bismillahirrahmanirrahim.
hari ni saya akan pulang ke rumah tersayang.
bersama insan tersayang.
bertemu insan tersayang
banyaknya sayang.
sekarang kat library,tunggu Aisyah balik dari ujian.
semoga berjaya sahabat tersayang.
tak sabar nak balik.
pergi mana pun,rumahku syurgaku kan.
macam 'homesick' pulak.
tak kisahlah,siapa tak rindu keluarga kan?
macam mana ni Imah,tak lama lagi nak tinggalkan rumah utk tempoh beberapa bulan,inshaAllah.
tak pe,berkorban sikit,Allah ada di mana-mana.
Dia akan jaga kita.
Bella ngan Nadz kan ada. Apapun semoga impian kami jadi kenyataan.
Dah siap berangan lagi,memang tak boleh bla la. hehe
Dengar berita dari kampung semalam,seorang saudara telah kembali ke rahmatullah.
Takziah buat keluarga.
Maaf kami tak dapat datang.
Setiap yang berlaku tersimpan seribu satu hikmah.
Emmm...
Rabu kena turun KL lagi,nak jumpa paman.
Tapi perasaan sekarang nak balik rumah je,pergi library utk pinjam buku-buku je.
Mood nak baca tak de kot,pasal hati dah kat Bandar Ikan Patin.
Macam manalah Mentakab sempena Tahun Baru Cina kali ni?
Mesti meriah,kpd yg bakal sambut CNY,Happy Chinese New Year.
Kepada sahabat-sahabat UIA,selamat bercuti bersama buku-buku dan tugasan serta persediaan test!
hehe jangan lupa tu.
Apapun luangkan masa utk keluarga selagi ada peluang ya.
Gembirakan hati mereka^_^
Sekian,"mood" nak balik dah makin meningkat.
Tapi perut dah menyanyi. Sermoga kami selamat sampai ke Pahang.
Nadz pun,semoga selamat sampai,maaf tadi saya lambat,angkut barang-barang.
Pergi wangsawalk,beli buah tangan tau!=p
Kepada Ain,duk dalam bas,jangan tidur je=p Tapi biasalah tu,bawa kereta pun Imah boleh ngantuk kan?
Apapun semoga segala yg dirancang berjalan lancar.
Wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan