Alhamdullilah. Aku disahkan hamil buat kali pertama selepas hampir 4 bulan mendirikan rumahtangga. Aku hanya tahu lepas sebulan dah rupany...
Pengalaman first trimester
Alhamdullilah. Aku disahkan hamil buat kali pertama selepas hampir 4 bulan mendirikan rumahtangga. Aku hanya tahu lepas sebulan dah rupanya baby ada dalam perutku haha Memang aku ada demam,loya-loya,ingatkan angin je. G klinik pun dapat ubat demam,memang doc ada tanya pasal period aku,disebabkan baru lagi susah nak trace.
Sepanjang tak berapa sihat tu, aku ada lah g travel Pekan nak settle hal lesen peguam syarie Pahang. Suami aku tak bagi aku drive jauh sebab aku tak sihat,jadi dia cuti. Dalam perjalanan tu aku memang rasa nak loya je,angin kot aku cakap ngan suami aku. Tiba-tiba dia berseloroh kata "Abe rasa ada baby la dalam perut ayang ni" Aku pun tergamam tengok dia. Huhu Dalam hati ada bunga-bunga tapi tak nak berharap dan bagi harapan kat suami aku yang memang peminat budak2. So aku pun gelak je la bila suami aku pegang perut aku hahaha
Masa singgah kat pantai lepas dah selesai urusan aku,kitaorang lunch situ. Aku ni lepas makan jenis nak loya tapi tak muntah,(time tu la). Suami aku offer asam ,aku setuju. Untuk pengetahuan,normalnya aku bukan penggemar asam. Hhaha Kali ni aku yang melahap banyak,kalah suami aku. Dia pun hairan ngan perangai aku. Aku kata just nak hilangkan loya je sambil sengih hahah
Aku kehilangan ayah mertua pada 11/2/2016. Aku disahkan pregnant sebulan pada 4/3/2016. Suatu aturan Dia. Allah gantikan kami sekeluarga dengan berita kehadiran orang baru. Allahu akbar. Memang menangis aku sebab terharu.
Aku direzekikan dan diuji dengan keadaan yang sangat menduga,mabuk. Losing weight dan tak tau nak makan apa sebab hampir semua aku muntahkan, Yang aku ingat aku hanya selamat telan strawberi,jambu batu,kurma dan susu. Selain daripada itu, kesian suami aku beli pizza,nasi,spaghetti semua aku keluarkan balik,hehe Sorry baby tak berapa berkenan time tu. Even petai yang menjadi fav aku pon aku jadi benci.
Aku jugak tak masak dekat 4 bulan, aku tak tahan bau nasi masak dan bau tumis, Selama tu jugak lah mak,mak mertua dan suami aku bertabah dengan aku ni. Tak masak,even diaorang nak masak pun aku tutup pintu dalam bilik kebal hehe. Bukan sengaja tapi memang tak tahan,dengan keadaan aku yang hanya melepek terpaksalah begitu ya.
Macam-macam petua antaranya bau limau nipis dan minum air pucuk jambu tapi tak jalan kat aku. Allahu akbar,kuatnya baby ibu ni hehe Itu je aku fikir dengan suami aku,suami banyak positifkan aku saat aku lemah longlai, Dia banyak bersabar dengan aku,basuhkan muntah aku segala, Mak pun sama. Mertua aku cari macam-macam makanan nak bagi aku makan. Baby,tengok semua sayang baby tau.
Time first trimester aku tak proceed kerja lepas habis chambering. After long call settle, husband aku suruh duduk rumah,jaga kandungan. Alhamdullilah dia tak paksa aku. Sepanjang tu sampai sekarang aku buat je bisnes online. Ada gak kerja aku,jangan kata tak kerja apa haha.
Alhamdullilah masuk je second trimester mabuk still ad tapi mula berkurang. Even sekarang aku dah third trimester pun ada masa aku muntah especially jaga-jaga time masuk bilik air. Oh ye aku ada bau deodoran dan sabun aku tak suka sampai sekranag sepanjang pregnant,memang aku akan muntah kalau terbau.
Buat yang tengah melalui first trimester kat luar sana,satu je perkongsian aku teruskan bersabar dan enjoy je nikmat jadi ibu ,tak semua dapat rasa momen-momen macam ni. Setidaknya kita tahu bukan mudah seorang ibu melalui proses mengandungkan kita :-)
Pada aku proses ni mengajar aku dan membuatkan aku lebih sayang mak aku .
Sekian perkongsian aku kali ni,assalamualaikum.
About author: Nor Halimah Ahmad Ramli
Cress arugula peanut tigernut wattle seed kombu parsnip. Lotus root mung bean arugula tigernut horseradish endive yarrow gourd. Radicchio cress avocado garlic quandong collard greens.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan