Bismillahirrahmanirrahim :)
Sepi tanpa sebarang kata laman blog ini.
Alhamdullilah semalam diberikan kesempatan untuk hadir ke sebuah majlis ilmu.
Jujur, saya tenang berada di dalamnya.
Benarlah sabda Nabi s.a.w:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
Riwayat:
Abu ad-Darda' r.a
Tajuk forum Hijrah: Mahu tapi Malu?
Bersama moderator yang cukup kaya dengan madah kata-kata yang indah, Ahmad Fedtri Yahya.
Ahli Panel: Ustaz Syed Muhammad Norhisyam Tuan Padang, Ana Raffali dan Personaliti TV Al-Hijrah Cik Farah Leia Az-Zahra.
Penuh pengisisian. Di sini saya kongsikan antara pengisiannya:
Hijrahlah ke arah kebaikan. Kuatkan diri.
Hijrahlah ke arah kebaikan. Kuatkan diri.
Jangan putus doa dan mintalah orang lain mendoakan kita ke arah yang lebih baik.
Sejenak saya terfikir, saya mula memikirkan kadangkala saya gagal menjadi kawan yang baik. Maafkan saya. Jom doa bersama-sama supaya kita sama-sama terus berada di paksiNya dan bersama menuju ke syurga. Tegurlah saya jika saya tersalah dalam kembara ini. Biarpun kadang-kadang ada rasa malu untuk menasihati orang lain kerana diri ini adakalanya alpa,lalai tetapi saya tetap mahu sampaikan juga sebagai ingatan bersama kerana saya sayang anda. Cuma, maaf sahabat-sahabat jika saya terkasar bahasa.
Berubah mungkin mudah tetapi untuk istiqamah itu satu perkara yang mencabar.
Berubah mungkin mudah tetapi untuk istiqamah itu satu perkara yang mencabar.
Apapun di sebaliknya ingatlah sebenarnya hijrah itu indah seandainya niat kita betul-betul keranaNya. Mari betulkan niat kita sama-sama.
Alam remaja penuh dengan ujian dan cabaran.
Tetapi ingatlah Allah sudah berjanji dalam firmanNya:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....
Surah Al Baqarah: 286
Sedang diri ke arah perubahan yang baik, kita mungkin pernah rasa ditinggalkan, disisihkan, diperli manusia.
Namun, pernahkan kita terfikir padangan siapa yang lebih penting?
Pandangan Allah yang paling utama dan Allah berjanji sentiasa bersama hamba-Nya.Allah sentiasa menyayangi kita.
Firman Allah:
Firman Allah:
Mafhum ayat ke 40 Surah At-Taubah:
"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Apabila sampai kepada ayat ini tersentuh di hati alangkah indahnya hidup menempuh perjuangan ini kerana Allah sentiasa bersama. Rasullulah s.a.w pernah membisikkan ke telingan Saidina Abu Bakar: Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersamamu:)
*sekitar forum semalam di MOOT COURT,IIUM
Sentiasa ingat yang Dia sentiasa bersama kita. Selamat membawa perubahan ke arah kebaikan pada diri dan semua ^^
Oh ya, selamat berpuasa 10 Muharam esok!
Waallahu a'lam
0 ulasan:
Catat Ulasan