Sebelum saya mulakan,saya nak tanya,pernah tak makan nasi ulam?
Tau tak rupa nasi ulam?
Hehe=D
Alhamdullilah hajat saya tercapai,nak makan nasi ulam.
Dah lama rasanya tak makan,hampir setahun lebih.
Maklumlah cara penyediaannya dan bahannya agak rumit.
Susah nak cari jika tinggal di tengah bandar.
Pagi tadi,saya,mak dan mak saudara saya meresap lah.
Merayau kat kampung mak di Chenor.
Nak cari daun-daun yang diperlukan untuk membuat nasi ulam.
Alhamdullilah cuaca pagi ni baik.
Seronok pulak,dapat kenal jenis2 daun.
Orang zaman saya mungkin dah ramai tak kenal jenis daun.
Allah ciptakan bumi yang hijau ni penuh dengan manfaatnya.
Penuh kereta dengan daun-daun.
Dah macam 4WD..
Nasi ulam ni makanan orang lama-lama.
Mungkin ada yang tak pernah tau pasal nasi ulam.
Antara ramuannya,daun kadok,daun mengkudu,ikan pikul,serai,lada hitam,daun seketut,kelapa dan macam2 lagi.
Agak banyak dan cara penyediaan ambil masa lama.
Kena susun daun dan potong halus2.
Belajar untuk sabar,Halimah oi!
Dari pukul 12 lebih,pukul 5 lebih baru dapat makan.
Banyaknya saya makan hari ni,selera sangat.
Bukan senang nak dapat,setahun sekali pon belum tentu.
Teruk juga saya ni kan.Tanyalah kawan2 saya.
Saya tak pilih makan,rugilah kalau pilih.
Setiap makanan ada rasa tersendiri.
Nasi ulam lagi unik,lain daripada yang lain.
Yummy!=D
Esok nak bawa balik ke rumah.
Petang tadi pergi Maran,kena pelawa makan lagi
Gemuklah saya kalau hari2 macam ni kan?
Sekarang berada di kampung mak,tak balik,esok ada kenduri.
Baru je lepas tengok bola,perlawanan bola.
Kelantan vs Negeri Sembilan
Suka memerhatikan gelagat pemain dan penonton.
Semuanya kerana BOLA.
Macam2 terjadi.
Kesimpulannya hari ni saya agak letih tapi kenangan terindah buat saya.
Terima kasih semua yang terlibat dalam kisah nasi ulam saya ya.=p
Bawah ni gambar2 yang saya sempat rakamkan.
sesi ''tetak'' ikan
potong halus2 yer!
banyaknya daun
siap untuk dihidang bersama nasi
Sebelum saya mulakan,saya nak tanya,pernah tak makan nasi ulam? Tau tak rupa nasi ulam? Hehe=D Alhamdullilah hajat saya tercapai,nak makan n...
About author: Nor Halimah Ahmad Ramli
Cress arugula peanut tigernut wattle seed kombu parsnip. Lotus root mung bean arugula tigernut horseradish endive yarrow gourd. Radicchio cress avocado garlic quandong collard greens.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan