Bismilahirrahmanirrahim
Tiba-tiba saya teringat buku hijau saya.
Buku yang menjadi laman saya menukilkan kata-kata.
Buku itu hasil cetusan idea sahabat saya,Siti Nur Suhada.
Saya dah lama tak menulis di laman yang terbentang dalam buku itu:(
InshaAllah saya akan kembali mencoretkan setiap yang saya rasakan dari sekeliling walaupun tidak seindah madah bicara si penulis terkenal.
Saya tetap gembira sebab saya suka:)
Terima kasih buat sahabat saya kerana mencadangkannya.
Masih saya ingat, Su kata: "Aku tengok ko ni suka sangat bermadah bila nampak apa-apa,nak-nak lagi bila berkaitan suasana alam cam hujan,kehijauan,apa kata ko tulis apa ko rasa dalam satu buku.Pastu bagilah aku baca kalau boleh hehe" :)
Saya ingat tu dan saya takkan lupa .=p
Tak lama lepas tu saya ada buku hijau tu,saya tulis terutama bila ada sesuatu yang menginspirasikan saya.
Kenapa saya pilih warna hijau?
Sebab hijau itu menenangkan dan sebab tu kalau ada yang perasan bila saya jadi penumpang suatu kenderaan terutama bila nak balik Johor atau KL,saya suka perhatikan hijaunya pokok-pokok tepi jalan yang terbentang seolah-olah seperti hamparan,seolah-olah melambai-lambai(sebelum saya terlelaplah=p) dan hijau juga salah satu warna yang saya suka selain biru,putih dan coklat.
Bak kata Ain Najwa,rakan sebilik saya, "ko ni memang suka warna alam kan? Bilik ko semua warna-warna alam".Masa tu baru saya perasan segalanya warna alam:)
Warna-warna ni senang nak lihat,sebab warna alam.Jadi lihat sekeliling anda. Ada pohon menghijau,langit membiru memayungi kita semua,kepulan awan putih yang indah dan coklat tanah yang terhampar luas buat manfaat insan di muka bumi pinjaman Allah.
Saya pernah terbaca kajian tentang warna .Warna boleh pengaruhi personaliti,mood dan perasaan seseorang.
Berbalik pada buku hijau saya.
Kadang-kadang,bila tak tulis,saya dengan Su akan sama-sama mengarang apa-apa yang kami rasa berdasarkan sekeliling. Persamaan kami,kami suka alam yang mendamaikan dan menenangkan. Jadi bila dengar rintik hujan atau lihat titisan hujan pun, jadilah untuk saya dan su mulalah berceloteh:)
Walaupun tak seindah bicara si penyair terkenal,saya gembira sebab saat gembira kami kongsi bersama ^_^
Terima kasih ,Su. Rindu nak coretkan sesuatu dalam buku hijau lagi dan bagi awak baca dan kritik,hehe.Tapi saya rasa perlu buku baru sebab buku tu hampir penuh;p Saya akan cari buku baru bulan 8 ni,inshaAllah.
Wassalam
0 ulasan:
Catat Ulasan