Bismilahirrahmanirrahim Baru-baru ni Kak Limah tengok Dr @putriafzanmaria kat TV alhijrah. Memang tunggu je, bukan senang nak dapat p...
TANTRUM
Baru-baru ni Kak Limah tengok Dr @putriafzanmaria kat TV alhijrah. Memang tunggu je, bukan senang nak dapat perkongsian camni.
Kak Limah pun ibu dan ada anak fasa umur tantrum. Tak nafikan nak didik anak bukan semudah ABC. Jadi mak ayah wajib gali ilmu sokmo. Tengok tv pasal tantrum tadi, memang terbaik perkongsian Dr.
Tantrum tu normal jer. Tak tantrum tu mungkin pelik. Otak ni 90% emosi. Pastu umur tantrum biasanya 2-4 tahun, mana yg da lepas fasa ni lega la kot 😂 masa ni anak baru nak teroka perasaan. Anak ni the best manipulator sbb boleh test kesabaran ibubapa hihi
Dr kongsikan td ada 3 jenis tantrum ni:=
Pertama, yang nak perhatian/attention. Elok je main tetiba menangis, haaa sudah. .
Kedua, yang tantrum nakkan something. Contoh nak mainan kat toy r us. Masaklah mak nak membeli. Eh nanti dlu.
.
Ketiga, throw tantrum. Ni mcm mak ajak mandi anak tak nak dan tak nak.
Fasa tantrum ni pulak ada 3 jenis.
1. Stage biasa kita tengok anak nangis.
2. Fasa baling2 badan atau barang / guling2 atas lantai. Ni la fasa banyak mak bapak tewas sebab stigma takut malu kat public.
3. Fasa nangis nak reda& merengek.
Camne nak handle?
Masa tengah 1st stage tu jangan bercakap dengan anak. Just imagine kalo orang tengah mengamuk, whatever you say tak de guna. Mcm tu jugak ngn anak. Just tengok je, msti berada kat situ. Jangan tinggalkan anak. Masa tu anak akan belajar cause and effect, "oh aku nangis cmni, mommy biar je, fine".
Kita jangan melenting marah2.
Masuk fasa 3,baru kita datang kat anak pujuk anak tp kena ada prinsip dan tegas dalam kelembutan. Wajib jaga ayat kita. Ckp" yes mommy faham u sedih" then pujuk.
Pentingnya kita jaga masa tantrum sebab 90% otak adalah emosi dan 6 tahun pertama penting nak bantu develop EQ anak. 10% je IQ, jadi kena fokus pd EQ lebih. Kalo 90% x cantik camna nak support 10% tu kan?
Antara cara nak bantu 90% tu, bagi pengalaman pada anak. Pengalaman tu bukan hanya duduk kat meja kerusi which is banyak mak ayah buat. Pengalaman tu diperolehi melalui bermain, dan dptkan tingkat neuron development. Unik kan? Bermain tu sgt membantu anak utk 90% EQ dia. Bukan terus ajak baca buku sedangkan anak nak main dan belum ready mbaca.
Terima kasih Dr. Putriafzamaria atas perkongsian^_^
AKTIVITI ILYAS : Learning Shapes on the floor TING TING BENTUK DI LANTAI . . Ilyas buat ni masa bulan lepas. Hari ni Ilyas da 22...
(Aktiviti Ilyas 21 bulan) Learning Shapes on the floor
Hai semua! Lama cuti kan? Kak Limah pun busy turun KL kenduri sepupu. 2 hari berulang ke Bangi berarak. Hehe. . . Hari ni back to r...
Cekodok Daging ala-ala Meatball
Hai semua. Kak Limah rasa dah bersawang blog ni kan? Tak de cite ape. Kak Limah macam ni je,duk handle rumah sambil buat bisnes. Sempat jug...
(Aktiviti Ilyas) Free Drawing
Kak Limah macam ni je,duk handle rumah sambil buat bisnes. Sempat jugak selit aktiviti untuk si kecil kitaorang,Ilyas.
Tadaa. Kali ni guna water colour lagi hehe Sebab Ilyas memang suka dan dari minggu lepas dia duk ambil water colour tu bawa kat Kak Limah. Tapi sokmo waktu malam,memang Kak Limah tak layan lah hehe Ajak dia main benda lain.
Meh tengok camna Ilyas main.
![]() |
| Hasil Ilyas buat. Lawo kan? hihi |
FREE DRAWING
Dah lama tak buka water colours Ilyas. Here you go, anak. Kak Limah kasi can comot-comot. .
Kak Limah sediakan kertas, warna air, berus(first time Ilyas tengok berus warna, selalu berus mekap jer haha)
First of course Kak Limah demo2 je sebab Ilyas tak pernah lg guna berus, selalu pakai tangan atau kapas je main warna air. Dia suka sangat main water colour.
![]() |
| Tekun amat anok ibu ni |
Kak Limah nak share FREE DRAWING ni bagus untuk perkembangan anak. Kalau ikut montessori concept pun, FOLLOW THE CHILD. Awal2 ni tak perlu pun beli buku mewarna, just bagi je anak a piece of paper and you will be surprised dengan hasil contengan anak. Boleh tengok apa anak cuba lukis dan warna dengan confident. .
![]() |
| Dia duk ceramah ngan berus lak haha |
Motor skill anak pun develop. Sesekali bagi anak experience main camni. Zaman ni tak mcm zaman kita redah je hutan semak. Kat bandar kena jadi kreatif nak bagi anak main apa untuk bantu mereka.
Tulah aktivinya hehe
Kalau nak jenguk apa Kak Limah jual jangan lupa klik
MYOHSEMBABY
MYOHSEMCOSMETIC
Hai mama papa! Selamat malam mama papa. Haa petang tadi buat apa dengan anak-anak? Wajib selitkan apa-apa aktiviti bersama mereka ter...
5 Perkara Dilarang Dilakukan Kepada Bayi
Selamat malam mama papa. Haa petang tadi buat apa dengan anak-anak? Wajib selitkan apa-apa aktiviti bersama mereka terutamanya hari kita tak berkerja. .
Bagi anak yang masih bayi, pun sama pentingnya. Perlu spend masa dengan mereka dan kali ni Kak Limah nak share tentang 5 PERKARA DILARANG MAMA PAPA LAKUKAN TERHADAP BAYI.
Kak limah pasti kita pun tak suka kalau perkara dilarang ni dilakukan terhadap kita, sama juga bayi kita pun ada perasaan. .
Walaupun mereka masih bayi, keperluan psikologi mereka tetap wajib dijaga. Sebab apa? Kesannya sampai mereka dewasa. .
Mereka memang tak mampu memberontak sewaktu masih bayi tetapi jika kita buat perkara dilarang ni, ia mampu mengganggu perkembangan bayi dan seterusnya buatkan bayi stress dan membesar jadi seorang yang tak happy.
1. DILARANG TIDAK PEDULIKAN BAYI
Bayangkan mama papa dalam kesakitan atau kesedihan, meminta pertolongan tapi tidak diendahkan. Mesti kecewa kan? Begitu juga dengan bayi. Bayi akan rasa lagi teruk daripada kita. .
Sebab apa? Sebab bayi dalam proses perkembangan otak yang cepat untuk belajar keperluan psikologi. Bayi sedang mengerti bagaimana masyarakat bersosial?
Kita kena ingat hampir kesemua perkembangan anak berlaku selepas kelahiran. Ya sangat2 penting waktu bayi sebab 75% daripada otak berkembang (especially setahun pertama) dan waktu ni anak sedang belajar epigenetik efek atau bagaimana mereka mahu memberi ekspresi terhadap sesuatu(bergantung macam mana kita bagi perhatian pada mereka). Hakikatnya MEREKA BELAJAR DARIPADA KITA!
Bagi BAYI, dibiarkan menangis sendirian bermaksud DISEKSA. Kenapa? Teknikalnya bayi sudah biasa berada dalam rahim ibu,terjaga dari dunia luar,mereka bersama ibu sentiasa. Mereka ambil masa untuk membiasakan diri dan memerlukan kita.
Jika bayi kerap ditinggalkan menangis sendirian dan mendapat tekanan,sebenarnya kita sedang melatih mereka menjadi seorang yang sentiasa cemas dan kurang percaya pada diri sendiri dan orang lain. Kita selalu lupa tak sedar mereka sedang belajar. Kita boleh lihat kesan buruknya mungkin 10 tahun akan datang jika biarkan mereka.
