Bismillahirrahmanirrahim.
huhu setelah sebulan lebih,barulah rasa nak share pengalaman masa first aku kena interview kerja.
Kire yg ni first aku kena panggil interview,agak ekspress. Aku hantar resume melalui senior Uia. Die foward je la resume tu.
Interview kat sebuah bank pelaburan,huhu dengar bank pelaburan pun sebenarnya dah cukup menggerunkan aku yang tambah pulak fresh graduate -_- Interview kat nun tengah bandar,dekat ngan area Pavilion tu.
Malam tu aku alami penangan nak interview punya pasal,tak tido nyenyak aku dibuatnya. Tidur malam tu mmg totally tak berkualiti kot haha
Mak aku pesan,baca je selawat banyak2 hadap je,diaorang pun manusia hihi
Pagi-pagi lepas Subuh dah g,aku pilih naik public transport je sebab tu kawasan jem. Memang tak la nak naik kereta,nak drive bagai,baik aku meluncur je naik lrt. First aku naik bas dr sri gombak,pastu naik lrt sampai dang wangi. Memandangkan tak nampak teksi situ,patah balik g naik lrt turun kat masjid jamek,jalan kaki g lebuh pantai amek teksi situ. Lalu balik kat Dang Wangi tadi,jem nau. Meter teksi naik dengan melonjaknya,mata aku duk terkebil tengok sambil, "hai bilalah nak habis jem ni" Driver tu siap suh aku tido. Memang tak la aku nak tdo uncle. Aku kene alert nak lagi naik ngan teksi kat tengah bandar haha
Interview aku pukul 10. Aku sampai agak awal. Sejam sebelum haha. Mak ai bangunan tu buat aku yang org kampung ni ternganga dgn gaya2 org dlm tu yg bergaya. Aku rasa mcm rusa masuk kampung. eh betul ke peribahasa aku ni?
Aku pon naik pergi kat receptionist bank tu kat tingkat 13. Dia suh aku duduk dulu,dia da tahu aku ni nama ape nak dtg iv. Tak lama lepas tu ade sorang puan datang bawak aku g bilik iv.
Aku yang kat belakang dia ni cuak tu xyah cakap la,maklumlah first time terus g yg besar2 camni. Aku pun diletakkan kat satu meeting room,dan puan tu suruh aku isi resume pastu dia borak2 sikit dan pergi masuk office.
Aku pun isi la borang. Dalam bilik kaca tu aku nampak la staff lalu -lalang. Setengah jam lepas tu, ada seorang lelaki dan seorang perempuan dtg dengan puan tadi. haa mereka yang akan interview aku. Yg encik tu Dato' yang puan tu,head of compliance department bank tu.
Nervousnya aku, mostly diaorang tanya background aku. lepas tu basic question pasal banking ie: mudharabah,musyarakah,etc.,pasal komitmen. Agak lama aku kat dalam tu,aku jawab je ape aku rasa nak jawab,walaupun aku sangatlah nervous ketika itu ye. Interview tu in English and Malay.Tapi mostly english. Nasihat aku, macam mana pun ,walaupun kita bukanlah dari background family yg guna english as medium of language,just ckap je dan usaha nak belajar. Aku teringat dulu aku pernah cakap ngan mak" knapa tak htr akak sekolah omputih" hehe Masa tu aku stress zzaman matrik sbb medium yang diaorg guna english. Yelah zaman sekolah selalu tulis tulis je english ni. Tapi mak aku ni sangat positif, dia pesan" mak ni tak pandai nak ajar akak skrg,akak dengar baik2 belajar elok2,inshaAllah mudah nanti" Itu aku pegang ,aku suka kata2 positif dari negatif dan aku rasa aku sangat bertuah sebab punya mak dan arwah ayah yg sangat positif dan tak pernah cakap yg negatif pada aku. To be honest aku sangat tak suka bila dengar budak2 sekarang cakap "bo...,b..." tu dgn kawan2 dan aku selalu harap seandainya ditakdirkan jadi ibu aku tak nak anak2 aku cakap yg negatif2 dan aku harap aku takkan pernah sekali cakap yg negatif. Pada aku,kata2 positif tu doa yg hebat dan penenang pada insan yg mendengar. Ok.
Zaman universiti tu gunakan sebaiknya untuk improve semua tu. Sesekali dengarlah lagu omputih hehe * itu apa aku buat sambil baca lirik lagu. Masa sesi iv aku anggap macam aku tengah sembang tapi in a formal situation la. Walaupun ade gak aku sangkut nak jawab tapi tak pe,just enjoy and take it as a valuable experience for your next interview or anything.
Dah nak habis tu dia tanya la aku ade ape2 lagi nak tanya. Aku pun tanyalah beberapa soalan. Yang ni aku nak share before g iv aku ada buat research, korang tanya la, ape pandangan interviewers pada kite wktu iv session. Jadi kita boleh improve utk akan datang :) Anything take it positively. Aku still ingat respon interviewers tu bila aku tanya soalan tu, " good question that candidates rarely ask,you are really positive person......"Lepas tu dia komen la aku,aku ni senang je apepon aku maintain senyum je kot haha Sampai puan tu cakap "awak suka senyum". Itulah yang aku mampu buat.Lepas habis iv aku pun balik,siap singgah jalan tar cuci mata,padahal bukannya dpt kerja lagi.
As a conclusion, aku tak tahu kenapa aku happy sebab aku dapat pengalaman yg sangat berharga. Pengalaman tu sangat berguna utk iv aku yg kedua dua minggu lepas. Good start sbb dpt iv dimulai dgn syarikat besar. Walaupun tak dapat position tu aku rasa,aku ok je hehe. Sebab rezeki tu kan kat tangan Allah. Kita cuba yg terbaik tapi yg terbaik utk kita hanya Allah yang tahu:)
Wallahua'lam.
0 ulasan:
Catat Ulasan