By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim. Sahabatku, kutitipkan buatmu sebuah nukilan gambaran tentang fikiranku padamu saat ini aku sebenarnya menyembunyik...

sahabatku


bismillahirrahmanirrahim.

Sahabatku,
kutitipkan buatmu sebuah nukilan
gambaran tentang fikiranku padamu saat ini
aku sebenarnya menyembunyikan rasa
yang kufikir tak perlu kuzahirkan

sahabatku
kotak fikiranku masih terus berputar
mencari makna di balik setiap bait-bait kata
yang pernah kau tuturkan
yang pernah kau luahkan
yang pernah kau zahirkan
bait kata-katamu penuh dengan seribu satu rahsia
yang aku masih belum mampu mengungkap maknanya

sahabatku
aku tahu kau tahu
memaksa kau membicarakan maknanya
bukanlah pilihanku
kerna aku mahu setiap cerita dan kisah
yang kau bicarakan
lahir dari hatimu yang ikhlas
kerna padaku itulah dirimu yang sebenar
hanya saat ketika kau benar-benar bersedia menukilkan kisah itu
pada setiap lembaran
untuk tatapanku dan jua dirimu

sahabatku
saat ini aku tahu
kau sedang mencari dirimu
dalam pengembaraan yang aku sendiri tidak fahaminya
mungkin aku gagal memimpinmu kali ini
sehingga kau terpaksa berlalu sendiri dalam pengembaraan ini
namun ingatlah sahabatku
aku takkan pernah membiarkan kau
takkan pernah biarkan kau
terperangkap dalam mencari jalan itu
kerna doaku sentiasa menemanimu
buatmu agar yang terbaik sentiasa di setiap langkahmu

Sahabatku
masih kuingat saat itu
aku jatuh,kau hulurkan tanganmu
terus menemaniku sehingga saat ini
walaupun aku tahu
di kotak fikiranmu penuh dengan masalah yang menghujani dirimu
aku bangga punya sahabat sepertimu
kuat untuk meneruskan pengembaraan
setia menyokongku
menemaniku bersama.
itulah kau yang aku kenali

Sahabatku
Jauh di sudut hatiku
seandainya kau membelek naskahku ini
aku mahu kau tahu
aku mahukan yang terbaik buatmu
seandainya kau telah bersedia
memberi pengertian di sebalik bait kata-katamu
aku masih di sini,tetap menantimu
aku ingin kita bersama-sama
mencari dirimu yang sebenar
yakinlah walau apapun yang melanda dirimu
yakinlah bahawa Allah itu tak pernah meninggalkanmu sendirian
seandainya aku pergi dulu
Carilah dan dekatilah Dia setiap masa
InshaAllah,kau akan dipertemukan dengan jawapan
jawapan buat soalan-soalan yang masih belum terungkai
Yakinlah itu,sahabatku


Sahabatku
aku ingin kau tahu
kita bersahabat bukanlah hanya untuk seketika
tapi kau tetap sahabatku selamanya
saling melengkapi antara satu sama lain
menyelam ke dasar lautan bersama
mendaki setiap tangga hidup ini
bersama-sama melakar sebuah potret kehidupan terindah
dalam kisah ini
kau dan aku
tetap sahabat selamanya


nukilan:N.H.A.R 1608 buat seorang insan yang bergelar sahabat.
wassalam

2 ulasan:

helang timur berkata...

best! :)

terbaik laa.. hehe. nukilan sendiri ek?

awat kecik yang amat?

terima kasih kak g.g^_^
aah sendiri.
kecik?tulisan ke?