By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim. usai blog ni saya tinggalkan tanpa sebarang nota. ibarat sebuah rumah ditinggalkan tanpa sang penghuni. setelah be...

pengalaman terindah

bismillahirrahmanirrahim.

usai blog ni saya tinggalkan tanpa sebarang nota. ibarat sebuah rumah ditinggalkan tanpa sang penghuni.
setelah beberapa lama sepi tanpa kata,saya terasa rindu dengan laman ini,tempat saya mencoretkan seribu satu kisah.
kembali semula ke laman kisah ini.kali ini,hanya ingin berkongsi pengalaman bergelar guru tuisyen selama lebih kurang sebulan.
kesimpulannya,saya sudah pun meletakkan jawatan dengan rasminya petang tadi.

pengalaman yang cukup berharga.
tuisyen hanya di rumah.siapa kata duduk di rumah,tidak bekerja maksudnya.

duduk di rumah pun boleh jalankan pekerjaan sebenarnya.

bermula sebagai seorang guru awal bulan lepas. kenangan mengajar sepasang kembar ini cukup indah. mula-mula saya memang tak kenal antara mereka. mana satu abang,mana satu adik.

tapi lama-lama,kenal juga.walaupun seiras ,mereka tetap berbeza. itulah istimewanya setiap insan yang diciptakan.mungkin kita diciptakan sama pada zahirnya,namun kita tetap berbeza.unik kan?

mula-mula sekali kelas,kelas pertama.masih saya ingat,mereka memanggil saya cikgu@teacher(sebab subjek English agaknya). Saya pula lebih selesa membahasakan diri sebagai kakak.Lama-kelamaan lekat dengan gelaran kakak.

Entah kenapa saya suka begitu. Mungkin salah satu sebabnya saya lebih suka dianggap membantu mereka seperti adik-adik saya daripada dianggap mengajar sebagai cikgu. Menjadi seorang kakak tu lebih dekat kita dapat kenali potensi mereka sebenarnya. Saya lebih suka berbual mahupun bermain permainan yang berkaitan pelajaran dengan mereka.Pada saya,mereka lebih mudah didekati dengan cara begitu.

Kelas berlalu,2kali seminggu. Saya akan baca petikan dengan mereka,buat ayat bersama,berkomunikasi,berkongsi maklumat,buat latihan dan kuiz,menonton video dan macam-macam lagi. Pada saya,tak boleh buat benda yang sama sebab budak-budak otaknya kreatif.

Mereka sebenarnya memang pandai. Suka bercakap dan berani. Suka bertanya. Kesuluruhannya mereka bagus dalam pelajaran. Sudah biasa dengan persekitaran sekolah agama membuatkan mereka lebih berdisiplin berbanding pelajar lain.

Teringat satu kelas tu,kami bertiga tergelak secara serentak bila terdengar jiran saya sebelah buat lawak. Sampaikan saya tak boleh nak bercakap sebab terlalu geli hati. Mereka pula membuat mimik suara dan muka yang kelakar,memang lucu.

Walaupun kelas saya dah tamat,sebab saya merasakan ada yang lagi baik untuk mereka. Jiwa saya bukanlah dalam bidang perguruan,pernah ditawarkan mengikuti program TESL di IPG tetapi saya kurang berminat. Saya tetap merindui saat belajar bersama mereka. Apapun,saya tetap sebagai kakak yang sudi membantu mereka bila-bila masa diperlukan^_^

Benarlah guru terbaik ialah pengalaman. Walaupun saya anak kepada pendidik,saya nampaknya belum menjurus ke arah itu. Saya lebih suka berkongsi dan belajar bersama untuk yang terbaik. Bukanlah digelar pendidik secara formal,mungkin.Syabas saya ucapkan buat pendidik di luar sana.Semangat anda amat saya kagumi.Terima kasih memberikan saya pengalaman berharga ini.

Wassalam


0 ulasan: