By NORHALIMAH

Berkongsi rasa,tips dan cerita

LightBlog

bismillahirrahmanirrahim. hari ini. mengapa kau tak henti-henti menangis menangis mencurahkan air matamu membasahi bumi. sudah pasti Tuhan m...

menangis



bismillahirrahmanirrahim.

hari ini.
mengapa kau tak henti-henti menangis
menangis mencurahkan air matamu membasahi bumi.
sudah pasti Tuhan mengaturkan sesuatu yang indah disebaliknya.
Di sebalik titisan air matamu wahai langit.
Tersirat seribu satu kebahagiaan.
Yang manusia itu lupa nikmat di sebaliknya.

hari ini.
tangisanmu mendinginkan diriku dan seluruh penghuni bumi Malaysia
Segala yang canggih ciptaan manusia dihentikan operasinya.
Kerana adanya ciptaan Tuhan yang lebih nyaman menemani kami.
Iaitu angin yang berhembus di sebalik titisan hujan
membawa seribu satu berita
buat orang yang memikirkan.


indahnya langit mencurahkan hujan

hari ni.
tangisan yang kau curahkan itu
mungkin membuatkan sesetengah manusia mengeluh
tapi tak kurang juga sebaliknya
aku yakin ada yang bahagia dengan tangisanmu
mungkin si petani,gembira tanamannya disirami titisan tangisanmu
mungkin si anak kecil gembira berlari-lari berkejaran bermain dengan titisan tangisanmu itu
mungkin ada manusia yang sedar,dengan titisanmu berupaya memenuhkan empangan yang seterusnya menerangkan setiap rumah di bumi ini.
memenuhkan sungai serta lautan yang melayarkan kapal-kapal.
itulah ragam manusia di sebalik tangisan yang kau curahkan.

hari ni.
aku mengharapkan semua insan memikirkan
hikmah di sebalik setiap titis hujan
dan bukannya menangis menitiskan air mata
fikirkan titisan hujan
mencipta keajaiban buat penghuni bumi
Bunga-bungaan mekar menyambut mereka,
siang yang panas terlupa untuk menyilaukan kehangatan,
malah, ia mungkin mewarnakan sejalur pelangi yang indah.
begitulah kuasa setiap titisan hujan
kurniaan Yang Maha Pencipta buat hamba-Nya

hari ini.
kau masih menangis saat aku menukilkan bait kata-kata ini.
aku melihat sungai mula memenuhi takungannya.
adakah ia akan melimpah,memuntahkan isinya.
aku sendiri tak pasti.
Yang pasti setiap titisan hujan yang datang itu bagiku,membawa seribu satu rahmat.
Mungkin mesej dari Sang Pencipta.
Bahawa apapun yang terjadi Dia sentiasa ada menjaga kita sebaiknya.
Aku ingin mengkategorikan tangisanmu itu tangisan kebahagiaan,boleh kan?




Sekian,wassalam

nukilan:NHAR 1608

3 ulasan:

langittasbih berkata...

uia hujan sepanjang hari. tak berhenti lagi sampai sekarang.

laporan khas dari: bilik E-1-6 Mahallah sumayyah, uiam gombak.


sekian.

Tanpa Nama berkata...

btol pe imah ckp....kdg2 org x fkir,ade hkmah smua yg Allah bg..mnusia hy tahu merungut..diberi pns..mrungut...hujan mrungut..kne blaja bersyukur :)

kimi,masih di uia ya?
terima kasih.
hujan itu rahmat^_^>langittasbih

jom kita belajar dan praktikkan syukur dgn kurnian-Nya. btw,siape ni ye? hehe> anonymous