Apabila bayi yang masih kecil menangis itu bukan tantrum atau terlalu manja. Itulah cara mereka berkomunikasi.Jangan tinggalkan mereka, santuni mereka sebaiknya. Membiarkan mereka menangis berpanjangan juga tidak elok. Ia boleh membunuh perkembangan mereka. Komunikasilah dengan mereka dengan cara dodoi, hiburkan mereka, pastikan mereka kenyang, selesa.
3. DILARANG TINGGALKAN MEREKA SENDIRIAN
4.DILARANG TIDAK MEMEGANG MEREKA JIKA KEADAAN MENGIZINKAN
Anda nak ke taman? Nak ke shopping mall? Suami kerja ataupun ada hal lain. Stroller sangat membantu bila anda nak kelu...
JENIS-JENIS STROLLER
- Anda nak guna ke mana?
- Anda akan simpan kat mana?
- Nak guna untuk berapa baby?
- Bajet berapa anda ada?
- Stroller ada banyak bajet. Dari yang kos 100 lebih sampailah beribu. Wajib tahu bajet sebab lagi senang nak cari mana yang okay untuk anda.
- Stroller ringan berbentuk lipat payung atau umbrella dengan fungsi pelbagai dan ada extra storage sangat best untuk yang nak travel bersendirian dengan anak.
- Pencarian stroller biasanya digunakan untuk pergi banyak tempat dan untuk tempoh lama hingga anak seterusnya. Jadi kena consider semua tu.
- Besar, selesa dan tempat duduk best
- Kerusi boleh dipasang mengadap ke depan atau mengadap ke belakang ie ke mama papa
- Ada yang boleh jadi carseat terus wow!
- Rekabentuk yang sesuai mengikut perkembangan anak,dari bayi baru lahir (ada jadi carseat)hingga kanak-kanak (sampai berat 36kg pun ada)
- Kanopi atau atap stroller yang boleh kembang luas
- Tayar kukuh yang boleh tahan brek secara mengejut
- Bakul yang best untuk simpan barang.
- Telescoping handlebars
- Ada tray simpan air dan sebagainya untuk mamapapa
- Agak berat
- Kurang sesuai untuk mamapapa bila naik kenderaan awam, lalu tangga dan jalan sesak macam pasar malam atau kedai kecil macam convenient store
- Tak berapa sesuai untuk bawa travel
- Perlukan ruang besar untuk simpanan. Contoh kereta besar


- Biasanya berat stroller ni maksimum around 7kg jer
- Direka untuk mudah dibawa (even ada yang ada shoulder strap untuk bawa)
- Mudah dilipat,senang nak bawa naik flight,kereta,kenderaan awam macam keretaapi
- Banyak juga lightweight stroller yang masih ada ciri-ciri best seperti tempat duduk boleh gerak hingga 180 darjah, kanopi lebar,tempat simpan barang dan letak snek.
- Biasanya hanya untuk usia bayi dan berat yang tak berat sangat
- Kebanyakan untuk bayi 6 bulan ke atas.
![]() |
| GB Pockit Lightweight Stroller |
| Babyzen Yoyo |
- Superior suspension membolehkan mama papa berlari,berjalan atau hiking dan baby sentiasa dalam keadaan selesa
- Kepantasannya bergerak menjadi pilihan mamapapa yang bergerak pantas. Stroller harus seiring sekali kan?
