gerimis pagi..
membuka lembaran baru hari ini.
di mana sang suria menyembunyikan dirinya?
barangkali sang suria mahu bumi dibasahi rintik-rintik hujan.
moga makhluk di bumi tahu untuk mensyukuri nikmat-Nya
gerimis pagi.
menemaniku dan teman.
mendaki menuju puncak kejayaan di sini.
walau sesekali diri terasa diuji dengan sifat-sifat yang mahu mematahkan semangat ini.
namun,langkah perlu diteruskan jua.
gerimis pagi.
masih menyelimuti sebahagian insan di bumi.
kerna kulihat suasana sepi menyelubungi taman ilmu ini.
bangunlah wahai penghuni bumi.
pintu rezeki terbuka luas menantimu bertandang.
gerimis pagi.
akhirnya terhenti.
memberi ruang buat sang mentari menjelmakan diri.
menyinari seluruh pelusuk taman ini.
agar penghuninya juga bersemangat seindah dan sekuat sinaran sang mentari

inshaAllah^_^
by N.H.A.R
0 ulasan:
Catat Ulasan