Bismilahirrahmanirrahim
Ok tajuk post memang macam tu sebab saya tak stay kat kampung kat Pahang ni.
Minggu baru ni balik kampung mak. Mak cu telefon bagitahu masak nasi ulam dan tak de selera nak makan. Maka,saya pun ajak mak pecut balik kampung walaupun dah agak lewat petang. Mujurlah ada kampung yang tak berapa jauh,lebih kurang 40 minit je dari rumah kot. Kalau kampung ayah alamatnya memang kempunan la,sebab jauh. Balik pun setahun sekali bila raya je.
Berbalik kepada cerita balik kampung mak. Alhamdullilah petang tu merasa nasi ulam. Korang pernah makan tak? Try la makan. Macam saya memang totally selera kampung,tapi jangan risau bab makan ni selagi halal saya on je. Tak memilih pun hehe. Nak dijadikan cerita kalau siapa tak de selera tu, meh tengok saya makan. Apak,iaitu Pak cu saya kata tengok saya makan memang selera jugak nak makan. Ok pecaya kan? hehe. Kalau orang yang memang dah kenal, tahulah macam mana saya makan:p
Keesokan harinya dok sibuk dengan buah-buahan. Dulu memang saya pernah duduk kat kampung tapi sampai umur 5 tahun je. Lepas tu pindah ke kawasan bandar sikit. Kira kampung ni ada banyak kenangan juga, part of my story gituh:p Rumah yang saya tinggal pun ada lagi,macam dulu jugak:)
Lepas tu, dalam kekalutan sibuk ngan buah sempat lagi pergi lari masuk bilik. Ok kat sana memang kalau balik selalu rumah mak cik-mak cik saya. Lari masuk bilik bukan merajuk tapi pergi ambil "kawan" saya, kamera kesayangan. Lama tak shoot,terus set apa yang patut dan start keliling rumah mak cu. Ok harus diakui saya sangat suka shoot bunga-bunga. Sebab nampak cantik dan fresh gitu. Sejuk mata memandang. Kalaulah dapat sampai kat tempat yang memang penuh dengan bunga,alangkah bahagianya! Berangan dah. Ada jugak google tempat best yang banyak bunga. Antaranya, Rikugien Garden dan Himeji Castle. Rikugien ni terletak di Tokyo dan yang terkenal dari taman Rikugien ini adalah bunga sakuranya. Oh teringinnya nak tengok depan mata. Bayangkan bunga sakura yang melambai-lambai dengan cuaca yang sejuk. Ok,Berangan lagi! hehe. Lepas tu Butchart Gardens yang letaknya di Kanada. Yang ni memang saya tengok gambar dia macam fantasi gitu. Rasa macam dalam alam fantasi,seronoknya! Ok sekarang ke Perancis,terletak di Provence, Chateau de Versailles (tak reti nak sebut nama taman ni macam mana) sangat terkenal. Dekat Paris pulak ada taman nama La Roseraie du Val de Marne ,taman ni merupakan pusat tanaman mawar tertua di dunia. Wah menarikk!! Dan sekarang mari ke Dubai,ada satu taman yang diiktiraf terpanjang di dunia, namanya Dubai Miracle Garden. Sesuai dengan namanya, taman ni memang miracle la kot sebab taman ni atas tanah yang gersang. Kuasa Dia jadi taman yang indah seindahnya,macam dalam cerita Alice in Wonderland mungkin? Next, kat Belanda ada taman nama The Garden of Europe. Kat situ memang penuh bunga tulip yang comel lote tuh!Bunga lain pun ada. Bila masa mekar,orang kata macam pelangi. moga-moga ada rezeki sampai salah satu taman ni,memang suka berangan kan. hehe Tu lah antara taman-taman bunga yang saya tahu. Dari nak cerita pasal shoot bunga tapi terus "melalut" ke taman bunga. Hehe.
Ok sekarang mari throwback dengan gambar-gambar yang saya shoot! :)
ni pulak antara taman yang saya sebut tadi:
Rikugien Garden,Tokyo
Butchart Gardens, Kanada
La Roseraie du Val de Marne
Dubai Miracle Garden
The garden of Europe
Sekian,wassalam :)
0 ulasan:
Catat Ulasan