By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

Bismillahirrrahmanirrahim. Post ni sangat tertangguh. 13.10.2014, satu tarikh yang akan kekal jadi satu kenangan yg indah. Alhamdullilah,...

Post tertangguh,tahniah.

Bismillahirrrahmanirrahim.
Post ni sangat tertangguh. 13.10.2014, satu tarikh yang akan kekal jadi satu kenangan yg indah. Alhamdullilah, saya officially graduated dari Taman Ilmu dan Budi untuk ijazah pertama LLB.

Tahniah buat ibu tersayang kerana dialah insan yg banyak memberi sokongan setiap masa,dengan doa yg tak putus-putus dengan kesabaran melayan karenah saya. Buat ayah yang jauh di sana, entah kenapa rasa ayah ada bersama waktu tu,deep inside this is the present for you. Walaupun ayah dah tiada tapi semangat yg ada sampai sekarang berkat sokongan dia waktu yang lalu.

Tahniah juga buat semua para pendidik sejak zaman tadika sampailah UIA dan sampailah bila-bila. Walaupun yang bukan officially pendidik,anda pasti meninggalkan sesuatu pelajaran untuk kembara kehidupan saya. Terima kasih tak terhingga. Semoga Allah membalas jasa kalian dgn berganda-ganda.

Buat keluarga besar yg sentiasa menyokong saya dari belakang. Korang memang super duper awesome. Sentiasa doakan Limah,sentiasa ingatkan saya, tak tau nak cakap apa tapi korang sangat berharga dalam kehidupan,suatu hadiah yang terindah pemberianNya.

Buat sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi. Tak jemu membantu saya sepanjang perjalanan yang sejak 2008 kat CFS sampailah kat UIA Gombak. Korang yang mewarnakan kisah ni, Ramai sangat. Jazakumullahu khoir.
Buat sesiapa saja yang singgaj dalam kembara hidup saya selama ini,yang mendoakan saya dalam diam, terima kasih ^_^
Syukurpada-Nya kerana sentiasa ada untuk saya. Hanya Dia yang betul-betul tahu kisah ini. Ini bukan pengakhiran tetapi permulaan suatu tanggungjawab.

Ok,sekarang ni ramai yang tanya lepas konvo buat apa. Jawapannya saya masih di UIA,meneruskan pengajian dalam LLBS untuk ijazah kedua. InshaAllah masih berbaki dua bulan. Doakan saya ^_^

Ni gambar-gambar masa konvo. Credit to yg belakang kamera ni,thanks for coming!


mak,saya,mak sham(yg banyak sangat support saya)
gambar ni buat saya rasa feeling model haha

tak taula kenapa muka camni,happy sgt kot

member sejak CFS Nilai lagi.... Teringat zaman kat Nilai-_-

dengan ustaz Zainuddin,lecturer LLBS yg sporting ajak tangkap gambar

dgn Sir Mizan,lecturer CP2

Suke gambo ni

Depan library,bajet rajin baca buku haha

ni sesi preconvo




Semoga semua baik-baik sahaja.
Wassalam.

NHAR.
Kamar Mahallah Nusaibah.
IIUM.

0 ulasan: