By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahhirrahmanirrahim. hati saya terpanggil untuk berbicara tentang doa seorang ibu. malam ni,ada sesuatu yang mak selalu katakan kepada...

doa ibu sangat mustajab,begitu juga si ayah


bismillahhirrahmanirrahim.
hati saya terpanggil untuk berbicara tentang doa seorang ibu.
malam ni,ada sesuatu yang mak selalu katakan kepada saya.
bagi saya sedang menuju kepada realiti.
satu-persatu mula menjadi kenyataan,alhamdullilah
begitulah hebatnya penangan doa seorang ibu.
kata-katanya semua doa buat anakanda tercinta.
jadi,bila dah bergelar ibu,katakanlah yang baik-baik buat anak-anak ye.
benar sebab setiap ucapan yang keluar dari mulut ibu adalah doa.
upss..maaf berbalik ke topik saya.
Hati saya cukup tersentuh dengan kata-kata mak tadi.
Mak sentiasa mendoakan yang terbaik buat akak
Akak lakukan yang terbaik,mak sentiasa sokong akak.

Doa seorang ibu sangat kuat penangannya.
Benar sungguh kata-kata itu.
Cukup saya perhatikan perjalanan hidup saya,indahnya juga kerana doamu ibu.
Yang tak pernah putus mendoakan diri ini.
Tak pernah berhenti mengesat setiap titisan air mataku.
Tak pernah mengelak dari memujuk hatiku.
Tak pernah lalai dari memberi sokongan kepadaku.
Mak tak pernahkan biarkan akak tanpa doamu.
Walaupun dari jauh,mak tetap meniringi saya bersama doanya.
Apakah yang telah saya lakukan untuk mak?
Semoga akak takkan pernah digelar anak derhaka.
Doamu ibu sentiasa kuharapkan.
Bimbinganmu dalam perjuangan ini,masih kuharapkan

Benarlah kata pujangga.
tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia

buat mak.

Ibu Kita

Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang. So, ibu² jgn jatuh air mata ye dan anak jgn bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

Ada 3 mata yg tak dijilat api neraka :-
- Melihat Kaabah sehingga menitis air mata
- Membaca Quran sehingga menitis air mata
- Memandang wajah ibu yg sedang tidur / sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur :-
- Anak
- Ibu
- Suami


Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya. kira tak menangis teruk laa... Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

Antara contoh yang pernah saya dengar,pergi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.Betapa hebat ikatan kasih sayang antara ibubapa dan anak. Luahan hati kita kepada mereka akan sentiasa sampai.Sedar atau tidak luahan hati saya kepada ayah tetap didengari.

Sungguh sebak bila mengenangkannya.Janganlah diri ini derhaka kepada mak juga ayah.Semoga kita menjadi anak yang sentiasa mendoakan kebaikan mereka.

Jika mak/ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku/ayahku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku/ayahku". Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Maafkan anakandamu ini atas segala salah silap.

Sayang dan rindu,
daripada anakmu kepada ayahanda,Ahmad Ramli Sumadi
juga bonda,Salmiah Ibrahim

3 ulasan:

roses berkata...

assalamualaikum ade ima...tersentuh sngt bile bace post ima yag nih...moge Allah cucuri rahmat ke atas roh Ayahmu n moge ima selalu bahagia di samping mak yang tercinta...moge kite same2 sentiasa berusaha menjadi BINTUN SOLEHAH (^_^)

waalaikummuslm achu...time ksh achu,itu sbhgian luahan ati Imah,smlm ati rse sayu sgt.amin... utk achu jgk,inshaAllah.^_^

Deen berkata...

setuju ngn post ni...
hubungan antara yg hidup dgn yg mati tak putus serta merta...
malah,kita boleh tolong 'top up' ckit tuk arwah bg bekalan disana...