- Biasanya roda hadapan boleh berpusing (untuk fleksibel) dan boleh disesuaikan (untuk tahap kelajuan berbeza)
- Tempat duduk selesa
- Tempat simpan barang yang besar
- Dilengkapi dengan brek tangan
- Mungkin agak berat
- Agak sukar untuk pasang
- Jika ruang sempit untuk simpan stroller,ia takkan jadi sekecil stroller lightweight
![]() |
Baby Jogger Summit X3 Single Jogging Stroller![]() |
- Tak yah susah2 bawa dua stroller,satu dah cukup
- Agak besar dan padat
- Berat boleh cecah 18kg
- Masa tengah cari stroller ni,make sure ukur kelebaran tu,muat tak nak msuk pintu,balance ke tak dan sama ada boleh guna satu seat sahaja atau kedua-duanya sekaligus
| Halford Fliplite Twin Stroller |
![]() |
| Baby Jogger City Select Double Stroller with second seat |
- Kompak dan ringan je
- Mudah ditukar sama ada kepada ke car seat atau stroller,2 in 1
- Biasanya hanya boleh guna sewaktu bayi masih kecil dan tak terlalu besar,penggunaan tak lama
- Ada yang waktu bayi sesuai jadi carseat, untuk stroller sesuai pada toddler
![]() |
| Doona Stroller and Carseat |
- Car seat boleh dipinda kepada rangka stroller. Maknanya dari carseat dalam kereta anda boleh pindahkan anak ke stroller tanpa mengganggu tidurnya
- Jimat sikit sebab boleh dapat 2 barang dengan 1 harga
- Carseat untuk jenis ni tak sesuai dah untuk anak yang fasa toddler
- Nak guna ke mana stroller tu? Kalau nak bawa ke tempat crowded je lebih macam pasar malam,shopping comlex,jangan beli yang besar dan berat.
- Sesuai tak untuk bayi baru lahir?Sesetengah hanya sesuai untuk 6 bulan ke atas,seat tak boleh baring.
- Plan nak guna berapa lama?
- Senang nak lipat tak? Biasanya satu tangan nak pegang bayi,satu je nak buka stroller jika keluar tanpa suami. Maka kena cari yang boleh buka guna satu tangan je.
- Berat tak.
- Perlukan lebih dari satu stroller atau tak? Jika anda jenis nak asing-asing penggunaan stroller bergantung pada tempat takpelah beli2 atau 3 buah.

Bismillahirrahmanirrahim Pertama sekali Kak Limah ucapkan selamat berpuasa buat semua umat Islam. Haaa macam mana puasa hari ni? Ok t...
Tips Berpuasa bagi Ibu Menyusukan Anak
(Aktiviti Ilyas) Bermain dengan Warna Air Hai mama papa semua. Selamat Hari Pekerja semua. Hari ni Kak Limah bawa Ilyas pergi vaks...
(Aktiviti Ilyas) Bermain dengan Warna Air
![]() |
| Tambah kapsyen |
Kak Limah pun buat demo, main dulu, sambil galakkan dia mencuba. Tak lama lepas tu habis Ilyas conquer. Hehe Konon malu ya. Last last dia guna tangan je.
![]() |
| Guna tangan pun boleh ibu. Abaikan sepah belakang tu sebab baru balik outstation lepas tu nak g lagi hehe |
.
Contoh macam aktiviti ni, Kak Limah just nak kenalkan dia tekstur warna air, warna-warna secara roughly, bukanlah nak dia tahu setiap warna tu warna apa. Satu lagi yang penting nak Ilyas develop lagi , tingkatkan sensory skill, explore perkara baru, timbulkan rasa ingin tahu ,belajar dan mencuba. That's why Kak Limah tak bagi dia any lukisan untuk diwarnakan, just bagi kertas kosong, bagi dia ekspresi je.
.
.
Btw, Kak Limah guna washable kids paint Crayola,boleh beli kat Toys r'us atau online.
Senang nak padam walaupun kat mana-mana. Harga agak menangis di bucu katil tapi nak anak belajar punya pasal, pejam mata je lah. Kira win-win situation. Anak dapat explore, kita pulak tak payah nak fikir payah nak basuh. Kak Limah lagi suka aktiviti macam ni bila nak invest duit sebenarnya. More pada montessori. Boleh bantu development anak sambil bermain. Sebab nature anak kecil bermain sambil belajar sambil kita bimbing dia.Seronok sangat dia. Sekarang ni dia tunjuk je washable paint tu,sebab dah tau boleh main.
![]() |
| Ni elok je guna kapas |
![]() |
| ni kebebasan Ilyas berkarya |
Mana mama papa yang weekend2 ni tak kerja tak tau nak spend masa dengan anak aktiviti apa, bolehlah try ni. Seronok. Hasil karya Ilyas Kak Limah nak simpan, nanti besar boleh tunjuk kat dia. Selamat mencuba!
































Follow Us
Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances