Trump dan Bill Gates jika kita sendiri tidak memulakan langkah bagi meneruskan perjuangan.Jangan sesekali hentikannnya kerana hidup ini adalah perjuangan. Pengorbanan memang diperlukan.

Seperti dalam sebuah empayar perniagaan yang berdiri gah. Semua bermula dari perusahaan yang kecil. Jalur perjuangan diselusuri dengan penuh semangat.
Betapa perubahan memerlukan pengorbanan. Betapa perlunya dalam diri setiap insan titik permulaan bagi mencipta kejayaan yang berlipat ganda.

wassalam.

pesanan buat diri yang memiliki seribu satu impian serta masih melakarkan harapan dalam kehidupan.

0 ulasan: